Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi 2010/2011

Semua pelajar diminta untuk membuat PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI 2010-2011 pada 11-24 Oktober 2010. Sebelum itu, pastikan anda telah membuat PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2010-2011 (4-24 Oktober 2010). Kedua-duanya boleh dilakukan di SMPWEB. Ianya wajib kepada semua pelajar. Kelewatan akan menganggu proses bayaran PTPTN. Semakan daftar kursus boleh dibuat pada 15 No vember 2010.

Jom Pi Jamuan Raya Fakulti



Jamuan Hari Raya peringkat fakulti
Rabu, 29 September 2010
11 pagi
Dataran Fakulti


Selamat Hari Raya :)



Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di PMFEP :)

Pemergianmu ditangisi, kedatanganmu disyukuri

Logo ‘Halal' & ‘Islam' : Haruskan Guna Tanpa Selidik?

Salah satu persoalan yang kerap bermain di pemikiran umat Islam adalah apabila mereka ingin menggunakan produk-produk yang bertanda ‘halal' atau ‘Islam'. Ada di antara mereka yang tertanya-tanya sama ada menjadi kewajipan bagi mereka untuk membuat kajian sendiri sebelum menggunakannya atau mencukupi dengan ‘bersangka baik' serta mempercayai tanda-tanda tersebut.

Hal ini berlaku dalam pelbagai bidang, samada dalam bidang pemakanan, barang kegunaan harian mahupun dalam bidang kewangan. Bagi bidang pemakanan dan penggunaan, kita dapat melihat dengan jelas peranan logo ‘halal' dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang begitu penting untuk dipastikan sebelum membeli sesuatu produk.



Manakala, bagi urusan kewangan, peranan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT) di bawah Bank Negara Malaysia, Jabatan Pasaran Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti serta Majlis Penasihat Shariah di pelbagai peringkat juga amat penting bagi memastikan logo ‘Islam' pada nama Bank dan produk kewangan adalah juga tulen sebagaimana logo JAKIM yang terdapat pada makanan.

Cabaran dalam memastikan kesemua logo ini tulen serta mempamerkan keislaman yang tulen sememangnya bukanlah satu kerja yang mudah. Terutama di dalam bab kewangan yang agak kompleks hingga menyebabkan kemungkinan terdapat perbezaaan pentafsiran memahami sesuatu konsep yang digunakan.

Menurut pandangan Islam, bagi individu yang tidak mempunyai kemampuan sama ada ilmu, masa, sumber tepat dan berautoriti untuk membuat kajian mendalam, maka hukum ke atas mereka adalah harus untuk menggunakan dan bersangka baik dengan ‘branding' 'Perbankan Islam' atau 'Bank Islam' atau "diluluskan Majlis Penasihat Shariah' dan apa jua terma yang jelas menunjukkan mereka di tadbir urus secara Islam. Allah SWT berfirman : "Tidak dipertanggung jawabkan seseorang dengan apa yang diluar kemampuannya" (Al-Baqarah : 233). Maka dalam hal ini, kewajiban seseorang adalah terhenti kepada usahanya untuk mencari sesuatu produk yang bertanda ‘halal' atau ‘Perbankan Islam' sahaja. Tugasan wajib seterusnya dipikul oleh ilmuan khas Shariah, pengurusan institusi itu sendiri dan pihak berkuasa untuk memastikan yang ‘halal' dan ‘Islam' itu bukan sekadar jenama kosong tanpa isi.

Adapun bagi sesiapa yang ingin dan mempunyai kredibiliti serta sumber berautoriti untuk membuat pengkajian dengan lebih mendalam, ia boleh dianggap satu ‘bonus' untuk diri mereka. Dalam situasi dimana mereka mendapati sesuatu kelemahan (kemungkinan melalui pengalaman mereka ketika berurusan dengan institusi kewangan Islam ini), mereka perlulah mendekati pihak yang bertanggung jawab terlebih dahulu sebelum memukul canang di luar sehingga boleh menguris kepercayaan awam kepada institusi kewangan Islam secara umum dan juga produk-produk berlogo ‘halal' itu.

