Memaparkan catatan dengan label Student Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Mall. Papar semua catatan

PELUANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI TERES EKO NIAGA UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkembangan Pelajar ingin menawarkan peluang untuk menjalankan perniagaan di Teres Eko Niaga yang terletak berhampiran dengan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Syarat-syarat untuk menjalankan Perniagaan di Teres Eko Niaga:

1. Peniaga merupakan Pelajar Pra Siswazah UKM
2. Perniagaan yang dijalankan mestilah berbentuk perkongsian dan di antara pelajar Tahun 3, Tahun 2 dan dan Tahun 1
3. Barangan yang boleh dijual di kiosk tersebut adalah adalah berkonsepkan makanan dan minuman.

Pelajar yang berminat bolehlah menghantar Rancangan Perniagaan dan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperolehi di Pusat Perkembangan Pelajar. Tarikh Tutup penghantaran Rancangan Perniagaan adalah pada 17 Julai 2009. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En Padlee Akirul (0126435647).

Pembukaan Teres Eko Niaga UKM (Student Mall)


Dimaklumkan bahawa Teres Eko Niaga UKM (Student Mall) telah dibuka berhampiran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dijual oleh para Usahawan Siswa UKM. Semua warga UKM dijemput untuk mengunjungi Student mall UKM dan menyokong Usahawan Siswa UKM. Berikut adalah kiosk yang terdapat di Teres Eko Niaga UKM.

a. Kosiswa One Stop Centre (Kedai Tiket bas / Kapal Terbang, Cenderamata, Agen Celcom, Buku Teks)
b. X-site ( Kedai Alat Tulis, Produk gaya hidup, dan Kafe kecil)
c. Sizuka Computer Centre (Kedai Servis Komputer, Laptop dan Fotostat)
d. Syihab Entreprise (Kedai Coklat)
e. Cahaya Entreprise (Kedai kain dan Alat Solek)