Memaparkan catatan dengan label PPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPP. Papar semua catatan

PELUANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI TERES EKO NIAGA UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkembangan Pelajar ingin menawarkan peluang untuk menjalankan perniagaan di Teres Eko Niaga yang terletak berhampiran dengan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Syarat-syarat untuk menjalankan Perniagaan di Teres Eko Niaga:

1. Peniaga merupakan Pelajar Pra Siswazah UKM
2. Perniagaan yang dijalankan mestilah berbentuk perkongsian dan di antara pelajar Tahun 3, Tahun 2 dan dan Tahun 1
3. Barangan yang boleh dijual di kiosk tersebut adalah adalah berkonsepkan makanan dan minuman.

Pelajar yang berminat bolehlah menghantar Rancangan Perniagaan dan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperolehi di Pusat Perkembangan Pelajar. Tarikh Tutup penghantaran Rancangan Perniagaan adalah pada 17 Julai 2009. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En Padlee Akirul (0126435647).

Pencalonan Anugerah Persatuan/Projek/ Mahasiswa Terbilang 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan bagi anugerah persatuan/projek/mahasiswa terbilang bagi tahun 2008 telah dibuka.

Antara anugerah yang dipertandingkan:
1. Anugerah Persatuan/Kelab Mahasiswa Cemerlang
2. Anugerah Urusetia HEPA Cemerlang
3. Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang
4. Anugerah Bakti Terbilang (Prasiswazah)
5. Anugerah Bakti Terbilang (Siswazah)

Borang boleh diambil di Pusat Perkembangan Pelajar UKM.
Tarikh tutup pencalonan adalah 10 Julai 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8921 5152 atau sambungan 5097 atau
emel ke ayu77@ukm.my

Permohonan dan Kelulusan Hebahan/Berita di Buletin e-pelajar


Dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2009, semua permohonan dan kelulusan hebahan/berita di buletin e-pelajar (http://www.ukm.my/e-pelajar/) adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), UKM.

Maklumat lanjut sila hubungi Puan Rosma Ayu Harun, Penolong Pendaftar, Tel :03-8921 5152 , mel-e : ayu77@pkrisc.cc.ukm.my.


Struktur Baru Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), UKM

Sila klik untuk maklumat lanjut!