Persoalan Mengenai Pembubaran MECD dan Ke Mana Halatuju Agensi Di Bawahnya Telah Terjawab


KHAMIS lalu (9 April 2009), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sekali lagi menjadi fokus rakyat Malaysia. Menjelang pukul 3.30 petang selepas selesai membaca ‘mukadimah’ visi dan misi Kabinet Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan yakin mengumumkan saf Kabinet pertama di bawah pentadbiran beliau. Secara am, Kabinet baru Najib adalah sedikit kecil iaitu 28 menteri, kurang empat daripada 32 di bawah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia hanya mengandungi 25 buah kementerian berbanding 27 semasa pentadbiran sebelum ini.

Tiga kementerian bergabung menjadi dua iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) pula dimansuhkan.

Ketiadaan MeCD bakal menyaksikan pelbagai agensi di bawahnya disusun semula termasuklah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Rakyat, Bank SME, TEKUN, dan beberapa agensi lain yang dilihat kebanyakan adalah pemacu utama kepada keusahawanan rakyat Malaysia. Langkah pemansuhan MeCD ini telah ditentang hebat oleh beberapa pihak terutama di kalangan usahawan Bumiputera yang merasakan peluang dan hak mereka semakin dipinggirkan apabila MeCD sudah tiada.

Namun begitu, dalam penjelasan YAB Perdana Menteri semalam telah pun menjawab persoalan ke manakah agensi-agensi di bawah MeCD akan diletakkan. Semua fungsi dan agensi di bawah MeCD yang dibubarkan pada minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Pindahan agensi di bawah MeCD adalah seperti berikut:

- Agensi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais, Agensi Pembangunan Skim Vendor, Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

- Agensi Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

- Pusat Khidmat Kontraktor dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya.

- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Perbadanan Pembangunan Bandar, (UDA) Perbadanan Nasional Bhd dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan.

- Majlis Amanah Rakyat (Mara) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

- Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan bahawa pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan.

Sumber: KOSMO dan Berita Harian

Pandangan Penulis: Lepas nie kat mane plak la program usahawan nak cari sponsor...susah gak camni...xkan nak mintak kat 8 kementerian nie kot...huhuhu...bagus3...lagi banyak peluang dapat sponsor banyak2 nie...ehe :-)

1 comments:

EYLN 2009 berkata...

Greetings from AIESEC UKM.

We are currently organizing an entrepreneur conference called Entrepreneurship & Youth - A Learning Network 2009 (www.aiesecukm.org/eyln.html) and proudly invite young aspiring PMFEP to be part of the conference.

This conference is sponsored by Sunway Group, Ranhill Bersekutu, Cuscapi Berhad, FORTRESS Wealth Advisory, Manhattan Fish Market, and many more.

for more info please log to www.aiesecukm.org/eyln.html or email us at aiesecukm.eyln@gmail.com.

Hope to hear from you soon.


Sharon Wong
Organizing Committee President
Entrepreneurship & Youth - A Learning Network 2009
"From Passion to Profession"

AIESEC in Universiti Kebangsaan Malaysia
AIESEC in Malaysia
----------------------------------
Email: sharon.wong@aiesec.net
Personal Email: sharonwongfk@gmail.com
Website: www.aiesecukm.org

Catat Ulasan