Ia merupakan suatu akhlak Islam dalam memastikan bahawa informasi yang diperolehi disalurkan kepada saluran yang betul. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 83 ertinya : " dan apabila datang kepada kamu berita baik atau keburukan, mereka (orang munafiq) kerap suka menyebarkannya terlebih dahulu, (lebih baik) sekiranya mereka merujuk kepada perkara itu kepada Rasul dan pemerintah (orang berwajib) nescaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak...".

Selain itu, tindakan memukul rata semua perbankan Islam lemah apabila menjumpai satu kesilapan adalah kurang tepat kerana :-

· a) Kesilapan itu adalah kesilapan individu pegawai yang bertugas itu sahaja.

Jika demikian, kesilapan ini tidak harus dipertangungjawabkan kepada Majlis Penasihat Shariah sesebuah bank itu. Apatah lagi untuk meletakkan kesilapan itu kepada seluruh operasi bank-bank Islam di Malaysia dan dunia. Hal ini pernah dan sememangnya boleh berlaku. Menurut pengetahuan saya, terdapat seorang individu yang menjumpai beberapa kelemahan ketika ingin menggunakan produk pembiayaan perumahan, maka dihebohkan di satu negara dan kepada seluruh rakan-rakannya dengan dakwaan bahawa perbankan Islam di Malaysia sebagai ‘tidak berguna'. Padahal ia adalah kesilapan peribadi si pegawai yang bertugas hari itu. Wajarkah tindakan ini?.

b) Kesilapan itu adalah kesilapan pengurusan institusi kewangan itu sahaja. Ertinya, Majlis Penasihat Shariahnya telah memberikan nasihat yang benar dan betul tentang tatacara, syarat dan rukun. Akan tetapi akibat dari kelalaian atau didorong oleh perasaan ingin memudahkan proses teknikal, pihak pengurusan telah mengubah keputusan Majlis Shariahnya kepada keputusan yang diubahsuai. Keadaan ini boleh berlaku jika Jentera Pemantauan Shariah di dalam operasi sesebuah institusi kewangan itu tidak kukuh dan berdiri sendiri (independence).

c) Kesilapan itu adalah kesilapan pihak pengurusan dalam memberi gambaran proses kepada Majlis Penasihat Shariah.

Hal ini juga mudah boleh berlaku terutama apabila pihak pengurusan tidak mampu menjangkakan tahap kefahaman ahli Majlis Penasihat Shariah mereka. Hasilnmya, mereka membentang dengan sangat ringkas, dan kelihatan mudah dan boleh diterima oleh Shariah. Akibatnya, walaupun ia diluluskan oleh Majlis Shariah tetapi tidak lebih hanya konsep sahaja dan bukannya cara aplikasi produk itu.

d) Kesilapan Majlis Penasihat dalam memahami penerangan pengurusan.

Ini juga mungkin berlaku, tetapi jika ia berlaku, pihak individu tadi masih tidak boleh membuat tuduhan ‘tidak Islamik' nya secara purata Institusi Kewangan Islam. Ini kerana kesilapan yang sama kemungkinan besar tidak berlaku di Institusi kewangan Islam yang lain.

Justeru, kesalahan satu-satu institusi tidak boleh dihukumkan ke atas seluruhnya. Tidak dinafikan sememangnya kemungkinan kesilapan berlaku akibat kelemahan manusia yang mengurus, justeru ia perlulah dibawa kepada peringkat perbincangan dan laporan dengan lebih sistematik.

Jika dilihat dari aspek yang lain pula, terdapat kemungkinan besar juga bahawa penemuan 'findings' mereka adalah silap, terutamanya jika individu tadi tidak memahami sebaiknya undang-undang Shariah, Malaysia dan instrumen kewangan moden. Kerana itu, adalah dibimbangi bahawa 'heboh' tanpa fakta sohih boleh menyebabkan orang awam keliru dan kembali ke institusi konvensional yang pastinya HARAM.

