1001 Pengalaman Seumur Hidup


DIARI DELEGASI
9 OGOS 2009

Assalamualaikum semua. Nampaknya ni adalah Diari Delegasi yg terakhir kot coz hari ni adalah hari last HPAIR Business Conference. Dan utk pengetahuan am semua, hari ni adalah Hari Peringatan Hiroshima & Nagasaki di bom.. (kira 9 Ogos ni agak penting la bg org Jepun yerk..camtu?) huhu...

Disebabkan kumpulan kitorang dah x masuk Business Competition, so kitorang ada masa free sampai petang hari ni...so masa free ni kitorang gunakan utk berjumpa dgn abg Meor & kak Linda...rase sedih lak bila dah nak balik, terharu sgt2 kat mereka ni yg byk tlg kitorang.. (Jaffar, betul ke sedih sbb abg Meor & kak Linda ni? Ke sedih x dpt nak bawa balik hset abg Meor yg best tu? Haha...redha je la..)


Kenangan dgn hset abg Meor..huwaa... :'(



So, kami berjumpa di Akihabara (tempat shopping alatan elektrik, juga dipanggil bandar barangan elektrik...haha). Sabar je la dgn abg Meor ni, ada ke patut bawa kitorang tempat cmni, bukan leh beli pon...so cam biasa la...window shopping...lalalala...tp sbelum tu, kitorang g ke Restoran Akiba (kedai mamak da...), ape ag, lunch la...pekena nasi beriyani depa,pergh...mkn x ingt dunia..haha (lagi sekali Ainol malu2 makan coz berdebar2 depan abg Meor...)


Ni la juadah lunch kitorang...huhu

Ni la abg Meor & kak Linda yg kitorang cerita tu...romantik kan diorang...huhu


Pas mkn baru la kitorang window shopping, door shopping, sume2 la...ternganga je la tgk brg2 kat situ, kalo beli pon bukan leyh gune kat mesia...(sabar ek Jaffar tgk hset2 tu..). Disebabkan abg Meor & kak Linda ada keje, so diorang minta diri dulu, dgn tabah Jaffar memulangkan balik hset abg Meor & mulalah terasa sunyi poket kanan dia...(selamat tinggal hset, jumpe ag nanti2,jgn lupe miscall...haha,stress dgn keadaan).


Yodobashi Akiba (lebih kurang Plaza Low Yat kat KL la..tp ni lg gempaq)

Kami pon balik coz nak bersiap ke Gala Dinner. Saja je g coz nak tgk keadaan. Sudah semestinya makanan yg dihidangkan sperti yg kitorang jangka, nasib baik dh mkn nasi beriyani puas2 hati, kalo x meleleh je tgk delegasi yg lain mkn...haha. Ada ke patut pelayan tu tanya, "yes sir, do U want white wine or red wine?" hah! Gila ke hape..ape ag, kitorang dgn laju jwb, "no no no, do U have soft drink? Juz give us orange juice ples" Huh,hampir2 dh td,nasib baik ada orange jus..dgn melayan mata tgk je mknn yg ada, dtg lak si Sarah & Caroline (diorang ni asli punye vegetarian), dtg2 bawa wine, sabar je la...pastu duduk2 makan, ajak kitorang skali, lg skali, gila ke ape nak suh kitorang mkn, walaupun dh amik set vegetarian pon, tetap mcm pelik smacam mknn atas meja tu...diorang sket2, "wow, it's great, U must eat it, it's great", great2, sepak kang...huhu. Nasib baik ada alasan nak g solat, kalo x mcm ne la nak bla dr situ...ape ag, g solat maghrib la kat tmpt biasa.


Apa la diorang hidangkan utk kita ni Ainol (boleh mintak ganti rugi x coz kami x mkn sgt hidangan sepanjang HPAIR ni..huhu)



Dari kiri: Jaffar, Caroline, Sarah & Ainol (amik je la gmbr dh diorang nak sgt)


Akhirnya sampai ke acara penutup. MasyaAllah, pakaian diorang, seksa Jaffar melihatnya (sabar je la). Masuk2 terus duk depan coz kalo duk belakang, mahu tercungkil keluar bijik mata nie..and then, ni pengalaman yg kitorang x leh lupakan...tahu x, masa perasmi sdg berucap, Jaffar rasa dr belakang, sape la duk sepak2 kerusi aku ni, nak je aku sepak dia balik, tp tgk blakang xde orang, hah, sudah,hantu ke?

Dlm ati, ape yg jadi ek? Pastu 2 minit kemudian terus terhuyung hayang kitorang dlm bilik tu, masing2 riuh...perasmi nak melegakan kitorang dia pun ckp maybe ada orang berlari2 kat atas. Ape kejadahnye...dlm hati kitorang, Ya Allah, selamatkanlah kami. Dah la ramai yg menyeksikan diri dlm dewan tu, kalo jadi ape2, kami pon kena skali...lepas 5 minit, keadaan kembali tenang dan majlis diteruskan sehinggalah tamat.


Kenangan di Majlis Penutup HPAIR 2009

Bersama Virgi & Ahmad Raya yg kitorang cerita sblum ni...



