UTM Tawar Kursus Perakaunan Mulai Julai

Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana peka kepada keperluan kursus Perakaunan yang semakin diperlukan sekarang. Mulai ambilan Julai 2009, pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti kursus baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian yang ditawarkan sama seperti di universiti lain selama 4 tahun.

Terdapat tujuh komponen dalam program itu antaranya perakaunan, kewangan dan pengetahuan berkaitan organisasi perniagaan dan teknologi maklumat. Matlamat program itu bukan sahaja untuk melahirkan akauntan yang mampu menawarkan perkhidmatan perakaunan malah boleh menjadi perunding keusahawanan. Sukatan kursus ini digubal dengan mengambil kira saranan daripada pihak industri dan badan profesional perakaunan seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

0 comments:

Catat Ulasan