Trivia - Sambutan ke-52 Kemerdekaan Malaysia





Logo Kemerdekaan Malaysia ke-52: 1 Malaysia



Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.



Lirik Lagu 1 Malaysia



Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi

Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua

Kemerdekaan Negara Nikmat Terbesar Untuk Setiap Warga

SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa gembira dan bangga kita sebagai warga negara. Dengan tema ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ kecintaan kepada tanah air bertuah ini kian bersemarak di sanubar kita. Setiap kali kemerdekaan disambut, ia pasti mengembalikan ingatan penuh nostalgia saat-saat tanah bertuah ini bebas daripada cengkaman penjajah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kecintaan yang kuat terhadap tanah air sendiri adalah obor pencetus semangat untuk terus membawa kemajuan kepada setiap diri warga negara bagi sama-sama memikul tanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh atau memajukan negara sehingga ke tahap kecemerlangan.

Kemerdekaan negara ini adalah nikmat terbesar kurniaan Allah kepada seluruh warga. Kita harus ingat, nikmat ini tidak semua dapat dirasai oleh semua penduduk dunia. Berapa ramai umat manusia pada hari ini berjuang sejak berpuluh-puluh tahun untuk membebaskan bumi kelahiran daripada cengkaman bangsa asing dan ingin merasai nikmat hidup bebas dalam sebuah negara yang merdeka. Namun rahmat Tuhan pasti akan datang dengan syarat setiap hamba-Nya tidak mudah patah semangat dan berpaling tadah dari nawaitu asalnya. Firman Allah dalam surah ar-Ra’du ayat 11 bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubah keadaan hidup mereka.” Berjihad dan berkorban jiwa raga untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan sebagaimana yang dilakukan bekas pejuang kemerdekaan negara kita, adalah di antara golongan insan mulia disanjung tinggi oleh Islam.

Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya membawa mesej jelas dan bersifat kemerdekaan. Islam menyeru setiap umatnya membebaskan diri daripada dibelenggu kejahilan terhadap Allah. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. Islam juga bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan diri dari terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Lantaran itulah Islam begitu menitikberatkan usaha membebaskan diri dengan menyelamatkan tamadun manusia dari terus hidup dalam gelombang nafsu yang diselaputi sifat syirik kepada Allah, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan melalui sistem perhambaan dan penindasan yang berlaku sesama makhluk Allah di muka bumi ini. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warga yang cintakan negara untuk menghalang segala unsur negatif yang cuba dan sedang menyelinap masuk ke dalam pemikiran hidup masyarakat kita.

Sehubungan itu, semua umat Islam haruslah mengisi ruang kemerdekaan ini untuk terus berjihad membebaskan diri dari sifat yang boleh meruntuhkan wibawa manusiawi kerana ia amat dimurkai Allah. Sebaliknya isi nikmat kemerdekaan ini dengan meneruskan perjuangan demi kestabilan negara agar ia terus dapat diwarisi oleh generasi terkemudian, sanggup berkorban dan sanggup pula menghadapi kerenah era globalisasi agar kita dapat menjadi bangsa yang mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Dengan roh dan semangat merdeka, marilah kita berganding bahu bertekad mempertahankan negara dari sebarang anasir serta ancaman yang boleh menggugat kestabilan hidup warga dan tanah air tercinta ini. Kita jejaki sunnah perjuangan Rasulullah yang melipat gandakan usaha untuk membebaskan umat Islam era Madinah dan Makkah dari cengkaman kekufuran dan menjadi hamba serakah nafsu, maka wajarlah kita berusaha untuk membebaskan diri kita dari apa juga gejala yang tidak sihat dan sebarang permasalahan yang boleh mencetus prasangka.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H


Selamat menjalani ibadah PUASA di bulan RAMADHAN AL KARIM

kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada para pelajar

serta kakitangan akademik dan kakitangan sokongan

Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.


Bulan Ramadhan bulan penuh kemuliaan.


Salam Ikhlas Penuh Takzim Daripada:

Seluruh Saff Kepimpinan PMFEP sesi 2009-2010

Kesan Amalan Riba Dalam Ekonomi

MOHD FADLI BIN ABDINUR
Exco Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Sesi 2009-2010

Kita telah menyedari bahwa secara ilmiah dan pemerhatian riba' mengandung mudarat dan kezaliman besar bagi perekonomian umat manusia. Namun banyak tokoh agama Islam yang tidak memiliki latar belakang keilmuan ekonomi belum memahami kemudaratan bunga bagi sistem perekonomian. Mereka memahami bunga secara ringkas dan hanya memandangnya dari perspektif ekonomi mikro padahal persoalan riba lebih merupakan ekonomi makro.

