TNS-Global Career Talk

the sixth sense of business

TNS-Global Career Talk
Date: 1st April 2009 (Wednesday)

Time: 3p.m. - 5p.m.

Venue: FEP Meeting Room (I), 6th floor Deanary Office

Specialist in: Market Research


To all Marketing Students, especially for the final year students, you are advisory to join this Career Talk where this is totally FREE! Grab this oppurtunity to start your career and future.

Know more about this company, log on to
www.tns-global.com.

Pendaftaran Awal Kursus Semester I Sesi 2009-2010 & SPPK

Dimaklumkan bahawa pendaftaran awal kursus bagi Semester I sesi 2009-2010 telah dibuka bermula 30 Mac 2009 hingga 12 April 2009 di SMPWEB (klik di sini). Sebelum pendaftaran awal dibuat, semua pelajar diminta untuk melengkapkan terlebih dahulu borang penilaian di Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK).

Untuk melengkapkan borang tersebut, sila klik di sini.


Workshop in Islamic Economis & Finance 2009 (WIEF '09): Product Innovation in Islamic Finance

Penempatan Tempat Tinggal Bagi Pelajar-Pelajar Semester III dan Luar Semester (Semester 6) Sesi 2008/2009

Borang permohonan untuk tinggal di kolej boleh didapati di Pejabat Kolej masing-masing mulai 1 hingga 16 April 2009.

1. Borang Permohonan Semester III - warna biru

Tempoh penginapan dari 10 Mei 2009 hingga 26 Jun 2009


2. Borang Permohonan Luar Semester (Semester 6) - warna merah jambu

Tempoh penginapan dari 10 Mei 2009 hingga 20 Jun 2009


Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Kolej. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 April 2009.


Tarikh pendaftaran masuk kolej
adalah pada 10 Mei 2009 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Maklumat lanjut, klik
di sini

Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan April 2009

Maklumat lanjut, klik di sini

Iklan Kursus Induksi Kepimpinan 2009 (KIK'09)


Kursus ini wajib diikuti oleh semua pimpinan samada dari PMFEP sendiri mahupun dari pimpinan kelab-kelab. Bayaran untuk makanan akan dikenakan sebanyak RM10 seorang.

Masa: 7.00 Pagi hingga 6.00 Petang
Pakaian: Formal
Antara aktiviti-aktiviti sepanjang kursus:

- Sesi I: Teknik penulisan kertas kerja & surat rasmi dan tatacara pelaksanaan aktiviti pelajar

- Sesi II: Pengurusan kewangan aktiviti pelajar

- Sesi III: Protokol dan pengurusan majlis rasmi

- Sesi IV: Diskusi bersama mantan-mantan pemimpin pelajar, FEP

- Sesi brainstorming & uji bakat terpendam


Penyediaan Gambar Untuk Sistem Kad Pintar Majlis Konvokesyen 2009 dan Borang Maklumat Diri Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir prasiswazah yang akan bergraduat pada tahun 2009 perlu menghantar gambar masing-masing melalui e-mel ke alamat graduan2009@ukm.my bermula 22 Januari 2009 hingga 30 Jun 2009. Ciri-ciri gambar adalah seperti berikut:

1. Gambar berukuran 158 px @5.57 cm X 121 px @ 4.27 cm
2. Namakan gambar tersebut dengan no. matrik (cth: A106443.jpg)
3. Format gambar jpg
4. Tajuk Emel: Gambar Bakal Graduan 2009 (No. Matrik Pelajar)

Cth: Gambar Bakal Graduan 2009 (A106443)

5. Gambar Warna

Contoh gambar yang diterima dan tidak diterima seperti di Lampiran 1 (klik di sini). Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila e-mel kepada graduan2009@ukm.my. Saudara/i juga diminta mengisi borang maklumat diri yang terkini ke Bahagian Pengurusan Akademik dan menyerahkan selewat-lewatnya pada 17 April 2009. Borang tersebut boleh didapati di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.