Posing, jgn x posing...haha



Dengan sijil masing2..saje menghabiskan filem kamera (guna filem ke?)

Lepas bergambar dgn sape2 yg kami nak, kami terus balik. Bila sampai di bilik, Ainol x sengaja ter'check' internet kat Berita Harian, "satu gempa bumi berukuran 6.2 skala ritcher tlh menggegarkan Tokyo". Allahuakbar...terus tarik nafas panjang Jaffar bila Ainol bgth...alhamdulillah, Allah melindungi kami, nasib baik x berlaku ape2 kpd kami memandangkan esok kami akan pulang ke Malaysia semula. Ya Allah, lindungilah kami dari malapetaka dan penyakit. Kami bersyukur sgt2 coz gempa bumi tu x menyebabkan sebarang kecederaan atau perkara2 x elok. Tp seriusly, tu pengalaman yg kami xkan lupakan merasai gempa bumi walaupun pusat gempa berlaku jauh di selatan Tokyo. Syukur.

Kawan2, doakan kami selamat sampai ke Malaysia esok. Penerbangan jam 1.30 petang dan dijangka tiba di KLIA jam 10.00 malam. So,kpd sesiapa yg nak dtg jemput kami, silakan la..ehe. InsyaAllah kita akan berjumpe esok di tanah air tercinta. We Love You All...rindu sgt2...ni adalah diari terakhir, terima kasih kpd yg sudi mengikuti cerita kami sepanjang seminggu di Jepun ni. Arigato ghozaimas byk2..huhu. Jumpe lagi di edisi yg lain. Assalamualaikum.

Ada Suka Ada Sedih


DIARI DELEGASI
8 OGOS 2009

Assalamualaikum kawan2. Hari ni merupakan hari kedua Conference dan juga hari kedua terakhir kami berada di Tokyo nie...ehe. Hari ni cam biasa la, pkul 8 kitorang dah gerak dari hotel ke Roppongi Hills. Sampai di sana, kami terus ke sesi pertama, membincangkan Monetory Policy: Macroeconomic Trends dan penceramah jemputan yg best sekali adalah Mr Tetsundo Iwakuni merupakan ahli politik di Jepun. Walaupun beliau tak fasih bercakap dlm bahasa Inggeris dan berbantukan teks, tapi keyakinan beliau amat dikagumi. Seringkali beliau tak faham ape para delegasi tanya, tapi bila dah faham, penjelasan beliau amat baik sehinggakan beliau menjadi tumpuan (keyakinan tu yg penting).

Mr Tetsundo Iwakuni sedang berucap

Lps sesi pertama, kami ada lunch, tp mcm biasa la bab2 mknn ni, kami mkn sket2 je mcm jagung dan kentang, & then kitorang pegi ke Lawson mencari roti 'wanted' kitorang...haha...

Sesi kedua kami pilih utk masuk panel Technology and Innovation: Increasing the Role of Research & Development in Business. Tajuk nie mmg best sgt2. Penceramah pertama, Dr Key Hyup Kim dr Korea tlh mendedahkan bagaimana Korea boleh menandingi kehebatan Jepun, semuanya berdasarkan R&D, "jika suatu dulu, celik je mata kami lihat Jepun ada robot, kami terus bangun dan cipta robot yg lebih baik", tu la kata2 Dr Key, cara perbentangan beliau pon sempoi, banyak benda baru yg kitorang dpt. Then Dr. Junko Okayama (org nye muda ag & cute...huhu) plak bagi ceramah, lagi best sebab dia comel...haha..sopan santun je bentang...mcm wanita Jepun terakhir plak...huhu.
Sopan tak? Huhu
Dan yg terakhir drp Dr Michelle Chen, yg ni pon best gak, x silap kitorg masuk panel ni. Beliau terangkan bagaimana tenaga geotermal boleh menggantikan tenaga sedia ada dan lebih baik dlm memelihara alam sekitar. Beliau juga mempertontonkan kpd semua delegasi simulasi sekiranya tenaga solar, air dan udara ini digabungkan mampu utk menggantikan penggunaan kpl terbang kpd kereta api yg mana dr USA ke China hanya mengambilmasa 2 jam..amat mengagumkan. Dr Key juga mengeluarkan hasil penemuan terbaru Korea berkenaan penggunaan alga dalam menghasilkan alkohol yg mampu menggantikan penggunaan petrol. It's great U know...haha

Dr Michelle Chen

Bersama Dr Okayama sbg kenang-kenangan (comey woo..huhu)

Abes je sesi ni kitorang terus g solat kat masjid yg kitorang cerita sblum ni. Tgh on the way, terjumpa la Ahmad Raya (siapa ha?), kitorang ajak la dia skali, n byk la cerita mereka berdua kan...ada org tu jd pemandu arah je...huhu...(kantoi la plak). Tapi best la, dia cerita la pengalaman dia sebagai CPA di Indonesia, mcm menyeramkan je dgr...haha.

