PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI SESI 2009/2010

PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI
SEMESTER III, SESI 2009/2010

KEPADA: Semua pelajar program PENTADBIRAN PERNIAGAAN dan
program EKONOMI yang akan menjalankan latihan industri pada semester III, 2009/2010

DARIPADA: DR. ROHAYU ABDUL GHANI
KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP

Para pelajar yang akan mengikuti program latihan industri pada semester III, 2009/2010 DIWAJIBKAN hadir ke perjumpaan dengan KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP:

PADA : 6 NOVEMBER, 2009 (JUMAAT)
MASA : 10.00 PAGI ~ 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FEP

SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.
_______________________________________________________

PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI 2010

KEPADA: Semua pelajar program PERAKAUNAN, FEP yang akan menjalani program latihan industri pada tahun 2010

DARIPADA: DR. ROHAYU ABDUL GHANI
KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP

Para pelajar yang akan mengikuti program latihan industri pada semester III, 2009/2010 atau semester I, 2010/2011

DIWAJIBKAN hadir ke perjumpaan dengan KETUA JARINGAN
INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP:

PADA : 10 NOVEMBER, 2009 (SELASA)
MASA : 10.00 PAGI ~ 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FEP

SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.

Koleksi Soalan Semester Lepas


Muat turun soalan-soalan semester lepas
(Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan) sekarang!
Koleksi dari sesi 2001/2002 hingga 2007/2008.


Klik pautan di bawah untuk muat turun.

Tambahan beberapa subjek PPU seperti Foundation English dan TITAS.
Kepada rakan-rakan yang mempunyai lain-lain soalan yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain, bolehlah emelkan kepada kami di pmfep0910@yahoo.com.my.


Sebarang masalah juga boleh hubungi kami melalui emel di atas.

Satu lagi inisiatif Exco Pembangunan Akademik, PMFEP sesi 2009/2010.

Bajet 2010 - 1Malaysia, Kemakmuran Bersama


Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri

"Bajet 2010 diharap menampilkan perbezaan ketara berbanding bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini kerana tahap pembangunan negara kini sudah memasuki dimensi berbeza."


Ikuti perkembangan semasa mengenai Bajet 2010 di laman berikut:

Yuran Pengajian Pra Siswazah Semester 1 Sesi 2009/2010


1. Pelajar Tahun 1 dan 2 dikenakan yuran pengajian secara pakej kerana perubahan struktur program pengajian mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah mula dilaksanakan mulai Sesi 2008/2009. Kadar pakej bagi pelajar FEP ialah RM550/semester.

2. Pelajar Tahun 3 dan 4 akan dikenakan yuran pengajian pada kadar lama mengikut jumlah unit kursus yang diambil pada Semester ini kerana struktur program pengajian belum mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia.

3. Pelarasan yuran ini akan dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu dari 19 - 26 Oktober 2009.

4. Pelajar-pelajar terlibat boleh merujuk maklumat tersebut selepas tempoh pelarasan dibuat iaitu selepas 26 Oktober 2009.

Perutusan Presiden Bil II/Oktober 2009


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, Tuhan sekalian Alam, kerana dengan limpah dan rahmatNya, hari ini kita masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan alam ciptaanNya. Bersyukur juga kepadaNya kerana limpahan kasih dan sayangNya, kita berada dalam keadaan aman dan harmoni tatkala insan-insan yang lain sedang hebat diuji olehNya. Semoga, dengan segala nikmat yang dilimpahkanNya, tidak melalaikan kita untuk tunduk dan sujud kepadaNya sebagai tanda kesyukuran. InsyaAllah.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya kita semua berada di bulan yang paling mencabar bagi para pelajar di UKM khususnya iaitu musim peperiksaan akhir semester. Saya sendiri seperti tidak menyedari bahawa kita semua telahpun berada di akhir semester I sesi 2009/2010. Bagi adik-adik tahun satu pastinya, saat ini di tunggu-tunggu kerana inilah peperiksaan sulung mereka berada di UKM. Saya mewakili seluruh saff kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada seluruh pelajar FEP khususnya dan pelajar UKM amnya dalam menempuhi peperiksaan akhir semester ini. Ingatlah, insyaAllah, dengan D.U.I.T (Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakkal.) kita semua akan berjaya mencapai apa yang kita harapkan.


