Makluman Pengangkutan ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Pengajian Tinggi 2009, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) pada 15 hingga 17 Mei 2009 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Karnival ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Kepada pelajar UKM yang berminat untuk menghadiri Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Pengajian Tinggi 2009, pengangkutan adalah disediakan secara PERCUMA. Maklumat pengangkutan (bas) adalah seperti berikut :-

Tarikh : 15 Mei 2009 (Jumaat)
Tempat berkumpul : Di foyer Pusanika
Masa bertolak : 9.00 pagi
Masa pulang 4.00 petang
Tempat berkumpul untuk pulang : akan dimaklumkan

PERINGATAN!
1. Sila bawa resume
2. Peserta diwajibkan berpakaian rasmi/formal.

Untuk maklumat lanjut program ini sila layari www.mohe.gov.my . Sila hubungi Saudara Khairus Syakirin di talian 017-324 8614 atau Saudari Siti Nurain di talian 013-300 2640 untuk membuat pendaftaran pengangkutan dalam kadar SEGERA.

0 comments:

Catat Ulasan