Info Korporat

Sejarah Persatuan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. Persatuan ini ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti (pindaan 1998). Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti Ekonomi & Perniagaan pada 1 April 2004. Sebelum tahun 2004, persatuan pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan.


Motto PMFEP
"Bersama Menjulang Martabat Mahasiswa"


Visi PMFEP
Ke arah menjadi persatuan mahasiswa/i yang terkehadapan serta menerajui pembangunan modal insan berkualiti yang berteraskan ilmu, iman dan amal.


Misi PMFEP
Menzahirkan mahasiswa/i yang berkepimpinan contoh, berkeyakinan diri, berkeperibadian mulia, berdaya usaah, serta berfikiran kreatif dan inovatif melalui kepelbagaian dalam aktiviti persatuan.


Objektif PMFEP
1. Menjaga kebajikan mahasiswa/i FEP dari semua aspek sama ada akademik mahupun kokurikulum.
2. Mewakili kepentingan semua ahli dalam sebarang urusan dengan pentadbiran universiti.
3. Menganjurkan program-program yang mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa/i FEP terutama pemfokusan dalam bidang ekonomi, perniagaan dan perakaunan.
4. Memastikan kebolehpasaran mahasiswa/i FEP melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti bukan akademik untuk menambah kemahiran insaniah dan keprofesionalan graduan selaras dengan matlamat universiti untuk melahirkan graduan kelas pertama dalam semua aspek.
5. Menyahut cabaran universiti sebagai universiti penyelidikan, mempergiatkan program-program pengantarabangsaan dan khidmat bakti masyarakat.
6. Memupuk semangat berpasukan dan setiakawan, berintegriti, akauntabiliti yang tinggi, dan semangat humaniti yang cintakan perpaduan antara kaum dan negara.


Logo PMFEP



Lambang Persatuan
1. Rupa bentuk Al-Quran terbuka di bahagian atas.
2. Rupa bentuk perisai di bahagian bawah. Terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian atas mengandungi ringkasan nama persatuan iaitu 'PMFEP'. Manakala bahagian bawah mengandungi harimau, empat helai daun dan lambang teknologi.
3. Warna: Kuning, Merah, Hijau, Biru dan Putih.
4. Buku: Al-Quran sebagai sumber dan gedung ilmu pengetahuan yang utama.
5. Perisai: Keteguhan persatuan dalam memperjuang kebajikan dan martabat pelajar FEP.
6. PMFEP: Singkatan nama persatuan.
7. Harimau: Melambangkan keberanian pelajar FEP mengharungi cabaran globalisasi.
8. 4 Helai Daun: Mewakili 4 entiti yang berada di bawah naungan PMFEP iaitu Kelab Perniagaan, Kelab Ekonomi, Kelab Perakaunan dan Kelab Pelajar Tahun Satu.
9. Teknologi: Merujuk kepada pelajar FEP yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi.

Hubungi Kami
Pejabat Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan,
Aras 4, Fakulti Ekonomi & Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (603) 8921 5738
Faks: (603) 8925 1821/3713


0 comments:

Catat Ulasan