Secara tidak langsung, termasuklah orang seperti ini dalam hadith sohih "
barangsiapa yang mengajak kepada keburukan dan orang mengerjakannya, lalu ia akan menanggung dosa di pelaku tadi tanpa kurang.." Ini kerana, kerana sikap gopohnya, ia menjauhkan awam dari kebaikan akhirat kepada keburukan dunia akhirat.

oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Muhammad Syakir Syahid Bin Mohd Razalli

Exco Pembangunan Modal Insan


Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) 2010/2011

Minggu pengenalan ini diadakan untuk memperkenalkan kelab-kelab yang berada di fakulti ini serta mendedahkan para pelajar tentang aktiviti yang akan diadakan sepanjang sesi pengajian kali ini.





Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan Ptptn

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi semester 1 sesi 2010/2011 (kelompok 1) pelajar UKM Kampus Bangi, pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 23,24 dan 25 Julai 2010 (Jumaat,Sabtu,Ahad)
Masa : 8 pagi-5 petang
Tempat : Auditorium Siswa,JPPel (Bangunan Pusanika)

Sehubungan dengan itu, pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Roshana Wan Embong (UKM)

Selamat Datang kepada mahasiswa/i sesi baru

Gerbang SMS-UKM

Pihak universiti telah menyediakan perkhidmatan utk membuat semakan keputusan peperiksaan/kemasukan/yuran/pembekal dengan menggunakan perkhidmatan gerbang SMS. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh didapati dengan menaip UKM MENU dan hantar kepada 15888 atau sila layari http://sms.ukm.my.


Kunjungan pelajar luar negara

Pada 8 Jun yang lalu, pihak fakulti telah menerima rombongan pelajar dari Fakultas Ekonomi Universitas Hasanuddin, Indonesia.








Sijil Penghargaan Malam Resepsi Perdana 09

Kepada semua ahli jawatankuasa majlis makan malam resepsi yang lepas, anda boleh mendapatkan sijil penghargaan di hadapan bilik PMF, aras 4 FEP.

Lawatan Pelajar SMK Sri Kandi, Teluk Intan, Perak 7 Jun 2010

Pada 7 Jun yang lalu, fakulti menerima kehadiran 44 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sri Kandi, Teluk Intan, Perak. Pelajar-pelajar sekolah tersebut diberikan taklimat oleh Puan Suriani Bt Shuhatdi, Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Pelajar-pelajar tersebut seterusnya telah dibawa melawat kawasan sekitar fakulti, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Muzium Warisan Akedemik di Bangunan Canselori.






Kursus Kepimpinan Persatuan 2010

Pada 21 hingga 23 Mei 2010 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (PMFEP) telah menganjurkan satu kursus kepimpinan. Kursus tersebut diadakan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Kursus tersebut telah disertai oleh saff kepimpinan PMFEP sendiri serta peserta-peserta daripada kelab yang berada dibawah naungan PMFEP iaitu Kelab Perniagaan, Kelab Perakaunan dan Kelab Ekonomi. Tema kursus pada kali ini ialah "memupuk semangat berpasukan ke arah kepimpinan gemilang". Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang tiga hari tersebut ialah ceramah Prosedur Pelaksanaan Program dan Cara Membuat Kertas Kerja Yang Berkesan, ceramah Kewangan Program, Jungle Trekking, Water Confident, Night Walk serta lain-lain lagi.









