Permohonan Masuk Peperiksaan Dan Draf Jadual Waktu

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester III Sesi Akademik 2008-2009 akan bermula pada 22 hingga 26 Jun 2009.
Sehubungan dengan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester III Sesi Akademik 2008-2009. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 25 hingga 29 Mei 2009. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Jadual Waktu Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 9 Jun 2009. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan hutang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

0 comments:

Catat Ulasan