Pengumuman Terbaru

Perhatian kepada para pelajar FEP yang berminat untuk mengisi BORANG PENCALONAN PMFEP 2010/2011, anda masih boleh mendapatkan borang dari Presiden PMFEP (Jaffar - 0177124825) sehingga 28 Januari 2010 (Khamis).

Borang adalah terhad.

Tarikh terakhir pengembalian borang pencalonan adalah pada 29 Januari 2010 (Jumaat).
Selepas dari tarikh ini, tiada lagi borang pencalonan yang akan diterima.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN PENTING

Borang Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi dan Exco
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP)
bagi sesi 2010/2011 boleh didapati mulai 12 hingga 15 Januari 2010 di:

> Pejabat Kedekanan (Aras 6, FEP)
> Presiden PMFEP (Jaffar: 017-7124825)

Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikembalikan bersama lampiran yang dikehendaki kepada Presiden PMFEP selewat-lewatnya
16 Januari 2010 (Sabtu).
Borang yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. Sebarang surat dan rayuan tidak akan dilayan sama sekali.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

Karnival Fakulti Ekonomi & Perniagaan IV (KarniFEP IV)




Pendaftaran bagi menyertai sebarang pertandingan, sukan dan lain-lain acara bolehlah dibuat di kaunter pendaftaran KarniFEP di hadapan lif Aras 2 fakulti. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang. Jom sertai ramai-ramai.

KarniFEP...sememangnya karnival kita...


Tahun Baru Menjelma Dengan Azam Yang Baru