Kursus Kepimpinan Persatuan 2010

Makluman Iklan/Tawaran Biasiswa Kepada Pelajar Melalui E-Pelajar


Pihak Unit Kebajikan Pelajar akan menyalurkan maklumat seperti
berikut kepada pelajar melalui channel E-Pelajar

1. Iklan tawaran biasiswa/pinjaman dari semua penaja yang telah
menghantar iklan tawaran

2. Makluman semasa kepada pelajar mengenai aktiviti/kegiatan
di Unit Kebajikan Pelajar. Pelajar dinasihatkan membuka laman web
E-Pelajar untuk mendapatkan makluman dari unit ini dari masa ke masa

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian
03-89215316 - Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan daripada kepimpinan PMFEP. Selamat maju jaya kepada semua dan kepada pelajar tahun akhir semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang tidak lupa juga kepada pelajar yang akan pergi ke latihan industri pada semester hadapan moga berjumpa lagi

Jangan jadikan pelajar IPT tenaga kerja murahan

BERITA HARIAN (25 MAC 2010)
Majikan perlu tawar latihan sesuai dengan bidang dipelajari


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia memberi ingatan kepada semua majikan yang menawarkan latihan industri supaya tidak menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti latihan itu sebagai ‘tenaga kerja murahan’.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan mekanisme khusus berhubung modul latihan industri. “Latihan industri ini sebenarnya bertujuan untuk pelajar IPT atau sesiapa saja yang mengikutinya untuk mendapat pendedahan berhubung bidang yang dipelajari mereka.

“Majikan atau sektor yang menawarkan latihan industri ini perlu bertanggungjawab dan tidak menjadikan pelajar sebagai ‘tenaga kerja murahan’.

Kementerian akan turut memantau isu ini secara rapi, ” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran ‘Blog Gaji Minimum’ di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Berita Harian, kelmarin berhubung pendedahan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) terdapat pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, kajian Bank Dunia mendapati peningkatan gaji di negara ini hampir seimbang iaitu pada kadar 2.6 peratus bagi tempoh 10 tahun yang lalu.

Katanya, bagi tempoh yang sama, kebanyakan syarikat membuat keuntungan yang besar dan kemungkinan tidak berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan pekerja masing-masing.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui kementerian ini sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja swasta di negara ini.,” katanya.

Mengenai blog itu, Dr Subramaniam berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pembangkang berhubung gaji minimum sektor swasta selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi.

“Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka melalui blog itu di alamat blog.mohr.gov.my atau mengemukakan cadangan mereka kepada gaji_minimum@mohr.gov.my,” katanya.

Ulasan Admin PMFEP: Oleh yang demikian, saudara/i semua kena pastikan anda tidak dipergunakan oleh pihak-pihak yang suka ambil kesempatan ke atas anda selaku "trainee" semasa Latihan Industri nanti. Latihan Industri adalah untuk menguji para pelajar dari segi praktikal setelah penat lelah berkuliah. Jadi, jika semasa Latihan Industri anda semua tidak diberi peluang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya, adalah sangat tidak relevan untuk Latihan Industri diteruskan..APA PENDAPAT ANDA PULA? BOLEH JUGA KONGSIKAN PENGALAMAN.. Dikesempatan ini, Admin nak ucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KEPADA PARA PELAJAR YANG TERLIBAT UNTUK SEMESTER DEPAN.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN PELAJAR

Pihak Bendahari UKM telah mengubah cara pembayaran yuran dan pembayaran menggunakan wang tunai tidak di terima lagi. Bagi maklumat lanjut boleh terus ke pautan diatas.
Selamat Membayar Yuran..

Sesi Temuduga Bersama KWSP


Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengadakan sesi temuduga untuk Pelajar tahun akhir FEP pada tarikh seperti di bawah :-

Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Temuduga, Unit Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Pusanika


Para pelajar tahun akhir FEP yang berminat untuk menyertai sesi temuduga ini sila mendaftar dengan memberi Nama, No. matrik dan No.telefon ke ukmphi@gmail.com dalam kadar segera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Hubungi Industri, En. Haiqal di talian 03-89214656 atau Pn. Wahidah di 03-89214604.

Harap maklum dan semoga berjaya!



