Jangan jadikan pelajar IPT tenaga kerja murahan

BERITA HARIAN (25 MAC 2010)
Majikan perlu tawar latihan sesuai dengan bidang dipelajari


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia memberi ingatan kepada semua majikan yang menawarkan latihan industri supaya tidak menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti latihan itu sebagai ‘tenaga kerja murahan’.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan mekanisme khusus berhubung modul latihan industri. “Latihan industri ini sebenarnya bertujuan untuk pelajar IPT atau sesiapa saja yang mengikutinya untuk mendapat pendedahan berhubung bidang yang dipelajari mereka.

“Majikan atau sektor yang menawarkan latihan industri ini perlu bertanggungjawab dan tidak menjadikan pelajar sebagai ‘tenaga kerja murahan’.

Kementerian akan turut memantau isu ini secara rapi, ” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran ‘Blog Gaji Minimum’ di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Berita Harian, kelmarin berhubung pendedahan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) terdapat pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, kajian Bank Dunia mendapati peningkatan gaji di negara ini hampir seimbang iaitu pada kadar 2.6 peratus bagi tempoh 10 tahun yang lalu.

Katanya, bagi tempoh yang sama, kebanyakan syarikat membuat keuntungan yang besar dan kemungkinan tidak berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan pekerja masing-masing.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui kementerian ini sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja swasta di negara ini.,” katanya.

Mengenai blog itu, Dr Subramaniam berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pembangkang berhubung gaji minimum sektor swasta selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi.

“Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka melalui blog itu di alamat blog.mohr.gov.my atau mengemukakan cadangan mereka kepada gaji_minimum@mohr.gov.my,” katanya.

Ulasan Admin PMFEP: Oleh yang demikian, saudara/i semua kena pastikan anda tidak dipergunakan oleh pihak-pihak yang suka ambil kesempatan ke atas anda selaku "trainee" semasa Latihan Industri nanti. Latihan Industri adalah untuk menguji para pelajar dari segi praktikal setelah penat lelah berkuliah. Jadi, jika semasa Latihan Industri anda semua tidak diberi peluang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya, adalah sangat tidak relevan untuk Latihan Industri diteruskan..APA PENDAPAT ANDA PULA? BOLEH JUGA KONGSIKAN PENGALAMAN.. Dikesempatan ini, Admin nak ucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KEPADA PARA PELAJAR YANG TERLIBAT UNTUK SEMESTER DEPAN.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN PELAJAR

Pihak Bendahari UKM telah mengubah cara pembayaran yuran dan pembayaran menggunakan wang tunai tidak di terima lagi. Bagi maklumat lanjut boleh terus ke pautan diatas.
Selamat Membayar Yuran..

Sesi Temuduga Bersama KWSP


Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengadakan sesi temuduga untuk Pelajar tahun akhir FEP pada tarikh seperti di bawah :-

Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Temuduga, Unit Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Pusanika


Para pelajar tahun akhir FEP yang berminat untuk menyertai sesi temuduga ini sila mendaftar dengan memberi Nama, No. matrik dan No.telefon ke ukmphi@gmail.com dalam kadar segera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Hubungi Industri, En. Haiqal di talian 03-89214656 atau Pn. Wahidah di 03-89214604.

Harap maklum dan semoga berjaya!



PERMOHONAN SAFF KEPIMPINAN KELAB-KELAB FEP SESI 2010-2011 TELAH DIBUKA

Kelab Perakaunan FEP

> Terbuka kepada pelajar jurusan PERAKAUNAN sahaja.
> Tarikh akhir pengembalian borang adalah pada 22 Mac 2010 (Isnin).
> Sebarang pertanyaan, hubungi Elfarra (017-5908170) atau Karim (017-6391057)


Kelab Ekonomi FEP
> Terbuka kepada pelajar jurusan EKONOMI sahaja.
> Tarikh akhir pengembalian borang adalah pada 24 Mac 2010 (Rabu).


Kelab Perniagaan FEP

> Terbuka kepada pelajar jurusan PENGURUSAN PERNIAGAAN sahaja.
> Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 26 Mac 2010 (Jumaat).
> Sebarang pertanyaan, hubungi Chua Yee Cheng (014-9294088).