Akibat kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu ekonomi Islam, maka masih banyak para ulama & ustaz yang berpandangan 'sesat' tentang bunga. Sesat dalam hal ini adalah memandang bunga sebagai praktik yang sah-sah saja. Padahal semua ahli ekonomi Islam sedunia telah ijma' tentang keharaman bunga bank. Ijma' tersebut merupakan kesimpulan penelitian ilmiah dari sejumlah professor seperti Prof Dr M.Umer Chapraq Prof Dr M. Akran Khan, Prof Dr Yusuf Qardhawi dan Prof Dr Ali Al-Shabuni. Secara faktanya bahawa bunga/riba' telah menimbulkan kemudaratan besar bagi umat manusia. Banyak negara mengalami krisis kewangan yang dahsyat dan ia terus menerus menjadi disebabkan oleh sistem riba'.


Jadi secara faktanya juga telah terbukti bahawa sistem bunga/riba' banyak menimbulkan bencana di berbagai negara dan bangsa. Riba' telah menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. Hal ini di sebabkan riba' telah membuka jalan bagi kegiatan spekulasi melalui transaksi derivatif(turunan). Jika ekonomi suatu negara tidak stabil. Maka akan terjadi penurunan eksport dan investasi(menanam modal). Riba' juga menciptakan inflasi di mana-mana sepanjang sejarah.Banyak negara mengalami inflasi secara hebat yang di sebut sebagai hyper inflasi, seperti Jerman, Perancis, Holland, Austria, Inggeris, dan negara-negara di Amerika Latin. Dalam sudut ekonomi makro, teori ekonomi mengajarkan bahawa bunga tersebut menurunkan pelaburan. Jika pelaburan menurun maka secara automatik akan menurunkan produk dan akibat berikutnya bunga menciptakan pengangguran dan kemiskinan. Riba' mengakibatkan lumpuhnya sektor produktiviti dan menciptakan pengangguran bagi kehidupan masyarakat. Bayangkan jika fenomena ini melanda dunia maka boleh dipastikan kemiskinan semakin meningkat.Pengharaman riba adalah haram sama sekali dalam Islam ini sesuai dengan fiman Allah SWT “ Wahalal lahu bai”aa waharroma riba” (Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba”-dari surah Al-Baqorah ayat 275). Jelas sekali pengharaman riba ini ada hikmahnya kerana kini akibat amalan riba kegawatan ekonomi kerap terjadi. Selain Islam agama lain juga amat menghalang penganut mereka untuk menjauhi amalan riba kerana in akan memberi impak yang besar.


Banyak surah yang menceritakan akibat pengamalan amalan riba dan ini disokong lagi dengan banyak hadis nabi yang menghalang umat Islam agar tidak menjalankan amalan riba kerana ia akan lebih membawa mudarat kepada manusia sejagat. Seperti contoh akibat amalan riba pada ekonomi pada masa kini setiap 10 tahun ekonomi dunia akan mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. Hal ini akan membawa kepada banyak maslah sperti pengganguran dan akan membawa peningkatan maslah sosial.


Oleh itu pengenalan institusi perbankan Islam yang ada di Malaysia harus diperluaskan kerana akibat pengamalan riba dalam bank – bank konvesional yang berleluasa akan member impak yang besar kepada kestabilan ekonomi negara kita. Pada kegawatan ekonomi 1998 kita dapat mengatasi masalah ekonomi namun begitu langit dianggap selalu cerah akan mendung juga dimana jika kita mengambil langkah yang proaktif bagi menagani amalan riba di negara kita tidak mustahil suatu hari nanti negara kita sukar untuk keluar daripda kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat telah banyak dana yang disuntik bagi memulihkan ekonomi mereka namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil.


Maka marihla kita bersama – sama untuk memerangi amalan riba yang kian menguasai ekonomi negara kita kerana orang yang melakukan riba sesungguhnya berperang dengan Allah dan RasulNya hal ini dapat di lihat dalam fiman Allah Swt dalam surah Al-Baqarah: 278-279 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”


Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga perbuatan/amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya mengikut Islam secara tuntasnya.