PERMOHONAN SAFF KEPIMPINAN KELAB-KELAB FEP SESI 2010-2011 TELAH DIBUKA

Kelab Perakaunan FEP

> Terbuka kepada pelajar jurusan PERAKAUNAN sahaja.
> Tarikh akhir pengembalian borang adalah pada 22 Mac 2010 (Isnin).
> Sebarang pertanyaan, hubungi Elfarra (017-5908170) atau Karim (017-6391057)


Kelab Ekonomi FEP
> Terbuka kepada pelajar jurusan EKONOMI sahaja.
> Tarikh akhir pengembalian borang adalah pada 24 Mac 2010 (Rabu).


Kelab Perniagaan FEP

> Terbuka kepada pelajar jurusan PENGURUSAN PERNIAGAAN sahaja.
> Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 26 Mac 2010 (Jumaat).
> Sebarang pertanyaan, hubungi Chua Yee Cheng (014-9294088).


Kesemua borang boleh didapati di hadapan Pejabat PMFEP, aras 4 FEP. Borang-borang yang telah lengkap dikembalikan juga di hadapan Pejabat PMFEP.

SEMOGA BERJAYA!



PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2010-2011 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2009-2010

Kepada semua pelajar Fakulti Ekonomi & Perniagaan pendaftaran kursus bagi semester 1 bagi sesi 2010/2011 akan bermula pada 22 Mac 2010 sehingga 11 April 2010 dan semua pelajar diminta untuk mengisi penilaian kursus yang sudah mula dibuka pada 15 Mac 2010.

Bagi maklumat lanjut anda boleh click terus pada tajuk diatas

Tahniah Kepada PMFEP 2009-2010; Selamat Maju Jaya Kepada PMFEP 2010-2011


Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011.
Dari Kiri: Sahila (Bendahari), Farahin (Setiausaha), Fatin Amina (Timbalan Setiausaha), Hamizah (Timbalan Bendahari), Dr. Romlah (Timbalan Dekan FEP), Muzzammil (Presiden) & Fadli (Timbalan Presiden)


PMFEP 2009-2010 telahpun melabuhkan tirainya. Sekalung tahniah kepada pimpinan PMFEP 2009-2010 atas segala kejayaan yang ditempa. Ribuan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong PMFEP 2009-2010. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dari kami semua.

Selesai sudah kami berkhidmat,
Salah dan silap mohon dimaafi,
Semoga PMFEP yang baru bertambah hebat,
Demi persatuan yang kita sayangi.

Kami, mantan saff kepimpinan PMFEP 2009-2010 mengucapkan tahniah kepada barisan Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011 yang telah dipilih dalam AGM lalu. Semoga pemimpin-pemimpin baru ini dapat meneruskan kegemilangan PMFEP. Buktikan kepada semua bahawa PMFEP bukan sahaja bersemangat waja dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan kebajikan dan akademik ahli-ahli persatuan, malah turut telus dan matang dalam berpersatuan.

Kami mantan-mantan PMFEP 2009-2010, sentiasa akan terus menyokong aktiviti-aktiviti PMFEP. InsyaAllah kami sedia membantu sekiranya diperlukan. =)

TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMFEP

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2010
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Kuliah 1, FEP
Agenda:
1. Pembentangan Laporan Oleh Setiausaha PMFEP
2. Pembentangan Laporan Kewangan Oleh Bendahari PMFEP
3. Pembubaran PMFEP 2009-2010
4. Undian Pelantikan Majlis Tertinggi PMFEP 2010-2011

Semua ahli PMFEP dijemput hadir!

Sekalung Penghargaan

PMFEP sesi 2009-2010 mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak bermula organisasi korporat hinggalah kepada individu-individu yang telah banyak berbakti dalam menaja, menyumbang serta memberi sokongan terhadap program-program anjuran PMFEP dan kelab-kelab sepanjang sesi 2009-2010 secara langsung mahupun tidak langsung.


