Tips Menghadapi Minggu Peperiksaan

Hai semua, saya pasti semua sedang gundah gelana menunggu detik-detik cemas bermulanya minggu peperiksaan semester II ini. Ada yang tension, ada yang stress, ada yang buat dont know pun boleh tahan gak..Apa-apa pun saya nak kongsi beberapa tips menghadapi peperiksaan. Terdapat 3 persediaan yang perlu anda lakukan:

1. PERSEDIAAN HATI

Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. PERSEDIAAN MINDA


A) Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
B) Berlatih menjawab
past year question.
C) Jadikan
study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.

• Tarikh dan tempat peperiksaan

• Countdown seperti
"1 week to go"
• Peta minda


3. PERSEDIAAN JASMANI

Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

A) Tidur yang cukup


B) Jaga pemakanan yang bersih dan halal serta seimbang


C) Bersenam


D) Jaga Keselamatan


Akhir kata, SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA.

Sumber: Dato’ Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, Strategi Menghadapi Peperiksaan

0 comments:

Catat Ulasan