Disebabkan jauh, so kitorang masuk sesi berikutnye lambat, ingatkan nak masuk sesi tajuk Entrepreneurship in Asia, tp dh penuh, so lastly pilih masuk case study Building Brand Loyalty in Asia. Ingatkan x best, tp ternyata salah. Best weh...baru kami insaf, kat Asia ni kebanyakan company sume mementingkan pengeluaran, bukannya jenama. Persoalan yg diberi oleh Mr Martin Roll (pakar bab2 brand loyalty ni tau), "adakah manusia membeli teknologi atau membeli jenama?" Jawapannya jenama, kalo canggih camne pon tp x terkenal, org x beli jugak, cth yg beliau bg adalah iPod Apple dgn iPod Creative (jenama dr Singapura). Walaupun iPod Creative lebih canggih, tp org lebih banyak membeli iPod Apple..camtu la dia ckp lebih kurang. Pastu dia mencadangkan agar syarikat2 menubuhkan jawatan baru iaitu CMO (Chief Marketing Officer) dan labur lebih banyak dlm membina jenama di peringkat antarabangsa. Jarang dpt dgr jenama Asia di dunia, yg ada hanya barangan tiruan keluaran China (sempat ag dia kutuk). Tp kadang2 hangin gak sepanjang sesi dia asyik sebut Singapore Airlines je sbg contoh terbaik brand di Asia..heh...ingat Malaysia Airlines xpower ke hah? haha,kitorang tawaduk, xnak megah2 ni...ehe..

Syarahan Mr Martin Roll amat berkesan

Dah la abes lambat, sepatutnya abes jam 4.30 ptg, dia bawa sampai 5.30 ptg,hangin je...lps abes je sesi tu, kitorang dgn suka ati nak g berjumpa ahli kumpulan utk perbentangan case study pada keesokan pagi. Tapi malangnya, drpd 7 ahli kump kami, hanya 4 org shj yg hadir ke conference nie..so sedih la coz kump kitorang di disqualified sebab 1 kump mesti minimum 5 org...tp xpe la,yg penting kitorang hepi dgn ahli kumpulan kami. Sorang Itzu Tsai dari Taiwan dan Hyeyon Kwon dr Korea...diorang amat comel..haha (Ainol sori diorang amik alih tempat kamu..haha). Sempat la amik gmbr kenang-kenangan walaupon x dpt masuk competition tu.

Dari kiri: Ainol, Itzu Tsai, Jaffar & Hyeyon Kwon (Group 5)

Camtu la cerita nya spnjang conference td. Abes je perjumpaan td, kami terus balik hotel. Malam kami keluar dinner di Restoran Maharaja Spice Road, makan kari la plak kan..huhu..agak sedap la, tp Ainol kalo korang nak tahu, dia minum 2 gelas mango jus, tgk je dia kecik...huh, boleh tahan...mmg sedap pon jus mangga tu, sampai nk bawa balik hotel...nasib baik akak kedai tu x faham Ainol ckp pe...haha,kesian tgk dia nak memahami kehendak Ainol..huhu...
Esok adalah hr last conference, sepatutnya kne bentang dr pagi case study, tp disebabkan dh kne out, so esok pagi kami free la nmpknye..waiting for the gala dinner,ntah ape la diorang sajikan t...(sabar ek Ainol, balik mesia t mkn puas2 ye)...haha. Esok nak g jumpe abg Meor & kak Linda, sebelum balik kne jumpe org yg byk mengajar kitorang cara hidup di Jepun ni...ehe (nak pulang hset skali, Jaffar sedih, hset tu best, abg Meor..nak boleh x? huhu). Esok diari kitorg yg last kowt. Jap je dh seminggu dah kat sni. Salam.

Antara Ketermengantukan, Pengorbanan & Budi


DIARI DELEGASI
7 OGOS 2009

Assalamualaikum semua, ketemu lagi kita dlm rancangan...(rancangan pe lak)...huhu. Ok, hr ni xde la penat sgt, cume tema utk hr ni termengantuk dek ceramah2 yg melambak2...huhu. Serius, hari ni kitorang asyik dengar, dengar & dengar org bg syarahan. Dr awal pagi kitorang sampai kat Waseda University pkul 9.30 pg, sampai la balik td pkul 5 ptg. (kitorang dh pakar dh bab2 tren kat Tokyo ni,tu yg cpt je smpai..baca peta dlm bahasa Jepun pon dh pandai tau...haha, bley la sape2 nak g Tokyo t kitorang jd tourist guide, murah je 3000 yen sehari...huhu).

Antara yg bersyarah hari ni pd sesi pagi ialah Vice Chancellor Waseda University, pakar2 dlm bidang2 tertentu (ramai sgt nak sebut sorang2) yg bercakap berkenaan Krisis Kewangan US & Kesan Terhadap Asia dlm Tempoh Jangka Masa Panjang. Dlm banyak2 benda yg kami dengar, ada 1 rahsia yg dibongkarkan oleh Profesor Shigeyuki Abe iaitu Jepun sebenarnya gagal dlm merancang sesuatu dlm tempoh jangka masa panjang walaupun pd luarannya dunia melihat Jepun sebuah negara yg bagus. Dan yg membuatkan kami berbangga kerana beliau memuji Dasar Pandang ke Timur oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu yg dikatakan 1 perancangan jangka panjang yg sangat baik. (bangga beb sbb dlm 300 lebih tu kami 2 org je dr Malaysia, stakat ni x jumpe pon rakyat Mesia yg lain dlm conference tu, tgk dlm Facebook pon xde..huhu)