Jom Hilangkan Stress

Siri 1 - Pabila Handphone Berdering

"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke? "
"Iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang,boleh ke sayang beli?"
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang."
"Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. "
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!I Love You !!!"
"Bye... I Love you too . . "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

1001 Pengalaman Seumur Hidup


DIARI DELEGASI
9 OGOS 2009

Assalamualaikum semua. Nampaknya ni adalah Diari Delegasi yg terakhir kot coz hari ni adalah hari last HPAIR Business Conference. Dan utk pengetahuan am semua, hari ni adalah Hari Peringatan Hiroshima & Nagasaki di bom.. (kira 9 Ogos ni agak penting la bg org Jepun yerk..camtu?) huhu...

Disebabkan kumpulan kitorang dah x masuk Business Competition, so kitorang ada masa free sampai petang hari ni...so masa free ni kitorang gunakan utk berjumpa dgn abg Meor & kak Linda...rase sedih lak bila dah nak balik, terharu sgt2 kat mereka ni yg byk tlg kitorang.. (Jaffar, betul ke sedih sbb abg Meor & kak Linda ni? Ke sedih x dpt nak bawa balik hset abg Meor yg best tu? Haha...redha je la..)


Kenangan dgn hset abg Meor..huwaa... :'(



So, kami berjumpa di Akihabara (tempat shopping alatan elektrik, juga dipanggil bandar barangan elektrik...haha). Sabar je la dgn abg Meor ni, ada ke patut bawa kitorang tempat cmni, bukan leh beli pon...so cam biasa la...window shopping...lalalala...tp sbelum tu, kitorang g ke Restoran Akiba (kedai mamak da...), ape ag, lunch la...pekena nasi beriyani depa,pergh...mkn x ingt dunia..haha (lagi sekali Ainol malu2 makan coz berdebar2 depan abg Meor...)


Ni la juadah lunch kitorang...huhu

Ni la abg Meor & kak Linda yg kitorang cerita tu...romantik kan diorang...huhu


Pas mkn baru la kitorang window shopping, door shopping, sume2 la...ternganga je la tgk brg2 kat situ, kalo beli pon bukan leyh gune kat mesia...(sabar ek Jaffar tgk hset2 tu..). Disebabkan abg Meor & kak Linda ada keje, so diorang minta diri dulu, dgn tabah Jaffar memulangkan balik hset abg Meor & mulalah terasa sunyi poket kanan dia...(selamat tinggal hset, jumpe ag nanti2,jgn lupe miscall...haha,stress dgn keadaan).


Yodobashi Akiba (lebih kurang Plaza Low Yat kat KL la..tp ni lg gempaq)

Kami pon balik coz nak bersiap ke Gala Dinner. Saja je g coz nak tgk keadaan. Sudah semestinya makanan yg dihidangkan sperti yg kitorang jangka, nasib baik dh mkn nasi beriyani puas2 hati, kalo x meleleh je tgk delegasi yg lain mkn...haha. Ada ke patut pelayan tu tanya, "yes sir, do U want white wine or red wine?" hah! Gila ke hape..ape ag, kitorang dgn laju jwb, "no no no, do U have soft drink? Juz give us orange juice ples" Huh,hampir2 dh td,nasib baik ada orange jus..dgn melayan mata tgk je mknn yg ada, dtg lak si Sarah & Caroline (diorang ni asli punye vegetarian), dtg2 bawa wine, sabar je la...pastu duduk2 makan, ajak kitorang skali, lg skali, gila ke ape nak suh kitorang mkn, walaupun dh amik set vegetarian pon, tetap mcm pelik smacam mknn atas meja tu...diorang sket2, "wow, it's great, U must eat it, it's great", great2, sepak kang...huhu. Nasib baik ada alasan nak g solat, kalo x mcm ne la nak bla dr situ...ape ag, g solat maghrib la kat tmpt biasa.


Apa la diorang hidangkan utk kita ni Ainol (boleh mintak ganti rugi x coz kami x mkn sgt hidangan sepanjang HPAIR ni..huhu)



Dari kiri: Jaffar, Caroline, Sarah & Ainol (amik je la gmbr dh diorang nak sgt)


Akhirnya sampai ke acara penutup. MasyaAllah, pakaian diorang, seksa Jaffar melihatnya (sabar je la). Masuk2 terus duk depan coz kalo duk belakang, mahu tercungkil keluar bijik mata nie..and then, ni pengalaman yg kitorang x leh lupakan...tahu x, masa perasmi sdg berucap, Jaffar rasa dr belakang, sape la duk sepak2 kerusi aku ni, nak je aku sepak dia balik, tp tgk blakang xde orang, hah, sudah,hantu ke?

