Pada 12 Mac 2009 (Khamis) yang lepas, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam, seramai 24 orang pelajar yang terdiri daripada MT dan Exco PMFEP serta beberapa orang wakil dari Kelab Ekonomi dan Kelab Perakaunan telah menjalankan satu misi yang agak kelakar dan memang jarang diperolehi tetapi amat berguna, iaitu misi kajian mengenai kemudahan mesra pelanggan OKU di bangunan FEP. Para pengkaji telah merasai sendiri pengalaman menjadi golongan OKU termasuklah menggunakan kerusi roda, tongkat dan bertutup mata (buta).
Kajian ini adalah sebahagian tugasan yang diberikan oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dalam usaha mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Pada 17 April 2009 (Jumaat) pula, akan diadakan majlis perbentangan hasil kajian di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM yang melibatkan semua fakulti di UKM. Diharapkan kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha menjadikan UKM sebagai Kampus Lestari.
Muat turun Hasil Kajian (slide perbentangan) Kemudahan Mesra Pelanggan OKU di sini
0 comments:
Catat Ulasan