Kesemua borang boleh didapati di hadapan Pejabat PMFEP, aras 4 FEP. Borang-borang yang telah lengkap dikembalikan juga di hadapan Pejabat PMFEP.

SEMOGA BERJAYA!



PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2010-2011 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2009-2010

Kepada semua pelajar Fakulti Ekonomi & Perniagaan pendaftaran kursus bagi semester 1 bagi sesi 2010/2011 akan bermula pada 22 Mac 2010 sehingga 11 April 2010 dan semua pelajar diminta untuk mengisi penilaian kursus yang sudah mula dibuka pada 15 Mac 2010.

Bagi maklumat lanjut anda boleh click terus pada tajuk diatas

Tahniah Kepada PMFEP 2009-2010; Selamat Maju Jaya Kepada PMFEP 2010-2011


Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011.
Dari Kiri: Sahila (Bendahari), Farahin (Setiausaha), Fatin Amina (Timbalan Setiausaha), Hamizah (Timbalan Bendahari), Dr. Romlah (Timbalan Dekan FEP), Muzzammil (Presiden) & Fadli (Timbalan Presiden)


PMFEP 2009-2010 telahpun melabuhkan tirainya. Sekalung tahniah kepada pimpinan PMFEP 2009-2010 atas segala kejayaan yang ditempa. Ribuan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong PMFEP 2009-2010. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dari kami semua.

Selesai sudah kami berkhidmat,
Salah dan silap mohon dimaafi,
Semoga PMFEP yang baru bertambah hebat,
Demi persatuan yang kita sayangi.

Kami, mantan saff kepimpinan PMFEP 2009-2010 mengucapkan tahniah kepada barisan Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011 yang telah dipilih dalam AGM lalu. Semoga pemimpin-pemimpin baru ini dapat meneruskan kegemilangan PMFEP. Buktikan kepada semua bahawa PMFEP bukan sahaja bersemangat waja dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan kebajikan dan akademik ahli-ahli persatuan, malah turut telus dan matang dalam berpersatuan.

Kami mantan-mantan PMFEP 2009-2010, sentiasa akan terus menyokong aktiviti-aktiviti PMFEP. InsyaAllah kami sedia membantu sekiranya diperlukan. =)

TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMFEP

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2010
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Kuliah 1, FEP
Agenda:
1. Pembentangan Laporan Oleh Setiausaha PMFEP
2. Pembentangan Laporan Kewangan Oleh Bendahari PMFEP
3. Pembubaran PMFEP 2009-2010
4. Undian Pelantikan Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011

Semua ahli PMFEP dijemput hadir!

Sekalung Penghargaan

PMFEP sesi 2009-2010 mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak bermula organisasi korporat hinggalah kepada individu-individu yang telah banyak berbakti dalam menaja, menyumbang serta memberi sokongan terhadap program-program anjuran PMFEP dan kelab-kelab sepanjang sesi 2009-2010 secara langsung mahupun tidak langsung.


Terima kasih daun keladi,
Akan datang tajalah kami lagi. =)


MAKLUMAN TERKINI

Kepada semua peserta Majlis Makan Malam Tahunan FEP, gangguan bekalan elektrik yang sebelumnya bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam telahpun diatasi. Pihak Krew Diner telahpun berbincang dengan TNB dan keputusan dicapai di mana gangguan bekalan elektrik hanya bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja. Oleh yang demikian, para peserta boleh menarik nafas lega atas kemudahan ini. Kami berharap agar bukan sahaja para peserta Malam Resepsi FEP sahaja yang gembira, malah pelajar UKM yang lain juga bergembira. :-)


LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI TEMUDUGA


Gugup, gementar dan bimbang menghadapi temuduga? Tingkatkan keyakinan dan persediaan anda disamping mengetahui tips-tips berguna untuk menghadapi temuduga dalamSEMINAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2010 yang bertajuk "LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI TEMUDUGA".Maklumat seperti berikut:


Tarikh: 9 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 10 pagi - 1 petang
Tempat: DK1 FEP
Penyampai seminar: En Ahmad Fuad Mohd Amin
(Pengurus Besar, Sumber Manusia, Bank Rakyat)

Dijemput datang beramai-ramai. Masuk adalah percuma!