Memaparkan catatan dengan label Lawatan Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Sekolah. Papar semua catatan

Lawatan Sambil Belajar dari SMK Bandar Tenggara, Kulai

Pada 1 Jun 2009 (Isnin) yang lepas, seramai lebih kurang 36 orang pelajar Tingkatan 6 bersama 4 orang guru pengiring dari SMK Bandar Tenggara, Kulai telah mengadakan lawatan ilmiah ke Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.

Lawatan yang bermula jam 3.00 petang ini telah disambut oleh barisan Majlis Tertinggi PMFEP dan beberapa orang exco yang telah ditugaskan menyambut dan menguruskan lawatan ini. Program diteruskan dengan taklimat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di fakulti serta sedikit penerangan berkenaan UKM, FEP dan PMFEP di Dewan Kuliah 3. Taklimat yang disampaikan oleh Presiden PMFEP ini telah mendapat respon positif dari adik-adik SMK Bandar Tenggara ini apabila pelbagai soalan ditanyakan dan menunjukkan bahawa mereka amat teruja untuk memasuki FEP UKM apabila tamat Tingkatan 6 kelak. Majlis diakhiri dengan sesi bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan sesi bergambar.

   

Kami saff kepimpinan PMFEP mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan ini dan berharap agar adik-adik dari SMK Bandar Tenggara ini telah mendapat inspirasi dan semangat baru untuk terus menuju kejayaan. Kami juga berharap agar dapat berjumpa kembali dengan para pelajar ini dengan azam yang baru sebagai Mahasiswa/i UKM. ;-)

Lawatan Sambil Belajar dari SM Abdul Rahman Talib dan SMK Air Putih


Pendedahan P&P di dalam Dewan Kuliah

Seramai hampir 75 orang pelajar Tingkatan 6 Atas serta beberapa orang guru pengiring dari SMK Air Putih dan SM Abdul Rahman Talib, Kuantan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.

Lawatan selama hampir 2 jam pada petang 3 April 2009 (Jumaat) ini telah dianjurkan oleh Kelab Wawasan UKM dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) bertujuan mendedahkan para pelajar Tingkatan 6 Atas dari sekolah yang terlibat dengan suasana persekitaran pengajaran & pembelajaran (P&P) di universiti. Selain itu, ia juga sebagai langkah awal untuk menarik minat para pelajar ini untuk menjadikan UKM sebagai universiti pilihan pertama mereka untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.


Lawatan di sekitar FEP & Student Mall

Lawatan sambil belajar ini telah diisi dengan beberapa program menarik seperti memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman belajar di dalam Dewan Kuliah, serta lawatan di sekitar FEP termasuklah Bilik-bilik Siswazah, Makmal-makmal Komputer, Bilik-bilik Pensyarah, Pejabat Urusan PMFEP dan berakhir di sekitar Student Mall.

Kami saff kepimpinan PMFEP mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan ini dan berharap agar adik-adik dari kedua-dua sekolah ini telah mendapat inspirasi dan semangat baru untuk terus menuju kejayaan. Kami juga berharap agar dapat berjumpa kembali dengan para pelajar ini dengan azam yang baru sebagai Mahasiswa/i UKM. ;-)