Waktu lunch dia yg paling menggerunkan sepanjang hari ni...ape x gerunnye, tgk mknn yg diorang sediakan, fuh, mencabar minda pikir boleh makan ke x..x penah2 kitorang jd vegetarian, hari ni mkn nasi berlaukkan kobis, salad, jagung, telur hancur dan buah-buahan...boleh la,alas perut sket...(sabar je la). Pas lunch, sambung slot ptg, dgr syarahan ag...tp kali ni serius kami x fhm,dgn kadar mengantuk yg paling maksimum. Tajuk best, The New Relationship Between West & East, tapi cara syarahan nye x best, dh la laju semacam, nak tangkap pe dia ckp pon x sempat, almaklum Prof dr Harvard Univ. yg bersyarah,camtu kot gaya Harvard...haha (nasib baik gaya UKM ok).

Pastu kitorang g solat, nasib baik diorang bg bilik utk kitorang solat, alhamdulillah. (seriusly Jaffar mmg x g solat Jumaat td coz masjid pon xtau katne ada). Pas solat, sambung sesi terakhir. Ha, yg ni best, penceramahnye pon ok...senang kitorang nak fhm... Tajuknye, ASEAN: Following in the EU's Footsteps. Best coz membincangkan ttg ASEAN yg masih belum mampu seperti EU. Jaffar nak tanya soalan, tp x berkesempatan coz masa dh abes, tp Jaffar jumpe penceramah pas program, Prof Eddi Harijadi (jgn gelak dgn nama dia) dr Indonesia, hurm, lepas gak hajat nak tanya...nak tahu pasal ape? huhu.. "Logo ASEAN melambangkan Unite antara negara anggota, tapi sejauh manakah Unite tersebut, negara anggota masih dibelenggu dgn masalah2 tanpa penyelesaian atau masalah berpanjangan tanpa kata putus seperti Kes rebutan Pulau Batu Putih (baru je selesai), kes Jambatan Bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura, kes jerebu disebabkan petani di Indonesia, masalah selatan Thai yg tiada penghujung, jadi adakah ASEAN masih relevan atau hanya sekadar boneka utk Ekonomi semata2..." ha, tu la soalan Jaffar...huhu.


Bersama Prof. Eddi Harijadi



Lepas tu kitorang pon balik ke hotel. Tp, ada 1 perkara yg wat kitorg terharu ptg td. Kitorang tersalah jalan nak ke stesen Waseda, pastu tanya kat sorang akak tgh berhenti kat simpang, dia bawa skuter, dia tunjuk la jalannya, pastu lampu hijau dia pon gerak, kitorang pon gerak la ke stesen. Jln punye jln, smpai depan stesen, nak tahu x, akak yg kitorg tanya td tgh tunggu kitorang smpai ke x kat situ, depan2 stesen tu dia tunggu, terkejut kitorang...huhu (mmg tharu giler la layanan dia, takut sgt dia kitorang x sampai...huhu). Bagus tul budaya diorang kan...lepas kitorang masuk stesen baru dia balik...hurm...(fikir2kanlah)

Hari ni kot 1st time kitorang balik hotel awal...kul 6.15 dh sampai hotel, slalu mlm baru sampai. 1st time gak kitorang melihat hujan di Tokyo...huhu... Pastu malam baru keluar semula g dinner kat Restoran Jembatan Merah yg mase hari kedua pegi dgn abg Meor...punya la lapar, mcm2 kitorang makan,ayam panggang, udang masak lemak, aiskrim..huhu...(bls dendam kat conference td). Esok cdg nak g restoran mamak kat sebelah tu plak..ehe..





Menu Dinner...ehe



Banyak benda la yg kitorang belajar hari ni,macamne nak survive sbg seorang muslim...betapa patuhnya org Jepun pada masa (org Malaysia camne?). Betapa berbudinya org Jepun, walaupun sorang je yg buat, tp dh menggambarkan rakyat keseluruhan...penting tu...


Untung diorang dapat bergambar dgn orang Malaysia


Sukanya dia bergambar dgn Jaffar...haha

Hari ni jurukamera x tido ag, so ada gambar..huhu..ape yg baik dijadikan teladan, yg x baik dijadikan sempadan k...semoga jumpe ag esok. Salam.

Hari Ketiga yang Memenatkan


DIARI DELEGASI
6 OGOS 2009

Assalamualaikum sume...arigato ghozaimas la pd yg sudi baca diari kitorang ni...saje je nak report sket2 ape yg kitorang dpt kat sni, so kawan2 pon ley la imagine sket2 pe yg kitorang dpt...

Ok, basically boleh dikatakan hari ni hari yg paling penat (setakat ni la,esok2 maybe jatuh ranking dah). Hari ni kitorang gerak ke Roppongi kul 11 lebih hampir kul 12. Ingatkan jauh sgt la...kul 12.40 dh sampai Roppongi Hills...pergh,tempat dia memang cool bro.