Dlm ati, ape yg jadi ek? Pastu 2 minit kemudian terus terhuyung hayang kitorang dlm bilik tu, masing2 riuh...perasmi nak melegakan kitorang dia pun ckp maybe ada orang berlari2 kat atas. Ape kejadahnye...dlm hati kitorang, Ya Allah, selamatkanlah kami. Dah la ramai yg menyeksikan diri dlm dewan tu, kalo jadi ape2, kami pon kena skali...lepas 5 minit, keadaan kembali tenang dan majlis diteruskan sehinggalah tamat.


Kenangan di Majlis Penutup HPAIR 2009

Bersama Virgi & Ahmad Raya yg kitorang cerita sblum ni...



Posing, jgn x posing...haha



Dengan sijil masing2..saje menghabiskan filem kamera (guna filem ke?)

Lepas bergambar dgn sape2 yg kami nak, kami terus balik. Bila sampai di bilik, Ainol x sengaja ter'check' internet kat Berita Harian, "satu gempa bumi berukuran 6.2 skala ritcher tlh menggegarkan Tokyo". Allahuakbar...terus tarik nafas panjang Jaffar bila Ainol bgth...alhamdulillah, Allah melindungi kami, nasib baik x berlaku ape2 kpd kami memandangkan esok kami akan pulang ke Malaysia semula. Ya Allah, lindungilah kami dari malapetaka dan penyakit. Kami bersyukur sgt2 coz gempa bumi tu x menyebabkan sebarang kecederaan atau perkara2 x elok. Tp seriusly, tu pengalaman yg kami xkan lupakan merasai gempa bumi walaupun pusat gempa berlaku jauh di selatan Tokyo. Syukur.

Kawan2, doakan kami selamat sampai ke Malaysia esok. Penerbangan jam 1.30 petang dan dijangka tiba di KLIA jam 10.00 malam. So,kpd sesiapa yg nak dtg jemput kami, silakan la..ehe. InsyaAllah kita akan berjumpe esok di tanah air tercinta. We Love You All...rindu sgt2...ni adalah diari terakhir, terima kasih kpd yg sudi mengikuti cerita kami sepanjang seminggu di Jepun ni. Arigato ghozaimas byk2..huhu. Jumpe lagi di edisi yg lain. Assalamualaikum.

Ada Suka Ada Sedih


DIARI DELEGASI
8 OGOS 2009

Assalamualaikum kawan2. Hari ni merupakan hari kedua Conference dan juga hari kedua terakhir kami berada di Tokyo nie...ehe. Hari ni cam biasa la, pkul 8 kitorang dah gerak dari hotel ke Roppongi Hills. Sampai di sana, kami terus ke sesi pertama, membincangkan Monetory Policy: Macroeconomic Trends dan penceramah jemputan yg best sekali adalah Mr Tetsundo Iwakuni merupakan ahli politik di Jepun. Walaupun beliau tak fasih bercakap dlm bahasa Inggeris dan berbantukan teks, tapi keyakinan beliau amat dikagumi. Seringkali beliau tak faham ape para delegasi tanya, tapi bila dah faham, penjelasan beliau amat baik sehinggakan beliau menjadi tumpuan (keyakinan tu yg penting).

Mr Tetsundo Iwakuni sedang berucap

Lps sesi pertama, kami ada lunch, tp mcm biasa la bab2 mknn ni, kami mkn sket2 je mcm jagung dan kentang, & then kitorang pegi ke Lawson mencari roti 'wanted' kitorang...haha...

Sesi kedua kami pilih utk masuk panel Technology and Innovation: Increasing the Role of Research & Development in Business. Tajuk nie mmg best sgt2. Penceramah pertama, Dr Key Hyup Kim dr Korea tlh mendedahkan bagaimana Korea boleh menandingi kehebatan Jepun, semuanya berdasarkan R&D, "jika suatu dulu, celik je mata kami lihat Jepun ada robot, kami terus bangun dan cipta robot yg lebih baik", tu la kata2 Dr Key, cara perbentangan beliau pon sempoi, banyak benda baru yg kitorang dpt. Then Dr. Junko Okayama (org nye muda ag & cute...huhu) plak bagi ceramah, lagi best sebab dia comel...haha..sopan santun je bentang...mcm wanita Jepun terakhir plak...huhu.
Sopan tak? Huhu
Dan yg terakhir drp Dr Michelle Chen, yg ni pon best gak, x silap kitorg masuk panel ni. Beliau terangkan bagaimana tenaga geotermal boleh menggantikan tenaga sedia ada dan lebih baik dlm memelihara alam sekitar. Beliau juga mempertontonkan kpd semua delegasi simulasi sekiranya tenaga solar, air dan udara ini digabungkan mampu utk menggantikan penggunaan kpl terbang kpd kereta api yg mana dr USA ke China hanya mengambilmasa 2 jam..amat mengagumkan. Dr Key juga mengeluarkan hasil penemuan terbaru Korea berkenaan penggunaan alga dalam menghasilkan alkohol yg mampu menggantikan penggunaan petrol. It's great U know...haha