Terima kasih daun keladi,
Akan datang tajalah kami lagi. =)


MAKLUMAN TERKINI

Kepada semua peserta Majlis Makan Malam Tahunan FEP, gangguan bekalan elektrik yang sebelumnya bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam telahpun diatasi. Pihak Krew Diner telahpun berbincang dengan TNB dan keputusan dicapai di mana gangguan bekalan elektrik hanya bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja. Oleh yang demikian, para peserta boleh menarik nafas lega atas kemudahan ini. Kami berharap agar bukan sahaja para peserta Malam Resepsi FEP sahaja yang gembira, malah pelajar UKM yang lain juga bergembira. :-)


LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI TEMUDUGA


Gugup, gementar dan bimbang menghadapi temuduga? Tingkatkan keyakinan dan persediaan anda disamping mengetahui tips-tips berguna untuk menghadapi temuduga dalamSEMINAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2010 yang bertajuk "LANGKAH CEMERLANG MENGHADAPI TEMUDUGA".Maklumat seperti berikut:


Tarikh: 9 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 10 pagi - 1 petang
Tempat: DK1 FEP
Penyampai seminar: En Ahmad Fuad Mohd Amin
(Pengurus Besar, Sumber Manusia, Bank Rakyat)

Dijemput datang beramai-ramai. Masuk adalah percuma!

ALUMNI FEP DIJEMPUT MEMERIAHKAN MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Kepada seluruh ALUMNI FEP sama ada dari jurusan Pengurusan Perniagaan, Ekonomi mahupun Perakaunan, anda semua dijemput memeriahkan majlis makan malam tahunan fakulti seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 malam - 11.45 malam
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
Kod Pakaian: Korporat/Batik/Baju Kebangsaan
Warna Tema: Hijau/Biru/Putih/Hitam
Bayaran: RM30 seorang
Tempat Duduk: VIP

Istimewa: Persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR)
Persembahan Pelajar FEP yang pasti memukau.

Inilah masanya para alumni mengimbau kenangan manis di FEP dan UKM.

Untuk pendaftaran, hubungi Jaffar di talian 017-7124825 sebelum 4 Mac 2010 (Khamis).

Terima kasih kepada para Alumni FEP yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti PMFEP dan kelab-kelab.

"Semarak Kasih, Seindah Memori"

LANJUTAN TEMPAHAN MEJA MAJLIS MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa tempahan meja bagi Majlis Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010 dilanjutkan sehingga 2 Mac 2010 (Selasa).

Kepada sesiapa yang masih belum membuat tempahan, anda dijemput memeriahkan majlis ini kerana pelbagai persembahan menarik telah diatur termasuklah persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR) dan cabutan bertuah yang amat istimewa. Jika nak tahu, daftarlah segera.

Tema majlis telahpun ditukar kepada MALAM UNTUK SEMUA.
Tema Warna Busana masihlah sama iaitu Hijau, Biru, Hitam atau Putih.
Peserta bebas memakai sama ada Korporat, Batik atau Baju Kebangsaan.

Cepat dapatkan tempat duduk anda sekarang. Hanya RM15 seorang!

Kepada yang telah mendaftar, apa tunggu lagi, carilah busana terbaik anda untuk memenangi Anugerah Busana Terbaik (Lelaki & Wanita). Hadiah menarik menanti anda.

Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pelajar masih boleh didapati di Bilik PMFEP, Aras 4 FEP. Pastikan anda mengambil borang yang betul. Hubungi Jaffar (017-7124825) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Borang yang telah diisi bolehlah dikembalikan di tempat yang sama selewat-lewatnya 28 Februari 2010 (Ahad). Maklumat lanjut berkenaan anugerah, sila klik di sini.

"Semarak Kasih, Seindah Memori"


BENGKEL PEMANTAPAN PERSONALITI FEP 2010

Ketahui cara menghias diri, cara menggayakan rambut dan yang paling utama, etika berpakaian di tempat kerja dengan menghadiri BENGKEL PEMANTAPAN PERSONALITI pada 2 MAC 2010 (SELASA) bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di DEWAN KULIAH 1, FEP bersama tetamu jemputan khas iaitu PUAN SHARIFAH HJ OTHMAN dari ANYSHA HANIFF COUTURE.

Masuk adalah PERCUMA!

Bengkel ini dianjurkan khas oleh Pelajar Kursus Pengurusan Sumber Manusia
dengan kerjasama PMFEP.

[Updated] MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Semarak Kasih, Seindah Memori

Tarikh:
7 Mac 2010 (Ahad)

Masa:
8.00 - 11.45 malam

Tempat:
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Yuran:
RM15 seorang

Tema Warna:
Biru, Hijau, Putih & Hitam sahaja

Tema Majlis:
"Malam Untuk Semua"

Kod Pakaian:
Formal/ Batik/ Baju Kebangsaan

Istimewa!
Persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR)
dan hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Jangan lepaskan peluang!!!



UPGRADE PROGRAMME

(klik untuk besarkan imej)

Adalah di maklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri, UKM akan menganjurkan Upgrade Programme dari 10.00 pagi - 1.00 petang bertempat di Auditorium Siswa,Pusanika bermula dari bulan Februari sehingga Mac 2010. Program ini terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang berminat.Untuk tarikh-tarikh slot dan maklumat lanjut sila lihat poster.Pelajar yang berminat sila beri :-


NAMA :

NO. MATRIK :

FAKULTI :

NO. TELEFON :

PILIHAN SLOT :



dan emel ke ukmphi@gmail.com untuk pendaftaran segera. Pelajar boleh hadir lebih dari satu slot dan program ini adalah PERCUMA!

Jika anda telah mendaftar, pastikan HADIR ke setiap slot yang telah didaftarkan dan sila hadir AWAL. Mohon bantuan untuk memaklumkan dan menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain untuk menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Hubungan Industri di 03-8921 4604 / 8921

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2009-2010

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 12 hingga 30 April 2010.

Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2009-2010. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 15 hingga 21 Februari 2010. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 22 Februari 2010.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 19 Mac 2010. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MALAM RESEPSI PERDANA FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN 2010

Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada mahasiswa/I Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dalam aktiviti kemahasiswaan atau menyumbang kepada menaikkan nama baik fakulti di peringkat universiti dan negara.

A) ANUGERAH DAN SYARAT-SYARAT

1. ANUGERAH PELAJAR HARAPAN

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi & Perniagaan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.50 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain adalah konsisten.

2. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 2 Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi serta pelajar tahun 2 dan 3 Jurusan Perakaunan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.30 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain adalah konsisten.

3. ANUGERAH TOKOH PELAJAR FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 3 Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi serta pelajar tahun 4 Jurusan Perakaunan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.30 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain dan masyarakat di sekeliling komunitinya adalah konsisten.

· Mahasiswa ini seeloknya pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

· Mahasiswa ini telah mengharumkan nama Fakulti khasnya dan Universiti amnya atas sumbangan/jasa/pencapaian cemerlangnya dalam apa-apa jua aktiviti/program seperti pertandingan, sukan, persidangan dan lain-lain.

· Mahasiswa ini menunjukkan sifat kepimpinannya yang terserlah dalam apa jua aktiviti yang dipimpinnya.

B) PROSEDUR PEMILIHAN

1. Pencalonan hendaklah dibuat melalui borang pencalonan yang disediakan sahaja. Borang boleh didapati di meja hadapan Bilik PMFEP atau hubungi MT Resepsi Perdana.

2. Pencalonan akan dinilai oleh Panel Hakim yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010.

3. Setiap penyertaan perlulah dihantar bersama lampiran resume calon dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

4. Panel Hakim berhak untuk memanggil calon untuk ditemuduga.

5. Pemenang setiap anugerah akan diumumkan pada Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010.

6. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikembalikan kepada jawatankuasa pemilihan selewatnya pada 26 Februari 2010 (Jumaat) di Bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP), Aras 4, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.

7. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

C) BENTUK ANUGERAH

Plak dan Sijil.

D) MAKLUMAT LANJUT

Hubungi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010:

No. Tel : 017-7124825 (Jaffar)

Emel : pmfep0910@yahoo.com.my