Kerjasama saudara/i dalam perkara ini amat dihargai bagi melicinkan lagi keperluan Majlis Konvokesyen dan Penganugerahan Ijazah oleh pihak Universiti.


Pendaftaran Secara Manual Kursus Semester III Sesi 2008-2009

Perhatian kepada pelajar tahun 1 yang telah mendaftar kursus Etika & Tanggungjawab Sosial atau Etika & Tanggungjawab Korporat dan juga Undang-undang Syarikat bagi semester III ini, diminta untuk menggugurkan kursus tersebut untuk memberi laluan kepada pelajar tahun 2 dan 3 terlebih dahulu.

Perhatian kepada pelajar tahun 1 yang ingin mengambil subjek Speech Communication untuk semester III ini bolehlah mendaftar secara manual di Pusat Pengajian Umum. Sebarang pertindihan waktu akan diubah ke waktu yang akan diberitahu kelak.


Selamat menuntut ilmu!


Gejala Potong, Tampal: Kualiti Penyelidikan Pelajar Merosot

Budaya mengambil maklumat daripada Internet atau lebih dikenali sebagai cut and paste merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini. Penggunaan komputer dan Internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja cut and paste sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.

Walaupun kemudahan komputer dan Internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa. Graduan sepatutnya mempunyai kebolehan yang menyeluruh dan tidak semata-mata bergantung kepada ICT.

- Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.


UTM Tawar Kursus Perakaunan Mulai Julai

Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana peka kepada keperluan kursus Perakaunan yang semakin diperlukan sekarang. Mulai ambilan Julai 2009, pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti kursus baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian yang ditawarkan sama seperti di universiti lain selama 4 tahun.

Terdapat tujuh komponen dalam program itu antaranya perakaunan, kewangan dan pengetahuan berkaitan organisasi perniagaan dan teknologi maklumat. Matlamat program itu bukan sahaja untuk melahirkan akauntan yang mampu menawarkan perkhidmatan perakaunan malah boleh menjadi perunding keusahawanan. Sukatan kursus ini digubal dengan mengambil kira saranan daripada pihak industri dan badan profesional perakaunan seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Projek Keusahawanan: Entrepreneurship & Youth - A Learning Network (EYLN) 2009

Dimaklumkan bahawa AIESEC UKM akan menganjurkan projek keusahawanan EYLN seperti berikut:

Tarikh: 15, 16 & 17 Mei 2009

Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Terbuka untuk semua yang berusia di antara 18 sehingga 25 tahun. Penyertaan anda adalah dialu-alukan.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web AIESEC di www.aiesecukm.org

Permohonan LITRAK Scholarship Awards 2009

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar UKM yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat, dipelawa untuk memohon LITRAK Scholarship Awards 2009.

Sehubungan dengan itu, pelajar bolehlah melayari laman web
http://www.litrak.com.my atau hubungi Puan Rumaizah bt Abu Samah di talian 03-74947175 (wakil LITRAK) atau Puan Wan Roshana Wan Embong di talian 03-89215316 (wakil UKM).

Borang permohonan masih belum disiarkan di laman web LITRAK. Suadara/i diminta untuk sentiasa melayari laman web ini untuk maklumat terbaru berkenaan biasaswa ini.

Tarikh tutup permohonan adalah 24 April 2009
.

Selamat Berjaya

Jom sertai Kempen 'Earth Hour' - 60 minit untuk Bumi


Undi selamatkan Bumi atau jadi mangsa pemanasan global.

Marilah kita bersama-sama sertai Kempen 'Earth Hour' - 60 minit untuk Bumi pada 28 Mac 2009 ini (Sabtu).

Apa yang perlu anda lakukan?

Mudah sahaja. Hanya padamkan semua lampu yang ada
selama 1 jam bemula 8.30 malam.

Siapa yang boleh sertai kempen ini?

Seluruh masyarakat dunia yang prihatin


Walaupun nampak seperti biasa sahaja, tetapi kesannya amat mendalam terhadap sistem global dunia. Ayuh, kita selamatkan dunia yang kian musnah.