Roppongi Hills (ala2 Sunway Pyramid gitu..)

Nak tunggu pkul 3 utk pendaftaran, kitorang naik la Mori Tower, naik sampai tingkat 52 lak, lagi sekali tgk permandangan bandaraya Tokyo...kali ni nmpk la Tokyo Tower dekat sket. Pastu masuk muzium jap, rasa cam dh lama dh jln2,tapi tgk jam baru 2 lebih...dah x larat nak jln, kitorang cari makan2 lak,nak mkn benda lain x tahu halal ke x, so kitorang mkn je la roti yg abg Meor ajar g beli tu...huhu..(sepanjang hari mkn roti...haha,cian,hari kami tanpa nasi tema utk hari ni ye).


Jangan buat sebarang spekulasi OK!


Tokyo Tower dan sekitar Bandar Tokyo dari Lapangan Helikopter, Mori Tower

Akhirnya jam kul 3 gak...g la naik tingkat 49 nak g daftar, tengok2 diorang tgh kemas2 ag...dah kne tunggu ag, time ni la mula bkenalan dgn delegasi yg lain. Ada yg dr Hong Kong, India, Singapore dll...haha...(yg lain2 x dtg ag). Pas je dftr, kitorang g cari tmpt solat, haha, ada g tny prayer room, mne nak ada...nasib baik receiptionist Mori Tower tu bagus, dia tlg searchkan kat internet masjid terdekat, akhirnye jumpe...(mmg bagus la org Jepun,walaupun xtau, dia tetap tlg carikan, sampai la dia tahu mosque tu ape,siap tanya ag cmne solat...herm,ada mase kita bual2 lg ye miss,kowt2 miss terbuka hati nk masuk Islam kan...). Kitorang pon cari la institusi agama Islam di Tokyo tu,dekat je rupenye, Alhamdulillah, dah tahu dah tmpt solat.


Nur di Kota Tokyo

Lepas solat, kitorang ada mase smpi kul 8 utk majlis perasmian. So kitorang cari ag kedai Lawson (cam & eleven la senang citer, xpon kat sini diorang panggil konbini). Watpe? Ape ag, cari roti lg la...lapar tahu x...kan tema hari ni roti adalah segala-galanya...haha...pastu kitorang try & error ke Asakusa (tempat jual cenderamata terhebat di Tokyo). haha...dah la sesat, nasib baik dapat beli cenderamata utk Dekan, Dr. Romlah, Dr. Sabri n Dr. Doradiva...huhu (rahsia pe dia). Pas abes shopping terus bergegas ke tempat perasmian lik...(korang ingat dekat ke, kene tukar 2 kali tren tahu x...haha,hampir 50 minit gak la, tepat2 sampai orang masuk dewan (jadi last two person ag...haha). Pastu wat muka xtau masuk skali...ehe..

Nasib baik bateri doraemon dgn ultraman nie abes, bley amik foto diorang x bergerak.
(ada gak lagenda kata mereka ni kne sumpah sampai jd batu...betul ke?)

Bermula la majlis perasmian,pergh...kemengantukan la plak kan dengar sampai 3 org berucap,dengar x dengar je la..HPAIR ni ditaja oleh Daimler (pengeluar kereta Mercedez Benz, Mitsubhisi...ape ag? huhu). So mula2 tu khusyuk gak la kitorang dengarkan Mr Minoru (Ben) Makihara (Senior Corporate Advisor of Mitshubishi Corporation) berucap. Masuk yg kedua Mrs Masako Egawa (Executive Director of the Japan Research Center at Harvard Business School) dah mula mengantuk coz dia wat lawak, tp dia je yg gelak...huhu. Masuk yg last Mr. Kai-Uwe Seidenfuss (Senior Vice President Mitshubishi FUSO), terus kitorang wat hal sendiri borak2...haha (jahat tul)...akhirnya lega gak dah abes...huhu.


Pastu, ape ag,balik la...tp sebelum balik, sempat ag bkenal-kenalan...(Ainol, jgn terpikat kat lelaki2 tu sume, sume xley pakai tu...jgn curang Ainol...haha...lupakan je la Ahmad Raya tu...walaupun hidung dia mancung, tp dia dh mkn KFC...cane? haha...) Korang mesti x faham nye kan...memang saje wat korang x faham...Ainol mula cair tgk lelaki2 kat conference tu, kalo Ainol hilang bukan salah Jaffar tau...haha...Sabar je la...macam2 perangai ada...

Herm..begitu la hari ni,macam2 hal lagi berlaku, asyik gelak je la kitorang kat sni walaupun penat. Hah, lupa lak, sepanjang hari ni, kitorang wat observation kat orang2 Jepun ni, dan ini adalah hasil kajian:
1. Orang Jepun suka pakai baju formal especially lelaki.


2. Orang Jepun ikut peraturan, naik eskelator sume berdiri sebelah kiri, kitorang je kekadang terberdiri kanan kiri wat mcm eskelator kat mesia.

3. Orang Jepun beratur sebelum naik tren.

4. Orang Jepun susah nak senyum, muka serius je...
5. Orang Jepun suka membaca, kalo tgk dlm tren, boleh dikatakan 80% membaca sama ada baca surat kabar, majalah, buku, komik mahupun SMS...ada yg siap gaya body language pon ada...

