(klik untuk maklumat lanjut tentang majlis)
TEMPAHAN MEJA UNTUK
MAJLIS RESEPSI PERDANA FEP 2010
(Majlis Makan Malam Tahunan FEP)
Tarikh: 8 - 12 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Hadapan lif aras 2, FEP
Bayaran: RM15 seorang (10 orang/meja)
Perkara penting:
1. Urusetia majlis telah menetapkan kedudukan meja bagi para pelajar tahun akhir dan bukan tahun akhir sepertimana yang terdapat dalam poster semasa waktu pendaftaran.
2. Para pelajar FEP dinasihatkan untuk memastikan memilih tempat duduk mengikut kategori yang telah ditetapkan.
3. Pelajar BUKAN tahun akhir DILARANG untuk memilih meja-meja yang disediakan untuk tahun akhir.
4. Pelajar tahun akhir (tahun 4 bagi Perakaunan dan tahun 3 bagi Ekonomi & Pengurusan Perniagaan) diminta untuk memenuhi meja-meja yang telah disediakan untuk tahun akhir terlebih dahulu. Sekiranya telah penuh, pihak urusetia berhak untuk meminta pelajar tahun akhir memilih meja-meja bahagian bukan tahun akhir.
5. Semua pelajar yang hendak menempah meja DIWAJIBKAN membawa kad matrik atau kad kolej dan menyerahkannya semasa tempahan di Kaunter A.
6. Setiap meja adalah untuk 10 orang. Penempah TIDAK DIBENARKAN membuat "reserved table" dengan alasan akan dipenuhi kemudian. Para penempah dinasihatkan untuk mencari rakan-rakan semeja terlebih dahulu sebelum tempahan dibuat.
7. Sebarang tempahan hanya dianggap sah selepas pembayaran RM15 dilakukan oleh penempah. Pihak urusetia berhak untuk memberikan meja berkenaan kepada penempah yang lain sekiranya urusetia mendapati tempahan dibuat tanpa sebarang pembayaran (deposit sekurang-kurangnya RM10 seorang).
8. Semakan kekosongan meja boleh dibuat di poster kedudukan meja yang akan disediakan bersebelahan kaunter pendaftaran.
9. Bagi pelajar yang vegetarian, meja khas telah disediakan untuk anda dan anda tidak dibenarkan membuat permohonan untuk duduk bersama-sama rakan yang bukan vegetarian bagi memudahkan proses hidangan makanan.
10. Selepas pembayaran dibuat, anda mestilah menuntut resit pembayaran daripada urusetia di meja Kaunter B.
11. Anda juga akan diberikan kad jemputan untuk rujukan anda apabila menghadiri majlis ini kelak.
12. Para penempah yang memilih untuk menaiki bas ke venue majlis perlulah mengisi borang di Kaunter C. Bagi yang hadir dengan kenderaan sendiri, anda diminta menjaga keselamatan anda sendiri. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku semasa perjalanan menghadiri dan pulang dari majlis.
13. Para pelajar yang hadir ke majlis juga dikehendaki mengenakan pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia majlis. Tema warna yang dibenarkan hanyalah Hijau, Biru, Hitam dan Putih sahaja. Manakala pakaian pula para pelajar dibenarkan untuk mengenakan pakaian formal, batik, busana pengantin atau baju kebangsaan sahaja.
14. Pelajar yang berpakaian tepat mengikut tema akan melayakkan diri menerima Anugerah Busana Terbaik (Lelaki & Perempuan).
15. Selepas tempahan dibuat, tiada penukaran tempat dibenarkan bagi memudahkan pihak urusetia majlis.
16. Sekiranya pembayaran telah dibuat, namun pelajar tidak hadir semasa majlis, pihak urusetia mempunyai hak untuk tidak mengembalikan semula wang yang telah dibayar semasa tempahan.
17. Kedudukan meja para pelajar lelaki dan perempuan adalah diasingkan mengikut simbol pada poster tempahan iaitu L untuk lelaki sahaja, P untuk perempuan sahaja. Walau bagaimanapun pihak urusetia boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang mana-mana meja yang kosong untuk ditukarkan sebaliknya.
18. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam usaha memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Sebarang makluman tambahan akan diberitahu kemudian.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ada sesuatu yang tidak jelas, bolehlah menghubungi Ketua Pengarah Majlis di talian 017-7124825.
0 comments:
Catat Ulasan