Maklumat lanjut, layari
www.earthhour.org/malaysia atau baca berita penuh di sini

Kursus Induksi Kepimpinan 2009 (KIK'09)

Program:
KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN 2009

(KIK'09)

Tarikh:

29 MAC 2009 (AHAD)


Masa:

8.00 PAGI - 6.00 PETANG


Tempat:

HOTEL MESRA,
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN D.K.


Penyertaan:

WAJIB KEPADA SEMUA PIMPINAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN (PMFEP),
KELAB EKONOMI, KELAB PERAKAUNAN & KELAB PERNIAGAAN
FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN, UKM
SESI 2009-2010


Yuran:

RM10/SEORANG


Aktiviti:

SLOT INTERAKSI PIMPINAN: Sesi Berkenalan

CERAMAH I: Prosedur & Langkah Penyediaan Kertas Kerja

CERAMAH II: Prosedur Pengurusan Kewangan Program

FORUM: Santai Bersama Mantan

BRAINSTORMING: Perancangan Program Sepanjang Sesi 2009-2010

Anjuran:
SEKRETARIAT PRESIDEN,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN (PMFEP)
SESI 2009-2010

Maklumat lanjut, hubungi:
JAFFAR (013-2001675 atau 017-7124825)


Tarikh Kuliah dan Peperiksaan Akhir Semester 3, Sesi Akademik 2008/2009

Sila klik untuk maklumat lanjut!

Program Peningkatan Kebolehpasaran Pelajar 2009 (Gugusan Sastera & Sains Sosial)


21 & 22 MAC 2009 (Sabtu & Ahad)
Dewan Gemilang, UKM

8.00 pagi - 5.00 petang


Semua pelajar tahun akhir FEP diwajibkan hadir dan
sila mendaftar pada Penyelaras Latihan Industri Fakulti untuk penyertaan.

Sila klik untuk maklumat lanjut!


Struktur Baru Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), UKM

Sila klik untuk maklumat lanjut!

Majlis Konvokesyen ke-37 (Tahun 2009)

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Konvokesyen ke-37 (Tahun 2009) ditetapkan bermula pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) hingga 19 Ogos 2009 (Rabu).

Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester II Sesi Akademik 2008-2009

Saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan FEP (Aras 6) mulai 23 Mac 2009.

Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan FEP, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Canseleri UKM untuk mendapatkannya.



Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Pembukaan Teres Eko Niaga UKM (Student Mall)


Dimaklumkan bahawa Teres Eko Niaga UKM (Student Mall) telah dibuka berhampiran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dijual oleh para Usahawan Siswa UKM. Semua warga UKM dijemput untuk mengunjungi Student mall UKM dan menyokong Usahawan Siswa UKM. Berikut adalah kiosk yang terdapat di Teres Eko Niaga UKM.

a. Kosiswa One Stop Centre (Kedai Tiket bas / Kapal Terbang, Cenderamata, Agen Celcom, Buku Teks)
b. X-site ( Kedai Alat Tulis, Produk gaya hidup, dan Kafe kecil)
c. Sizuka Computer Centre (Kedai Servis Komputer, Laptop dan Fotostat)
d. Syihab Entreprise (Kedai Coklat)
e. Cahaya Entreprise (Kedai kain dan Alat Solek)

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar FEP 2009/2010


Masa: 8.30 Pagi - 11.00 Pagi
Etika Pakaian: Formal

Jamuan disediakan buat hadirin dan hadirat sekalian



Pendaftaran Kursus Semester 3 Sesi 2008-2009

Adalah dimaklumkan bahawa Semester 3 Sesi Akademik 2008-2009 akan diadakan mulai 11 Mei hingga 21 Jun 2009 (6 minggu). Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus akan dijalankan mulai 16 – 20 Mac 2009 (seminggu) secara web melalui laman web http:www.ukm.my/smpweb. Maklumat lanjut, layari e-pelajar.

