1) Bersenam
Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.
Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi kalau kita terus belajar maka keupayaan minda akan terus berkembang. Bagaimanakah caranya untuk mencabar minda? Diantaranya ialah dengan mempelajari alat-alat musik, hobi baru (seperti melukis, menunggang basikal, mendaki bukit dll), mempelajari bahasa asing ataupun belajar memasak… kata kuncinya ialah mempelajari benda-benda baru
3) Stimulasi minda
Dalam ertikata lain mencabar minda dengan aktiviti atau permainan seperti soduku, crossword dan sebagainya.
4) Interaksi sosial
Ianya bermaksud mencari kawan baru dan berhubung dengan kawan-kawan. Apabila kita berinteraksi dengan kawan-kawan secara tidak langsung minda akan semakin aktif apabila kita berborak-borak mengenai isu semasa dan juga benda-benda baru.
5) Tidur dan tidur-tidur ayam
Tidur memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan keupayaan minda. Semasa kita tidur sel-sel neuron baru otak akan dihasilkan dan sel-sel neuron otak yang rosak juga di perbaiki. Kalau tak cukup tidur boleh mengakibatkan sel-sel neuron otak tidak sempat di perbaiki dan menyebabkan otak berfungsi tidak dengan sepenuhnya pada kesokan harinya. Kajian saintis juga menunjukkan tidur selama 1 jam pada waktu petang juga boleh meningkatkan daya ingatan…
6) Atasi stres
Kurangkan stres anda, walaupun sukar nak mengelakkan stres di dalam kehidupan sehari-hari… Di antara cara-caranya ialah denga berfikiran positif, bersenam, meditasi atau pergi berurut pun boleh… Yang pentingnya anda dapat menangani stres dengan baik di dalam kehidupan anda sehari-hari.
7) Ketawa dan lawak jenaka
Pepatah inggeris ada mengatakan “Laughter is the best medicine!”… Dengan bergelak ketawa boleh menghilangkan stress dengan mudahnya. Kajian juga menunjukkan ianya boleh meningkatkan daya ingatan.
8)Sarapan
Ini adalah sangat penting. Banyak kajian menunjukkan mereka yang bersarapan yang bersarapan menunjukkan peningkatan di dalam konsentrasi, pembelajaran, mood dan dan juga memori dan sebaliknya berlaku pada mereka yang tidak bersarapan.
9) Pemakanan
Antara makanan yang bagus untuk otak ialah Omega 3 (ikan tuna dan salmon antara makan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi) dan tidak lupa juga sayur-sayuran hijau yang mempunyai banyak khasiat untuk minda dan tubuh fizikal. Di dalam rawatan menggunakan warna juga menunjukkan hijau ialah warna yang boleh mencuci aura anda!
10) Lain dari yang lain…
Maksud saya dengan lain dari yang lain ini ialah mengubah cara kita menjalani hidup kita sehari-hari. Contoh mudah kalau pergi kerja, ubah jalan yang dilalui setiap hari dan membeli belah ditempat lain dari yang selalu kita pergi. Kajian menunjukkan dengan adanya perubahan kecil yang kita buat sehari-hari boleh menstimulasikan bahagian otak yang kita tidak gunakan….
Demikian sedikit sepuluh tips yang boleh dikatakan agak mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat untuk semua dan kalau ada siapa-siapa nak menambah.. silakan