6. Kat Jepun, mana2 pegi sume ada announcement, (water will be flushing in 5 second...5, 4, 3...)

7. Kat jepun, walaupun bandar, tapi still leyh dengar bunyi cengkerik, burung, angin bertiup..nyaman tau, x dgr pon bunyi kenderaan busy lalu lalang walaupun jalan raya penuh kenderaan.

8. Orang Jepun suka kayuh basikal sambil bonceng baby kat belakang, syok je baby tu terlentuk tidor,siap pakai tali pnggang keledar ag tau...helmet pon ada.

9. Paling banyak perkataan Jepun yg kitorang dengar adalah arigato (bukan aligator tau or eskelator)

10. Tren kat Jepun x penah lambat, selalu kitorang smpai je dpn tempat menunggu terus tren sampai, xpnah kne tunggu lama2 cam naik komuter (sori la KTM, dah kenyataan, x baik menipu, dosa).

Hah, tu la 10 benda kitorang detect stakat ni...pasni kitorang observe ag...dah mcm audit la plak...huhu. Ok kawan2..jumpe ag esok dgn cerita lain lak,kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi...haha. Gambar cam biasa, esok baru ada...huhu. Salam. B)

Budak Baru Belajar


DIARI DELEGASI
5 OGOS 2009

Moshi2. Tadaima (maksudnye I'm back, xtau la plak kalo we're back, jd tadaimu kowt...huhu). Hurm, hari ni hari kedua kami di Tokyo nie...lena gak la td malam tido, pagi sarapan maggi dgn roti dlm bilik...huhu. Cadangnye nak g jln2 kul 9, jap ag kul 11 baru gerak, almaklum la, x cukup tido (camne leyh x cukup tido ek?) Ok xpe, abaikan...hri ni skali lg berlaku miracle, dgn yakinnya kitorang berjalan kaki lebih kurang 15 minit dari hotel ke station tren yg terdekat. Disebabkan dah lambat, so kitorang terus nak ke tempat yg abg Meor suruh pegi utk lunch, elok2 je nak mesej abg Meor, tetiba dari blkg, "hah korang, baru abg nak g hotel, nasib baik jumpe kat sni", dlm hati kitorang, abg meor ni ada ilmu magic ke hape, smalam leyh jumpe kitorg tetiba, hari ni pown sama, heran2...

Budak baru belajar guna hset buatan Jepun..susah gak la...

Tak nak pikir mengarut2, kitorang pon follow je la abg Meor, smlm kata nak bawa kitorang g mkn kat restoran Siddique (restoran mamak), tp dh tukar plan, dia bawa kitorang ke restoran Jembatan Merah (restoran Indonesia). "Kita tunggu jap ea, tunggu isteri abg jap waktu lunch dia kuar", kata abg Meor. Isteri? Kitorang pown gunakan kesempatan tu utk posing2 sekitar2 tempat tu, agak la cantek dia...puas kitorang posing sampai dah xtau dh nak amik gmbr pe (termasuk la abg Meor jd mangsa kitorang), isteri abg Meor sampai. Jom kita makan. Baru la tahu, isteri abg Meor tu ialah kak Linda yg sepatutnye amik kitorang semalam, disebabkan dia kerja, dia suruh la abg Meor yg jemput. Baru fhm relationship diorang. Ingatkan dari mane tetiba abg Meor dtg.



Ada cam muka org Jepun x kitorang berdua? Ehe...(nak gak)

Lunch td kitorang makan masakan Indonesia. Kitorang pon order la ape yg patut. Nak tahu harga? Ehe...utk makan nasi, lauk 1 mangkuk, sup sket, air teh dgn pencuci mulut harganya RM30++ , murah kan? Huhu... "Murah la tu kan kalo kat Jepun", kata kak Linda...haha. Kitorang pon sembang2 la, pastu tetiba ada reunion org Pahang lak kat situ...org Johor dgn org Perak senyap je melayan makanan depan mata (khusyuk makan, mak pesan makan jgn bercakap)..haha.

Habis makan, kak Linda masuk lik kerja, kitorang dgn abg Meor g jln2. Terharu gak abg Meor sanggup amik cuti nak bawa kitorang jalan2..huhu. Mekaseh lagi skali abg Meor, walaupun Ainol kata abg Meor garang, tapi dlm hati Ainol sbnrnye dah cair tgk abg...haha (Ainol, x baik selindung2..) haha. Abg Meor bawa kitorg ke Menara Pentadbiran Kerajaan, naik tingkat 45 tengok permandangan sekitar bandar metropolitan Tokyo. Pergh,memang dahsyat. Pastu g bangunan jual barangan elektrik, cakap je ape, sume ada...tapi mahal2 la...haha. Ingatkan nak gak beli laptop sejibik dua, tapi model x best lak (padahal, ckap je la xde duit). haha

Di Bangunan Pentadbiran Kerajaan

Dah kul 3 lebih kitorang bergerak ke Waseda University, dah la jauh, abg Meor pown 1st time yg pertama gak ke sana, (abg Meor kata, university ni xde la popular mane pown...haha,no comment). Slps pra-sesat ke sana, kitorang sampai la kat pintu msuk utama, hurm, apsal cam senyap je, xde event ke? haha...xkan salah tempat. 1 papan tanda HPAIR pown xde...tp tgk dlm jadual dh betul dh..so camne? Camtu? aha..kita tengok ape jd esok.

Dah penat dgn Waseda, terus kitorang naik tren ke Myoden (xde kena mengena dgn Mydin). Kat sini la abg Meor tinggal dgn isterinye. Dari Waseda lebih kurang 45 minit ke station Myoden. Lama wo, sempat ag Ainol n abg Meor tido, Jaffar jaga line, takut terlajak (chewah)...hahaa. Sampai kat Myoden, abg Meor ajak g kedai 100 yen (kalo kat Msia, kedai RM2 la..huhu). Ingat nak la beli cenderamata utk kwn2 sume, tapi sume peralatan rumah, xkan nak bagi kwn skru plak, xpon penyangkut baju...huhu. tp ada gak la yg boleh kitorg beli utk conference t, cthnye tali leher, 100 yen je...huhu. (jgn tanya jenama pe, yg penting cantik..haha).

Rasa dah penat sangat dah, abg Meor ajak balik rumah dia. Wow, cantik rumah diorang. Sambil2 tengok TV (padahal x faham pon ape diorang ckp, abg Meor je yg tergelak2, kitorang ikut gelak skali..haha). Pastu kak Linda balik, terus masak. "Eh, susah2 je kak, xyah la kak, kita mkn kat luar, kitorang belanja" haha...(gurau2 je). Cepat tul akak Linda masak, siap dah sup ayam, udang masak lemak, telur dadar. Slurpp...sedap weh..pandai abg Meor cari isteri..haha...Ainol malu2 nak makan, Jaffar lak x malu g tambah nasi..haha. Pastu kak Linda introduce buah anggur Jepun kat kitorang, "makan kena sedut taw, kulit buang", kata kak Linda. Ainol pon jawab, "kak, saya dah termakan dgn kulit2, camne?" Jaffar pon berkata dlm hati, "sape suh mkn sebelum arahan dikeluarkan" haha...dah la comel2 anggur nye, seronok lak makan walaupun kne sedut2...huhu. Pastu buah peach, 1st time yg pertama gak kot makan. (romantik tengok kak Linda dgn abg Meor...haha)

cover line weh...

Dah malam dah, dalam kul 9, kak Linda dan abg Meor hantar kitorang ke station nak balik Shinjuku. Tapi sebelum tu sempat la shopping beli coklat utk kawan2 kat Msia nanti...hurm, kitorang pon balik la sendiri dgn berbantukan peta..haha. Saje abg Meor suh kitorang berdikari. Akhirnya sampai gak kul 11 lebih kat hotel (tak sesat ok). Huhu..alhamdulillah. Esok dah start pendaftaran, mesti lagi sibuk. Tapi best la hari ni dpt g byk tempat sekitar Tokyo. terima kasih sgt2 kat abg Meor & kak Linda. Nanti bila kitorang buka cwgn UKM kat Tokyo t kitorang dtg rumah abg akak ea...huhu.

Tu la serba sedikit catatan hari ni. Walaupon letih, tp best. Esok kita tengok ape plak yang berlaku...ehe..harap2 sumenye berjalan dgn lancar especially naik tren ke Roppongi (tempat pendaftaran yg agak jauh)...huhu. Ok semua. Jumpa lagi. Arigato ghozaimasu. =)

Pertama Kali Ke dan Di Jepun


DIARI DELEGASI
4 OGOS 2009

Assalamualaikum sume...hye everybody...moshi2 (haha,dah kuar dah bahasa Jepun). Alhamdulillah, akhirnye 4 Ogos tiba jua...dan buat pertama kalinye dlm sejarah hidup kitorang ke negara matahari terbit, iaitu JEPUN. Hurm, banyak benda nak share dgn korang sume, dari la masa pegi tadi hinggalah kami sampai kat hotel ni.

Kita start dari pagi la ek. Arigato ghozaimas la kat pakcik Zahar yg sempoi lagi pelawak yg telah bawa kitorg ke KLIA...susah2 je pakcik nie bangun pagi2 nak hntr kitorg dgn semangat...walaupon mula2 dgr citer dia akan bawa bus ke KLIA (padahal nak hntr 2 org je, saje wat lawak antarabangsa la tu agaknye), tapi akhirnya kami redha je naik kreta waja...haha...(logik la sket), tapi kesian la kat orang2 yg terpaksa dirahsiakan namanya kerana x dpt nak ikut g KLIA...huhu..cian...pkul 8 kitorang gerak, gelak punye gelak, tetiba dh smpai depan KLIA...

sempat ag posing depan pintu masuk...


Pastu kitorang start la menggelabah nak wat sume benda...tetapi..jeng3...tetiba wakil travel agency datang menolong...nak tahu sape? Nama dia Siti Samiha Bt Mohd Shokri... Kenapa? Macam penah dengar ke nama tu? Haha...memang la..dia siap bawa kuncu2 nye lagi...nak tahu cmne diorg datang? Lagi skali..jeng3...

haha...punye la semangat,sanggup diorg bersempit nak ikut g KLIA...pakcik Zahar, redhakan aje la diorang nie...huhu :-) Korang g kelas MA ke tak ha td ???

Hah,faham x? Maknenye diorg pon la orang2 yg dimaksudkan td yg kecewa bus xde...haha...entah pape je. Tapi mekasih banyak2 kat diorang yg byk tlg kitorang sebelum berangkat ke Jepun. Masuk je line imigresen, diorang pon bla sambil melambai2 sedih coz x dpt ikut kowt..huhu.

Ni cerita lepas scan benda2 sume. Lawak2, kalo nak tahu,kitorang berdua la penumpang terakhir masuk kapal terbang, kesian kat abg2 tu jaga pintu tunggu kitorang...hahaha... "ha, last two person dah sampai, cepat dik..." haha, kata abg tu (sape ntah nama). Dah mcm explorace la plak. Dgn muka slumber + tak bersalah, kitorang pon masuk la amik seat masing2. Huh, mencabar tul...kalo la terlambat ag seminit td,confirm sekarang ni (skrg jam kul 1 am waktu Jepun) kitorang kat bilik risau subjek esok...haha.

Bermula la journey kitorang...penerbangan 7 jam, nasib baik ade la entertaiment dlm kpl terbang tu,kalo tak mesti Ainol dah membuta je kejenye...(Jaffar yg sedang tulis...haha). Lepas sejam trbang, mknn utk lunch disediakan. Maeh,ape kebenda nie...huhu.

Sedap kan??? Huhu...

Hah, korang tgk menyelerakan x? Huhu...Jaffar mkn nasi dgn ikan je,pastu kek tu,yg lain,tgk pon x selera..menggerunkan...Ainol lak mkn kek je...hahaha...minum petang pon sama,kitorg makan sandwich je...tu je mampu dimakan...sambil layan movie,lagu, dan dll (bak kata pakcik Zahar). Pastu, 1st time yg pertama gak kitorang solat dlm kpl terbang...nasib baik Jaffar tanya, akak tu pun tunjuk la ruang solat, kalo ikut idea Ainol, entah camne la jadi..haha (rahsia ape idea Ainol tu) ...huhu.

Tahu2 dah nak sampai, ape ag, excited le kitorang nak menjejakkan kaki ke Jepun. Tepat kul 7.15 ptg (kul 6.15 di Msia),kitorang sampai...Alhamdulillah,selamat sampai gak akhirnye. Sampai2 ape ag,posing terus...




Lepas je sume.pening dah kepala pikir camne nak ke hotel. Tanya kat kaunter informasi, dapat la tahu skit2...so confirm la naik bus coz murah sket ("murah la gak" kan 3000 yen = RM110 dari Narita Airport ke Shinjuku Station, dlm 1 jam setengah perjalanan...haha). Sebelum naik bus, nak cari tempat beli kad sim coz nak tepon akak yg nak amik kitorang tu, tapi 1 ape pon kitorang x faham...buat2 faham je coz xnak kecewakan mereka2 yg ditanya...haha. Pastu yg paling lawak dan paling dramatik masa kat public phone. Punya la kitorang beriye2 tanya kat makcik guard tu nak tukar duit kecik katne, entah dia faham ke x, dan entah ape yg dia berusaha cakap pon kitorang xtau, dlm bahasa Jepun, camni... "@#%^&&@#$$#*&^%!#$%coin$@%%^$%" ...faham x? haha...kitorang pon x faham, yg faham coin je, tu yg coin je ada dlm ayat td..hehe. Tapi best la, utk markah body language, kitorg bagi fullmark 10/10.

Dlm kepeningan kitorg tu, tetiba muncul hero Malaya panggil nama Ainol. Ai, dtg mane plak mamat nie...nak culik Ainol ke hape...dah la salah panggil Syafiq lak kat aku...konfius ni..huhu. Baru la tahu dia la yg jemput kitorang utk ke hotel (lega sket kan, ingat kan peminat Ainol td...). Mekaseh banyak2 la kat abg Meor yg bawa kitorg sampai la hotel ni (Sun Lite Shinjuku Hotel) . Dari ajar cara nak beli tiket, bawa g kedai tunjuk mknn yg boleh dimakan, check in hotel, jd tukang alih bahasa kitorang, sampai la pinjamkan kitorang hset ni ha utk call mak abah kat Msia...mekaseh sangat. Jasamu dikenang..haha...kalo nak tahu, abg Meor dah duk Jepun selama 9 tahun & sekarang kerja sbg engineer kat sini. Tengok cam muda ag, umur xtau berapa,tapi dah kawen...haha.

Erm..esok xtau ag ape kitorang nak wat...conference start Khamis,maybe kitorang g explore dulu area2 sni..huhu. Hari pertama je dah byk benda nak share. Xtau la best ke kan bg korang, tapi bg kitorang mmg 1 experience yg x dpt dilupakan...ok, esok jumpe ag, InsyaAllah. Salam (^-^)