Jika menghadapi sebarang masalah mengenai perkara di atas, sila emailkan kepada smpweb@pknet.cc.ukm.my atau akad@pkrisc.cc.ukm.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian Pengurusan Akademik / Fakulti untuk tindakan selanjutnya.

MT PMFEP 2009/2010

Majlis Tertinggi PMFEP sesi 2009/2010

National Seminar on Islamic Economic Entrepreneurship 2009


NATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC ECONOMIC ENTREPRENEURSHIP 2009
(NaSIEE'09)


Tarikh:
7 MAC 2009

Tempat:

AUDITORIUM SISWA, PUSANIKA UKM


Anjuran:

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN

(PMFEP), UKM


"Menjana Pemikiran Mahasiswa Seiring Dengan Pembangunan Ekonomi Negara"


Semua dijemput hadir!

Info Korporat

Sejarah Persatuan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. Persatuan ini ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti (pindaan 1998). Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti Ekonomi & Perniagaan pada 1 April 2004. Sebelum tahun 2004, persatuan pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan.


Motto PMFEP
"Bersama Menjulang Martabat Mahasiswa"


Visi PMFEP
Ke arah menjadi persatuan mahasiswa/i yang terkehadapan serta menerajui pembangunan modal insan berkualiti yang berteraskan ilmu, iman dan amal.


Misi PMFEP
Menzahirkan mahasiswa/i yang berkepimpinan contoh, berkeyakinan diri, berkeperibadian mulia, berdaya usaah, serta berfikiran kreatif dan inovatif melalui kepelbagaian dalam aktiviti persatuan.


Objektif PMFEP
1. Menjaga kebajikan mahasiswa/i FEP dari semua aspek sama ada akademik mahupun kokurikulum.
2. Mewakili kepentingan semua ahli dalam sebarang urusan dengan pentadbiran universiti.
3. Menganjurkan program-program yang mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa/i FEP terutama pemfokusan dalam bidang ekonomi, perniagaan dan perakaunan.
4. Memastikan kebolehpasaran mahasiswa/i FEP melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti bukan akademik untuk menambah kemahiran insaniah dan keprofesionalan graduan selaras dengan matlamat universiti untuk melahirkan graduan kelas pertama dalam semua aspek.
5. Menyahut cabaran universiti sebagai universiti penyelidikan, mempergiatkan program-program pengantarabangsaan dan khidmat bakti masyarakat.
6. Memupuk semangat berpasukan dan setiakawan, berintegriti, akauntabiliti yang tinggi, dan semangat humaniti yang cintakan perpaduan antara kaum dan negara.


Logo PMFEP



Lambang Persatuan
1. Rupa bentuk Al-Quran terbuka di bahagian atas.
2. Rupa bentuk perisai di bahagian bawah. Terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian atas mengandungi ringkasan nama persatuan iaitu 'PMFEP'. Manakala bahagian bawah mengandungi harimau, empat helai daun dan lambang teknologi.
3. Warna: Kuning, Merah, Hijau, Biru dan Putih.
4. Buku: Al-Quran sebagai sumber dan gedung ilmu pengetahuan yang utama.
5. Perisai: Keteguhan persatuan dalam memperjuang kebajikan dan martabat pelajar FEP.
6. PMFEP: Singkatan nama persatuan.
7. Harimau: Melambangkan keberanian pelajar FEP mengharungi cabaran globalisasi.
8. 4 Helai Daun: Mewakili 4 entiti yang berada di bawah naungan PMFEP iaitu Kelab Perniagaan, Kelab Ekonomi, Kelab Perakaunan dan Kelab Pelajar Tahun Satu.
9. Teknologi: Merujuk kepada pelajar FEP yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi.

