Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan

Kerja-kerja Semburan Kabus (Fogging)


Dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi & Perniagaan akan terlibat dengan kerja-kerja semburan kabus (fogging) bagi pencegahan denggi dan chikungunya pada 1 Julai 2009 (Rabu).

Sekian, harap maklum.

Pertandingan Melukis Poster Pengguna Sempena Hari Pengguna Malaysia 2009



Kategori C: Berumur 18 - 49 tahun

- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Bebas menggunakan sebarang bahan pewarna.
- Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer adalah dibenarkan.
- Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri.
- Ukuran poster yang dicadangkan adalah saiz A2 atau 420mm x 594mm.
- Borang penyertaan pertandingan dan borang soal selidik hendaklah disertakan bersama-sama pertandingan ini.

Hadiah:
Pertama - RM2,500 dan sijil penyertaan
Kedua - RM2,000 dan sijil penyertaan
Ketiga - RM1,000 dan sijil penyertaan
10 hadiah saguhati - RM200 dan sijil penyertaan

Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Borang penyertaan dan borang soal selidik boleh didapati di Bilik PMFEP, Aras 4, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.

Tarikh tutup penyertaan pada 30 Julai 2009.

Maklumat lanjut, layari www.mypengguna.com

Jom sertai Kempen 'Earth Hour' - 60 minit untuk Bumi


Undi selamatkan Bumi atau jadi mangsa pemanasan global.

Marilah kita bersama-sama sertai Kempen 'Earth Hour' - 60 minit untuk Bumi pada 28 Mac 2009 ini (Sabtu).

Apa yang perlu anda lakukan?

Mudah sahaja. Hanya padamkan semua lampu yang ada
selama 1 jam bemula 8.30 malam.

Siapa yang boleh sertai kempen ini?

Seluruh masyarakat dunia yang prihatin


Walaupun nampak seperti biasa sahaja, tetapi kesannya amat mendalam terhadap sistem global dunia. Ayuh, kita selamatkan dunia yang kian musnah.


Maklumat lanjut, layari
www.earthhour.org/malaysia atau baca berita penuh di sini