Dr Michelle Chen

Bersama Dr Okayama sbg kenang-kenangan (comey woo..huhu)

Abes je sesi ni kitorang terus g solat kat masjid yg kitorang cerita sblum ni. Tgh on the way, terjumpa la Ahmad Raya (siapa ha?), kitorang ajak la dia skali, n byk la cerita mereka berdua kan...ada org tu jd pemandu arah je...huhu...(kantoi la plak). Tapi best la, dia cerita la pengalaman dia sebagai CPA di Indonesia, mcm menyeramkan je dgr...haha.

Disebabkan jauh, so kitorang masuk sesi berikutnye lambat, ingatkan nak masuk sesi tajuk Entrepreneurship in Asia, tp dh penuh, so lastly pilih masuk case study Building Brand Loyalty in Asia. Ingatkan x best, tp ternyata salah. Best weh...baru kami insaf, kat Asia ni kebanyakan company sume mementingkan pengeluaran, bukannya jenama. Persoalan yg diberi oleh Mr Martin Roll (pakar bab2 brand loyalty ni tau), "adakah manusia membeli teknologi atau membeli jenama?" Jawapannya jenama, kalo canggih camne pon tp x terkenal, org x beli jugak, cth yg beliau bg adalah iPod Apple dgn iPod Creative (jenama dr Singapura). Walaupun iPod Creative lebih canggih, tp org lebih banyak membeli iPod Apple..camtu la dia ckp lebih kurang. Pastu dia mencadangkan agar syarikat2 menubuhkan jawatan baru iaitu CMO (Chief Marketing Officer) dan labur lebih banyak dlm membina jenama di peringkat antarabangsa. Jarang dpt dgr jenama Asia di dunia, yg ada hanya barangan tiruan keluaran China (sempat ag dia kutuk). Tp kadang2 hangin gak sepanjang sesi dia asyik sebut Singapore Airlines je sbg contoh terbaik brand di Asia..heh...ingat Malaysia Airlines xpower ke hah? haha,kitorang tawaduk, xnak megah2 ni...ehe..

Syarahan Mr Martin Roll amat berkesan

Dah la abes lambat, sepatutnya abes jam 4.30 ptg, dia bawa sampai 5.30 ptg,hangin je...lps abes je sesi tu, kitorang dgn suka ati nak g berjumpa ahli kumpulan utk perbentangan case study pada keesokan pagi. Tapi malangnya, drpd 7 ahli kump kami, hanya 4 org shj yg hadir ke conference nie..so sedih la coz kump kitorang di disqualified sebab 1 kump mesti minimum 5 org...tp xpe la,yg penting kitorang hepi dgn ahli kumpulan kami. Sorang Itzu Tsai dari Taiwan dan Hyeyon Kwon dr Korea...diorang amat comel..haha (Ainol sori diorang amik alih tempat kamu..haha). Sempat la amik gmbr kenang-kenangan walaupon x dpt masuk competition tu.

Dari kiri: Ainol, Itzu Tsai, Jaffar & Hyeyon Kwon (Group 5)

Camtu la cerita nya spnjang conference td. Abes je perjumpaan td, kami terus balik hotel. Malam kami keluar dinner di Restoran Maharaja Spice Road, makan kari la plak kan..huhu..agak sedap la, tp Ainol kalo korang nak tahu, dia minum 2 gelas mango jus, tgk je dia kecik...huh, boleh tahan...mmg sedap pon jus mangga tu, sampai nk bawa balik hotel...nasib baik akak kedai tu x faham Ainol ckp pe...haha,kesian tgk dia nak memahami kehendak Ainol..huhu...
Esok adalah hr last conference, sepatutnya kne bentang dr pagi case study, tp disebabkan dh kne out, so esok pagi kami free la nmpknye..waiting for the gala dinner,ntah ape la diorang sajikan t...(sabar ek Ainol, balik mesia t mkn puas2 ye)...haha. Esok nak g jumpe abg Meor & kak Linda, sebelum balik kne jumpe org yg byk mengajar kitorang cara hidup di Jepun ni...ehe (nak pulang hset skali, Jaffar sedih, hset tu best, abg Meor..nak boleh x? huhu). Esok diari kitorg yg last kowt. Jap je dh seminggu dah kat sni. Salam.