Hubungi Kami
Pejabat Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan,
Aras 4, Fakulti Ekonomi & Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (603) 8921 5738
Faks: (603) 8925 1821/3713


Saff Kepimpinan PMFEP 2010-2011

Blog ini masih dalam proses mengemaskini maklumat PMFEP 2010-2011


Saff Kepimpinan PMFEP Sesi 2009-2010

(Klik pada imej untuk besarkan)

Perutusan Presiden Bil. I/Mac 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat Baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh mahasiswa/i Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) yang telah memberi sepenuh kepercayaan dan mandat kepada saya untuk menerajui saff kepimpinan persatuan induk fakulti, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) bagi sesi 2009/2010.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang telah terpilih atau akan dipilih untuk membarisi saff kepimpinan PMFEP serta kelab-kelab di bawah naungan PMFEP. Sesungguhnya, jawatan yang dipegang bukanlah suatu kebanggaan, sebaliknya merupakan amanat dan tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh sahabat-sahabat sekalian demi memastikan matlamat utama penubuhan persatuan tercapai. Saya menyeru agar sahabat-sahabat sekalian dapat memberikan komitmen yang padu sepanjang bergelar pemimpin pelajar. Sebagaimana sesi-sesi yang lepas, kebajikan dan kepentingan mahasiswa/i FEP akan terus diperjuangkan selaras dengan objektif persatuan sekaligus membantu melahirkan mahasiswa/i FEP yang berketrampilan, berkeyakinan dan berdaya saing.

Pelbagai program menarik akan dilaksanakan dengan bermatlamatkan untuk member
i pendedahan dan kesedaran yang sewajarnya kepada mahasiswa/i FEP tentang peri pentingnya penglibatan mahasiswa/i di dalam aktiviti berpersatuan. Kajian yang terperinci juga akan dijalankan bagi memastikan segala program yang dijalankan adalah bermanafaat kepada semua pihak terutamanya mahasiswa/i FEP termasuklah melalui pembaharuan format dan penjenamaan semula setiap program tahunan PMFEP.

Peranan dan penglibatan mahasiswa/i FEP juga amatlah diharapkan dalam memastikan sesebuah program bukan sahaja berjaya dijalankan, malah turut meninggalkan impak positif dalam diri mahasiswa/i itu sendiri.Oleh yang demikian, saya turut mengambil kesempatan ini untuk menyeru mahasiswa/i FEP untuk terlibat aktif dalam aktiviti berpersatuan dan bukan sahaja mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata. Seorang mahasiswa/i yang cemerlang bukanlah hanya diukur berdasarkan pencapaian akademiknya sahaja, malah turut dinilai dari
pelbagai aspek termasuklah daya kepimpinan, soft skills, nilai tambah, kemahiran berkomunikasi dan banyak lagi. Inilah rahsia kejayaan kebolehpasaran mahasiswa/i apabila graduasi kelak.

Sekiranya sahabat-sahabat sekalian mempunyai sebarang masalah, aduan, pertanyaan, cadangan, pendapat, informasi dan sebagainya, janganlah segan untuk mengemukakannya kepada kami di Pejabat Urusan PMFEP, Aras 4, FEP. Selaras dengan kemajuan dunia teknologi, kini mahasiswa/i FEP juga boleh terus mengutarakan sebarang masalah atau pendapat ke emel rasmi PMFEP sesi 2009/2010 iaitu pmfep0910@yahoo.com.my. InsyaAllah, kami akan membantu sahabat-sahabat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memacu kegemilangan PMFEP dengan memberikan komitmen dan kerjasama yang padu dalam usaha menjadikan FEP bukan sahaja menjadi fakulti terbaik dalam pencapaian akademik para pelajarnya, malah turut disegani dari segi daya kepimpinan pelajarnya yang kental rohani,
emosi, sahsiah, akhlak dan intelek. Ikhlaskanlah hati anda dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana Allah agar segala perkara baik yang dilakukan diiktiraf sebagai Ibadah.

Sekian, terima kasih. Wassalam

JAFFAR TUKIRAN
Presiden PMFEP sesi 2009/2010
jeff157_slumbermania@yahoo.com.my

Pautan


Pautan @ Universiti Kebangsaan Malaysia






Persatuan Mahasiswa @ Universiti Kebangsaan Malaysia



Hubungan Antarabangsa PMFEP


Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia