Budak Baru Belajar


DIARI DELEGASI
5 OGOS 2009

Moshi2. Tadaima (maksudnye I'm back, xtau la plak kalo we're back, jd tadaimu kowt...huhu). Hurm, hari ni hari kedua kami di Tokyo nie...lena gak la td malam tido, pagi sarapan maggi dgn roti dlm bilik...huhu. Cadangnye nak g jln2 kul 9, jap ag kul 11 baru gerak, almaklum la, x cukup tido (camne leyh x cukup tido ek?) Ok xpe, abaikan...hri ni skali lg berlaku miracle, dgn yakinnya kitorang berjalan kaki lebih kurang 15 minit dari hotel ke station tren yg terdekat. Disebabkan dah lambat, so kitorang terus nak ke tempat yg abg Meor suruh pegi utk lunch, elok2 je nak mesej abg Meor, tetiba dari blkg, "hah korang, baru abg nak g hotel, nasib baik jumpe kat sni", dlm hati kitorang, abg meor ni ada ilmu magic ke hape, smalam leyh jumpe kitorg tetiba, hari ni pown sama, heran2...

Budak baru belajar guna hset buatan Jepun..susah gak la...

Tak nak pikir mengarut2, kitorang pon follow je la abg Meor, smlm kata nak bawa kitorang g mkn kat restoran Siddique (restoran mamak), tp dh tukar plan, dia bawa kitorang ke restoran Jembatan Merah (restoran Indonesia). "Kita tunggu jap ea, tunggu isteri abg jap waktu lunch dia kuar", kata abg Meor. Isteri? Kitorang pown gunakan kesempatan tu utk posing2 sekitar2 tempat tu, agak la cantek dia...puas kitorang posing sampai dah xtau dh nak amik gmbr pe (termasuk la abg Meor jd mangsa kitorang), isteri abg Meor sampai. Jom kita makan. Baru la tahu, isteri abg Meor tu ialah kak Linda yg sepatutnye amik kitorang semalam, disebabkan dia kerja, dia suruh la abg Meor yg jemput. Baru fhm relationship diorang. Ingatkan dari mane tetiba abg Meor dtg.



Ada cam muka org Jepun x kitorang berdua? Ehe...(nak gak)

Lunch td kitorang makan masakan Indonesia. Kitorang pon order la ape yg patut. Nak tahu harga? Ehe...utk makan nasi, lauk 1 mangkuk, sup sket, air teh dgn pencuci mulut harganya RM30++ , murah kan? Huhu... "Murah la tu kan kalo kat Jepun", kata kak Linda...haha. Kitorang pon sembang2 la, pastu tetiba ada reunion org Pahang lak kat situ...org Johor dgn org Perak senyap je melayan makanan depan mata (khusyuk makan, mak pesan makan jgn bercakap)..haha.

Habis makan, kak Linda masuk lik kerja, kitorang dgn abg Meor g jln2. Terharu gak abg Meor sanggup amik cuti nak bawa kitorang jalan2..huhu. Mekaseh lagi skali abg Meor, walaupun Ainol kata abg Meor garang, tapi dlm hati Ainol sbnrnye dah cair tgk abg...haha (Ainol, x baik selindung2..) haha. Abg Meor bawa kitorg ke Menara Pentadbiran Kerajaan, naik tingkat 45 tengok permandangan sekitar bandar metropolitan Tokyo. Pergh,memang dahsyat. Pastu g bangunan jual barangan elektrik, cakap je ape, sume ada...tapi mahal2 la...haha. Ingatkan nak gak beli laptop sejibik dua, tapi model x best lak (padahal, ckap je la xde duit). haha

Di Bangunan Pentadbiran Kerajaan

Dah kul 3 lebih kitorang bergerak ke Waseda University, dah la jauh, abg Meor pown 1st time yg pertama gak ke sana, (abg Meor kata, university ni xde la popular mane pown...haha,no comment). Slps pra-sesat ke sana, kitorang sampai la kat pintu msuk utama, hurm, apsal cam senyap je, xde event ke? haha...xkan salah tempat. 1 papan tanda HPAIR pown xde...tp tgk dlm jadual dh betul dh..so camne? Camtu? aha..kita tengok ape jd esok.

Dah penat dgn Waseda, terus kitorang naik tren ke Myoden (xde kena mengena dgn Mydin). Kat sini la abg Meor tinggal dgn isterinye. Dari Waseda lebih kurang 45 minit ke station Myoden. Lama wo, sempat ag Ainol n abg Meor tido, Jaffar jaga line, takut terlajak (chewah)...hahaa. Sampai kat Myoden, abg Meor ajak g kedai 100 yen (kalo kat Msia, kedai RM2 la..huhu). Ingat nak la beli cenderamata utk kwn2 sume, tapi sume peralatan rumah, xkan nak bagi kwn skru plak, xpon penyangkut baju...huhu. tp ada gak la yg boleh kitorg beli utk conference t, cthnye tali leher, 100 yen je...huhu. (jgn tanya jenama pe, yg penting cantik..haha).

Rasa dah penat sangat dah, abg Meor ajak balik rumah dia. Wow, cantik rumah diorang. Sambil2 tengok TV (padahal x faham pon ape diorang ckp, abg Meor je yg tergelak2, kitorang ikut gelak skali..haha). Pastu kak Linda balik, terus masak. "Eh, susah2 je kak, xyah la kak, kita mkn kat luar, kitorang belanja" haha...(gurau2 je). Cepat tul akak Linda masak, siap dah sup ayam, udang masak lemak, telur dadar. Slurpp...sedap weh..pandai abg Meor cari isteri..haha...Ainol malu2 nak makan, Jaffar lak x malu g tambah nasi..haha. Pastu kak Linda introduce buah anggur Jepun kat kitorang, "makan kena sedut taw, kulit buang", kata kak Linda. Ainol pon jawab, "kak, saya dah termakan dgn kulit2, camne?" Jaffar pon berkata dlm hati, "sape suh mkn sebelum arahan dikeluarkan" haha...dah la comel2 anggur nye, seronok lak makan walaupun kne sedut2...huhu. Pastu buah peach, 1st time yg pertama gak kot makan. (romantik tengok kak Linda dgn abg Meor...haha)

cover line weh...

Dah malam dah, dalam kul 9, kak Linda dan abg Meor hantar kitorang ke station nak balik Shinjuku. Tapi sebelum tu sempat la shopping beli coklat utk kawan2 kat Msia nanti...hurm, kitorang pon balik la sendiri dgn berbantukan peta..haha. Saje abg Meor suh kitorang berdikari. Akhirnya sampai gak kul 11 lebih kat hotel (tak sesat ok). Huhu..alhamdulillah. Esok dah start pendaftaran, mesti lagi sibuk. Tapi best la hari ni dpt g byk tempat sekitar Tokyo. terima kasih sgt2 kat abg Meor & kak Linda. Nanti bila kitorang buka cwgn UKM kat Tokyo t kitorang dtg rumah abg akak ea...huhu.

Tu la serba sedikit catatan hari ni. Walaupon letih, tp best. Esok kita tengok ape plak yang berlaku...ehe..harap2 sumenye berjalan dgn lancar especially naik tren ke Roppongi (tempat pendaftaran yg agak jauh)...huhu. Ok semua. Jumpa lagi. Arigato ghozaimasu. =)

0 comments:

Catat Ulasan