ALUMNI FEP DIJEMPUT MEMERIAHKAN MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Kepada seluruh ALUMNI FEP sama ada dari jurusan Pengurusan Perniagaan, Ekonomi mahupun Perakaunan, anda semua dijemput memeriahkan majlis makan malam tahunan fakulti seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 malam - 11.45 malam
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
Kod Pakaian: Korporat/Batik/Baju Kebangsaan
Warna Tema: Hijau/Biru/Putih/Hitam
Bayaran: RM30 seorang
Tempat Duduk: VIP

Istimewa: Persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR)
Persembahan Pelajar FEP yang pasti memukau.

Inilah masanya para alumni mengimbau kenangan manis di FEP dan UKM.

Untuk pendaftaran, hubungi Jaffar di talian 017-7124825 sebelum 4 Mac 2010 (Khamis).

Terima kasih kepada para Alumni FEP yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti PMFEP dan kelab-kelab.

"Semarak Kasih, Seindah Memori"

LANJUTAN TEMPAHAN MEJA MAJLIS MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa tempahan meja bagi Majlis Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010 dilanjutkan sehingga 2 Mac 2010 (Selasa).

Kepada sesiapa yang masih belum membuat tempahan, anda dijemput memeriahkan majlis ini kerana pelbagai persembahan menarik telah diatur termasuklah persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR) dan cabutan bertuah yang amat istimewa. Jika nak tahu, daftarlah segera.

Tema majlis telahpun ditukar kepada MALAM UNTUK SEMUA.
Tema Warna Busana masihlah sama iaitu Hijau, Biru, Hitam atau Putih.
Peserta bebas memakai sama ada Korporat, Batik atau Baju Kebangsaan.

Cepat dapatkan tempat duduk anda sekarang. Hanya RM15 seorang!

Kepada yang telah mendaftar, apa tunggu lagi, carilah busana terbaik anda untuk memenangi Anugerah Busana Terbaik (Lelaki & Wanita). Hadiah menarik menanti anda.

Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pelajar masih boleh didapati di Bilik PMFEP, Aras 4 FEP. Pastikan anda mengambil borang yang betul. Hubungi Jaffar (017-7124825) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Borang yang telah diisi bolehlah dikembalikan di tempat yang sama selewat-lewatnya 28 Februari 2010 (Ahad). Maklumat lanjut berkenaan anugerah, sila klik di sini.

"Semarak Kasih, Seindah Memori"


BENGKEL PEMANTAPAN PERSONALITI FEP 2010

Ketahui cara menghias diri, cara menggayakan rambut dan yang paling utama, etika berpakaian di tempat kerja dengan menghadiri BENGKEL PEMANTAPAN PERSONALITI pada 2 MAC 2010 (SELASA) bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di DEWAN KULIAH 1, FEP bersama tetamu jemputan khas iaitu PUAN SHARIFAH HJ OTHMAN dari ANYSHA HANIFF COUTURE.

Masuk adalah PERCUMA!

Bengkel ini dianjurkan khas oleh Pelajar Kursus Pengurusan Sumber Manusia
dengan kerjasama PMFEP.

[Updated] MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

Semarak Kasih, Seindah Memori

Tarikh:
7 Mac 2010 (Ahad)

Masa:
8.00 - 11.45 malam

Tempat:
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Yuran:
RM15 seorang

Tema Warna:
Biru, Hijau, Putih & Hitam sahaja

Tema Majlis:
"Malam Untuk Semua"

Kod Pakaian:
Formal/ Batik/ Baju Kebangsaan

Istimewa!
Persembahan artis jemputan (ADIBAH NOOR)
dan hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Jangan lepaskan peluang!!!



UPGRADE PROGRAMME

(klik untuk besarkan imej)

Adalah di maklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri, UKM akan menganjurkan Upgrade Programme dari 10.00 pagi - 1.00 petang bertempat di Auditorium Siswa,Pusanika bermula dari bulan Februari sehingga Mac 2010. Program ini terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang berminat.Untuk tarikh-tarikh slot dan maklumat lanjut sila lihat poster.Pelajar yang berminat sila beri :-


NAMA :

NO. MATRIK :

FAKULTI :

NO. TELEFON :

PILIHAN SLOT :



dan emel ke ukmphi@gmail.com untuk pendaftaran segera. Pelajar boleh hadir lebih dari satu slot dan program ini adalah PERCUMA!

Jika anda telah mendaftar, pastikan HADIR ke setiap slot yang telah didaftarkan dan sila hadir AWAL. Mohon bantuan untuk memaklumkan dan menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain untuk menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Hubungan Industri di 03-8921 4604 / 8921

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2009-2010

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 12 hingga 30 April 2010.

Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2009-2010. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 15 hingga 21 Februari 2010. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 22 Februari 2010.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 19 Mac 2010. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MALAM RESEPSI PERDANA FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN 2010

Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada mahasiswa/I Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dalam aktiviti kemahasiswaan atau menyumbang kepada menaikkan nama baik fakulti di peringkat universiti dan negara.

A) ANUGERAH DAN SYARAT-SYARAT

1. ANUGERAH PELAJAR HARAPAN

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi & Perniagaan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.50 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain adalah konsisten.

2. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 2 Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi serta pelajar tahun 2 dan 3 Jurusan Perakaunan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.30 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain adalah konsisten.

3. ANUGERAH TOKOH PELAJAR FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN

· Terbuka kepada semua pelajar tahun 3 Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi serta pelajar tahun 4 Jurusan Perakaunan sahaja.

· Mahasiswa ini mempunyai pencapaian PNGK 3.30 dan ke atas.

· Mahasiswa ini seeloknya tetapi tidak semestinya memegang jawatan dalam persatuan/kelab.

· Penglibatan secara konsisten dan komited dalam aktiviti-aktiviti persatuan/kelab peringkat Fakulti.

· Mahasiswa ini terkenal di peringkat komunitinya dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa ingin menolong atau memberi khidmat kepada rakan-rakan.

· Khidmat bakti kepada rakan-rakan mahasiswa lain dan masyarakat di sekeliling komunitinya adalah konsisten.

· Mahasiswa ini seeloknya pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

· Mahasiswa ini telah mengharumkan nama Fakulti khasnya dan Universiti amnya atas sumbangan/jasa/pencapaian cemerlangnya dalam apa-apa jua aktiviti/program seperti pertandingan, sukan, persidangan dan lain-lain.

· Mahasiswa ini menunjukkan sifat kepimpinannya yang terserlah dalam apa jua aktiviti yang dipimpinnya.

B) PROSEDUR PEMILIHAN

1. Pencalonan hendaklah dibuat melalui borang pencalonan yang disediakan sahaja. Borang boleh didapati di meja hadapan Bilik PMFEP atau hubungi MT Resepsi Perdana.

2. Pencalonan akan dinilai oleh Panel Hakim yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010.

3. Setiap penyertaan perlulah dihantar bersama lampiran resume calon dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

4. Panel Hakim berhak untuk memanggil calon untuk ditemuduga.

5. Pemenang setiap anugerah akan diumumkan pada Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010.

6. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikembalikan kepada jawatankuasa pemilihan selewatnya pada 26 Februari 2010 (Jumaat) di Bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP), Aras 4, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.

7. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

C) BENTUK ANUGERAH

Plak dan Sijil.

D) MAKLUMAT LANJUT

Hubungi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Malam Resepsi Perdana Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2010:

No. Tel : 017-7124825 (Jaffar)

Emel : pmfep0910@yahoo.com.my



MALAM RESEPSI PERDANA FEP 2010

(klik untuk maklumat lanjut tentang majlis)

TEMPAHAN MEJA UNTUK
MAJLIS RESEPSI PERDANA FEP 2010
(Majlis Makan Malam Tahunan FEP)

Tarikh: 8 - 12 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Hadapan lif aras 2, FEP
Bayaran: RM15 seorang (10 orang/meja)

Perkara penting:
1. Urusetia majlis telah menetapkan kedudukan meja bagi para pelajar tahun akhir dan bukan tahun akhir sepertimana yang terdapat dalam poster semasa waktu pendaftaran.
2. Para pelajar FEP dinasihatkan untuk memastikan memilih tempat duduk mengikut kategori yang telah ditetapkan.
3. Pelajar BUKAN tahun akhir DILARANG untuk memilih meja-meja yang disediakan untuk tahun akhir.
4. Pelajar tahun akhir (tahun 4 bagi Perakaunan dan tahun 3 bagi Ekonomi & Pengurusan Perniagaan) diminta untuk memenuhi meja-meja yang telah disediakan untuk tahun akhir terlebih dahulu. Sekiranya telah penuh, pihak urusetia berhak untuk meminta pelajar tahun akhir memilih meja-meja bahagian bukan tahun akhir.
5. Semua pelajar yang hendak menempah meja DIWAJIBKAN membawa kad matrik atau kad kolej dan menyerahkannya semasa tempahan di Kaunter A.
6. Setiap meja adalah untuk 10 orang. Penempah TIDAK DIBENARKAN membuat "reserved table" dengan alasan akan dipenuhi kemudian. Para penempah dinasihatkan untuk mencari rakan-rakan semeja terlebih dahulu sebelum tempahan dibuat.
7. Sebarang tempahan hanya dianggap sah selepas pembayaran RM15 dilakukan oleh penempah. Pihak urusetia berhak untuk memberikan meja berkenaan kepada penempah yang lain sekiranya urusetia mendapati tempahan dibuat tanpa sebarang pembayaran (deposit sekurang-kurangnya RM10 seorang).
8. Semakan kekosongan meja boleh dibuat di poster kedudukan meja yang akan disediakan bersebelahan kaunter pendaftaran.
9. Bagi pelajar yang vegetarian, meja khas telah disediakan untuk anda dan anda tidak dibenarkan membuat permohonan untuk duduk bersama-sama rakan yang bukan vegetarian bagi memudahkan proses hidangan makanan.
10. Selepas pembayaran dibuat, anda mestilah menuntut resit pembayaran daripada urusetia di meja Kaunter B.
11. Anda juga akan diberikan kad jemputan untuk rujukan anda apabila menghadiri majlis ini kelak.
12. Para penempah yang memilih untuk menaiki bas ke venue majlis perlulah mengisi borang di Kaunter C. Bagi yang hadir dengan kenderaan sendiri, anda diminta menjaga keselamatan anda sendiri. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku semasa perjalanan menghadiri dan pulang dari majlis.
13. Para pelajar yang hadir ke majlis juga dikehendaki mengenakan pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia majlis. Tema warna yang dibenarkan hanyalah Hijau, Biru, Hitam dan Putih sahaja. Manakala pakaian pula para pelajar dibenarkan untuk mengenakan pakaian formal, batik, busana pengantin atau baju kebangsaan sahaja.
14. Pelajar yang berpakaian tepat mengikut tema akan melayakkan diri menerima Anugerah Busana Terbaik (Lelaki & Perempuan).
15. Selepas tempahan dibuat, tiada penukaran tempat dibenarkan bagi memudahkan pihak urusetia majlis.
16. Sekiranya pembayaran telah dibuat, namun pelajar tidak hadir semasa majlis, pihak urusetia mempunyai hak untuk tidak mengembalikan semula wang yang telah dibayar semasa tempahan.
17. Kedudukan meja para pelajar lelaki dan perempuan adalah diasingkan mengikut simbol pada poster tempahan iaitu L untuk lelaki sahaja, P untuk perempuan sahaja. Walau bagaimanapun pihak urusetia boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang mana-mana meja yang kosong untuk ditukarkan sebaliknya.
18. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam usaha memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Sebarang makluman tambahan akan diberitahu kemudian.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ada sesuatu yang tidak jelas, bolehlah menghubungi Ketua Pengarah Majlis di talian 017-7124825.