Mohonlah restu ibubapa agar kita dipermudahkan dalam menempuhi cabaran peperiksaan kali ini. Mohon jugalah keampunan dari para pensyarah agar ilmu yang dipelajari dipenuhi dengan barakah. Saya juga menyeru agar sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian agar menjaga kesihatan supaya kita dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan selesa. Jagalah makan dan minum agar anggota badan yang lain juga dapat berfungsi seperti kebiasaanya. Selain makanan bagi fizikal, makanan bagi rohani jangan pula ditinggalkan. Banyakkanlah beramal dan jauhi segala laranganNya.

Dikesempatan ini, saya mewakili saff kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap serta keburukan dan kekurangan sepanjang kami menjadi pemimpin pelajar di FEP.

Selain itu, saya juga mengambil peluang ini untuk mempromosi program yang akan dijalankan oleh PMFEP selepas minggu peperiksaan dan pada semester II sesi 2009/2010. Kami amat mengharapkan agar sahabat-sahabat dan adik-adik semua dapat menyokong dan menyertai segala program yang dijalankan oleh pihak PMFEP bagi memastikan objektif dan matlamat program akan tercapai iaitu " menjulang martabat mahasiswa ". Antara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1. Bakti Siswa - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES) di Kampung Sg. Sireh, Sabak Bernam, Selangor pada 16 - 18 November 2009

2. Karnival Fakulti Ekonomi & Perniagaan IV (KARNIFEP IV) sempena ulangtahun FEP ke-5 pada bulan Januari 2010.



3. National Entrepreneurship Students Conference (NESC) pada bulan Februari 2010.

4. Malam Ikatan Suci Titian Kasih (MISTIKA) 2010, majlis makan malam fakulti di Dewan Seri Hendon, Putrajaya pada bulan Mac 2010.

Pelbagai program menarik telah disusun oleh pihak PMFEP untuk disertai oleh anda semua sama ada sebagai peserta program mahupun pelaksana bagi memastikan segala program dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Akhir kata, semoga dengan kehidupan kita di universiti ini dapat mendidik kita menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara selain melengkapkan kita dengan segala keperluan sebelum menempuhi alam pekerjaan yang pasti penuh dengan cabaran.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang;
Jaffar bin Tukiran
Presiden PMFEP 2009/2010

Peluang Menjalankan Latihan Industri di MIGA

Peluang baik bagi pelajar jurusan PERAKAUNAN yang akan menjalankan latihan industri bagi kemasukan bulan Disember 2009 dan Jun 2010.

Nama Firma: MIG Associates
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma:
1. Laporan Perakaunan (Management Account)
2. Cukai Pendapatan (Income Tax)
3. Laporan Audit (Audit Report)
4. Setiausaha Syarikat Berlesen (Lisenced Company Secretary)
5. Pendaftaran Syarikat (SDN. BHD.)

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, hubungi:
MIG Associates (NF 0974) Chartered Accountants
En. Mohamad Ibrahim bin Ghazali (MIA 20637)
No. 19-2A, Jalan 15/1A, Seksyen 15,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 013-367 5555
Tel Pej.: 03-8920 2466
Faks: 03-8925 7660
Emel:
migdpp@yahoo.com

Terima kasih kepada Kak Iqa atas info ini. =)

Penyertaan Program BAKSIS

PMFEP melalui Exco Khidmat Sosial & Kemasyarakatan
akan mengadakan program seperti berikut:

Program: BAKTI SISWA - PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT (BAKSIS-PES)
Tarikh: 16 - 18 November 2009
Tempat: Kampung Sungai Sireh, Sabak Bernam, Selangor

Oleh yang demikian, kepada para pelajar FEP yang berminat untuk menyertai
program anak angkat ini, bolehlah berdaftar dengan Exco yang terlibat (Ketua Pengarah BAKSIS-PES), Nur 'Iffah Bt Razali melalui emel pmfep0910@yahoo.com.my ,
beserta butiran berikut:

NAMA, NO. MATRIKS, TAHUN PENGAJIAN, PENGKHUSUSAN,
ALAMAT KOLEJ, NO TELEFON, EMEL & GAMBAR BERUKURAN PASSPORT

Penyertaan adalah PERCUMA!

Daftarlah segera sebelum 25 Oktober 2009!

"Mahasiswa Menerajui Pembangunan Ekonomi Setempat"