Antara Ketermengantukan, Pengorbanan & Budi


DIARI DELEGASI
7 OGOS 2009

Assalamualaikum semua, ketemu lagi kita dlm rancangan...(rancangan pe lak)...huhu. Ok, hr ni xde la penat sgt, cume tema utk hr ni termengantuk dek ceramah2 yg melambak2...huhu. Serius, hari ni kitorang asyik dengar, dengar & dengar org bg syarahan. Dr awal pagi kitorang sampai kat Waseda University pkul 9.30 pg, sampai la balik td pkul 5 ptg. (kitorang dh pakar dh bab2 tren kat Tokyo ni,tu yg cpt je smpai..baca peta dlm bahasa Jepun pon dh pandai tau...haha, bley la sape2 nak g Tokyo t kitorang jd tourist guide, murah je 3000 yen sehari...huhu).

Antara yg bersyarah hari ni pd sesi pagi ialah Vice Chancellor Waseda University, pakar2 dlm bidang2 tertentu (ramai sgt nak sebut sorang2) yg bercakap berkenaan Krisis Kewangan US & Kesan Terhadap Asia dlm Tempoh Jangka Masa Panjang. Dlm banyak2 benda yg kami dengar, ada 1 rahsia yg dibongkarkan oleh Profesor Shigeyuki Abe iaitu Jepun sebenarnya gagal dlm merancang sesuatu dlm tempoh jangka masa panjang walaupun pd luarannya dunia melihat Jepun sebuah negara yg bagus. Dan yg membuatkan kami berbangga kerana beliau memuji Dasar Pandang ke Timur oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu yg dikatakan 1 perancangan jangka panjang yg sangat baik. (bangga beb sbb dlm 300 lebih tu kami 2 org je dr Malaysia, stakat ni x jumpe pon rakyat Mesia yg lain dlm conference tu, tgk dlm Facebook pon xde..huhu)

Waktu lunch dia yg paling menggerunkan sepanjang hari ni...ape x gerunnye, tgk mknn yg diorang sediakan, fuh, mencabar minda pikir boleh makan ke x..x penah2 kitorang jd vegetarian, hari ni mkn nasi berlaukkan kobis, salad, jagung, telur hancur dan buah-buahan...boleh la,alas perut sket...(sabar je la). Pas lunch, sambung slot ptg, dgr syarahan ag...tp kali ni serius kami x fhm,dgn kadar mengantuk yg paling maksimum. Tajuk best, The New Relationship Between West & East, tapi cara syarahan nye x best, dh la laju semacam, nak tangkap pe dia ckp pon x sempat, almaklum Prof dr Harvard Univ. yg bersyarah,camtu kot gaya Harvard...haha (nasib baik gaya UKM ok).

Pastu kitorang g solat, nasib baik diorang bg bilik utk kitorang solat, alhamdulillah. (seriusly Jaffar mmg x g solat Jumaat td coz masjid pon xtau katne ada). Pas solat, sambung sesi terakhir. Ha, yg ni best, penceramahnye pon ok...senang kitorang nak fhm... Tajuknye, ASEAN: Following in the EU's Footsteps. Best coz membincangkan ttg ASEAN yg masih belum mampu seperti EU. Jaffar nak tanya soalan, tp x berkesempatan coz masa dh abes, tp Jaffar jumpe penceramah pas program, Prof Eddi Harijadi (jgn gelak dgn nama dia) dr Indonesia, hurm, lepas gak hajat nak tanya...nak tahu pasal ape? huhu.. "Logo ASEAN melambangkan Unite antara negara anggota, tapi sejauh manakah Unite tersebut, negara anggota masih dibelenggu dgn masalah2 tanpa penyelesaian atau masalah berpanjangan tanpa kata putus seperti Kes rebutan Pulau Batu Putih (baru je selesai), kes Jambatan Bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura, kes jerebu disebabkan petani di Indonesia, masalah selatan Thai yg tiada penghujung, jadi adakah ASEAN masih relevan atau hanya sekadar boneka utk Ekonomi semata2..." ha, tu la soalan Jaffar...huhu.


Bersama Prof. Eddi Harijadi



Lepas tu kitorang pon balik ke hotel. Tp, ada 1 perkara yg wat kitorg terharu ptg td. Kitorang tersalah jalan nak ke stesen Waseda, pastu tanya kat sorang akak tgh berhenti kat simpang, dia bawa skuter, dia tunjuk la jalannya, pastu lampu hijau dia pon gerak, kitorang pon gerak la ke stesen. Jln punye jln, smpai depan stesen, nak tahu x, akak yg kitorg tanya td tgh tunggu kitorang smpai ke x kat situ, depan2 stesen tu dia tunggu, terkejut kitorang...huhu (mmg tharu giler la layanan dia, takut sgt dia kitorang x sampai...huhu). Bagus tul budaya diorang kan...lepas kitorang masuk stesen baru dia balik...hurm...(fikir2kanlah)

Hari ni kot 1st time kitorang balik hotel awal...kul 6.15 dh sampai hotel, slalu mlm baru sampai. 1st time gak kitorang melihat hujan di Tokyo...huhu... Pastu malam baru keluar semula g dinner kat Restoran Jembatan Merah yg mase hari kedua pegi dgn abg Meor...punya la lapar, mcm2 kitorang makan,ayam panggang, udang masak lemak, aiskrim..huhu...(bls dendam kat conference td). Esok cdg nak g restoran mamak kat sebelah tu plak..ehe..





Menu Dinner...ehe



Banyak benda la yg kitorang belajar hari ni,macamne nak survive sbg seorang muslim...betapa patuhnya org Jepun pada masa (org Malaysia camne?). Betapa berbudinya org Jepun, walaupun sorang je yg buat, tp dh menggambarkan rakyat keseluruhan...penting tu...


Untung diorang dapat bergambar dgn orang Malaysia


Sukanya dia bergambar dgn Jaffar...haha

Hari ni jurukamera x tido ag, so ada gambar..huhu..ape yg baik dijadikan teladan, yg x baik dijadikan sempadan k...semoga jumpe ag esok. Salam.

Hari Ketiga yang Memenatkan


DIARI DELEGASI
6 OGOS 2009

Assalamualaikum sume...arigato ghozaimas la pd yg sudi baca diari kitorang ni...saje je nak report sket2 ape yg kitorang dpt kat sni, so kawan2 pon ley la imagine sket2 pe yg kitorang dpt...

Ok, basically boleh dikatakan hari ni hari yg paling penat (setakat ni la,esok2 maybe jatuh ranking dah). Hari ni kitorang gerak ke Roppongi kul 11 lebih hampir kul 12. Ingatkan jauh sgt la...kul 12.40 dh sampai Roppongi Hills...pergh,tempat dia memang cool bro.



Roppongi Hills (ala2 Sunway Pyramid gitu..)

Nak tunggu pkul 3 utk pendaftaran, kitorang naik la Mori Tower, naik sampai tingkat 52 lak, lagi sekali tgk permandangan bandaraya Tokyo...kali ni nmpk la Tokyo Tower dekat sket. Pastu masuk muzium jap, rasa cam dh lama dh jln2,tapi tgk jam baru 2 lebih...dah x larat nak jln, kitorang cari makan2 lak,nak mkn benda lain x tahu halal ke x, so kitorang mkn je la roti yg abg Meor ajar g beli tu...huhu..(sepanjang hari mkn roti...haha,cian,hari kami tanpa nasi tema utk hari ni ye).


Jangan buat sebarang spekulasi OK!


Tokyo Tower dan sekitar Bandar Tokyo dari Lapangan Helikopter, Mori Tower

Akhirnya jam kul 3 gak...g la naik tingkat 49 nak g daftar, tengok2 diorang tgh kemas2 ag...dah kne tunggu ag, time ni la mula bkenalan dgn delegasi yg lain. Ada yg dr Hong Kong, India, Singapore dll...haha...(yg lain2 x dtg ag). Pas je dftr, kitorang g cari tmpt solat, haha, ada g tny prayer room, mne nak ada...nasib baik receiptionist Mori Tower tu bagus, dia tlg searchkan kat internet masjid terdekat, akhirnye jumpe...(mmg bagus la org Jepun,walaupun xtau, dia tetap tlg carikan, sampai la dia tahu mosque tu ape,siap tanya ag cmne solat...herm,ada mase kita bual2 lg ye miss,kowt2 miss terbuka hati nk masuk Islam kan...). Kitorang pon cari la institusi agama Islam di Tokyo tu,dekat je rupenye, Alhamdulillah, dah tahu dah tmpt solat.


Nur di Kota Tokyo

Lepas solat, kitorang ada mase smpi kul 8 utk majlis perasmian. So kitorang cari ag kedai Lawson (cam & eleven la senang citer, xpon kat sini diorang panggil konbini). Watpe? Ape ag, cari roti lg la...lapar tahu x...kan tema hari ni roti adalah segala-galanya...haha...pastu kitorang try & error ke Asakusa (tempat jual cenderamata terhebat di Tokyo). haha...dah la sesat, nasib baik dapat beli cenderamata utk Dekan, Dr. Romlah, Dr. Sabri n Dr. Doradiva...huhu (rahsia pe dia). Pas abes shopping terus bergegas ke tempat perasmian lik...(korang ingat dekat ke, kene tukar 2 kali tren tahu x...haha,hampir 50 minit gak la, tepat2 sampai orang masuk dewan (jadi last two person ag...haha). Pastu wat muka xtau masuk skali...ehe..

Nasib baik bateri doraemon dgn ultraman nie abes, bley amik foto diorang x bergerak.
(ada gak lagenda kata mereka ni kne sumpah sampai jd batu...betul ke?)

Bermula la majlis perasmian,pergh...kemengantukan la plak kan dengar sampai 3 org berucap,dengar x dengar je la..HPAIR ni ditaja oleh Daimler (pengeluar kereta Mercedez Benz, Mitsubhisi...ape ag? huhu). So mula2 tu khusyuk gak la kitorang dengarkan Mr Minoru (Ben) Makihara (Senior Corporate Advisor of Mitshubishi Corporation) berucap. Masuk yg kedua Mrs Masako Egawa (Executive Director of the Japan Research Center at Harvard Business School) dah mula mengantuk coz dia wat lawak, tp dia je yg gelak...huhu. Masuk yg last Mr. Kai-Uwe Seidenfuss (Senior Vice President Mitshubishi FUSO), terus kitorang wat hal sendiri borak2...haha (jahat tul)...akhirnya lega gak dah abes...huhu.


Pastu, ape ag,balik la...tp sebelum balik, sempat ag bkenal-kenalan...(Ainol, jgn terpikat kat lelaki2 tu sume, sume xley pakai tu...jgn curang Ainol...haha...lupakan je la Ahmad Raya tu...walaupun hidung dia mancung, tp dia dh mkn KFC...cane? haha...) Korang mesti x faham nye kan...memang saje wat korang x faham...Ainol mula cair tgk lelaki2 kat conference tu, kalo Ainol hilang bukan salah Jaffar tau...haha...Sabar je la...macam2 perangai ada...

Herm..begitu la hari ni,macam2 hal lagi berlaku, asyik gelak je la kitorang kat sni walaupun penat. Hah, lupa lak, sepanjang hari ni, kitorang wat observation kat orang2 Jepun ni, dan ini adalah hasil kajian:
1. Orang Jepun suka pakai baju formal especially lelaki.


2. Orang Jepun ikut peraturan, naik eskelator sume berdiri sebelah kiri, kitorang je kekadang terberdiri kanan kiri wat mcm eskelator kat mesia.

3. Orang Jepun beratur sebelum naik tren.

4. Orang Jepun susah nak senyum, muka serius je...
5. Orang Jepun suka membaca, kalo tgk dlm tren, boleh dikatakan 80% membaca sama ada baca surat kabar, majalah, buku, komik mahupun SMS...ada yg siap gaya body language pon ada...

6. Kat Jepun, mana2 pegi sume ada announcement, (water will be flushing in 5 second...5, 4, 3...)

7. Kat jepun, walaupun bandar, tapi still leyh dengar bunyi cengkerik, burung, angin bertiup..nyaman tau, x dgr pon bunyi kenderaan busy lalu lalang walaupun jalan raya penuh kenderaan.

8. Orang Jepun suka kayuh basikal sambil bonceng baby kat belakang, syok je baby tu terlentuk tidor,siap pakai tali pnggang keledar ag tau...helmet pon ada.

9. Paling banyak perkataan Jepun yg kitorang dengar adalah arigato (bukan aligator tau or eskelator)

10. Tren kat Jepun x penah lambat, selalu kitorang smpai je dpn tempat menunggu terus tren sampai, xpnah kne tunggu lama2 cam naik komuter (sori la KTM, dah kenyataan, x baik menipu, dosa).

Hah, tu la 10 benda kitorang detect stakat ni...pasni kitorang observe ag...dah mcm audit la plak...huhu. Ok kawan2..jumpe ag esok dgn cerita lain lak,kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi...haha. Gambar cam biasa, esok baru ada...huhu. Salam. B)