Peluang Menyertai Krew Majlis Makan Malam Tahunan FEP 2010



Syarat-syarat menyertai KREW:

1. TERBUKA kepada pelajar FEP yang berminat sahaja.

2. TERHAD untuk 32 orang sahaja (4 orang setiap bahagian)

3. Menepati MASA dan sanggup berkorban masa demi menyiapkan tugas.

4. Boleh memberi KOMITMEN yang sangat tinggi.

5. Boleh menerima ARAHAN pada bila-bila masa.

6. Bergerak PANTAS dalam menyiapkan tugas.

7. Seseorang yang bersifat MULTI-TASKER.

8. Berpengalaman menguruskan hal-hal berkaitan TEKNIKAL

dan PENGURUSAN SENI amat digalakkan menyertai.

9. Mempunyai skil membuat PEMASARAN yang hebat.


Cara memohon:

Taip NAMA PENUH <> NO. MATRIK <> KREW

PILIHAN dan hantar ke 013-2001675

Contoh:

ADAM BIN AIDIL A123456 KREW PROGRAM

dan hantar ke 013-2001675

*caj penghantaran SMS mengikut operator masing-masing.


Pilihan BAHAGIAN Yang Boleh Disertai:

1. Krew Program

2. Krew Jamuan

3. Krew Pemasaran

4. Krew Persembahan

5. Krew Publisiti & Multimedia

6. Krew Cenderamata

7. Krew Teknikal & Pengurusan Acara

8. Krew Keselamatan & Tugas-Tugas Khas


Faedah anda menyertai KREW:

1. Mendapat PENGALAMAN menguruskan

majlis makan malam berskala mega.

2. Mengisi markah SPKG anda.

3. T-shirt krew PERCUMA! dan banyak lagi.


Tarikh Tutup Permohonan: 7 JANUARI 2010 (KHAMIS)


RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010

Dimaklumkan bahawa pelajar yang ingin menyemak keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2009-2010 perlu melakukannya secara “on line” menerusi SMPweb (http://www.ukm.my/smpweb) mulai 21 Disember, 2009 – 18 Januari, 2009. Pelajar perlu mengemukakan maklumat berikut kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA):

1) Borang yang dicetak daripada smpweb
2) Resit bayaran (RM25.00) bagi setiap kursus
3) Keputusan peperiksaan semester

Permohonan yang lengkap perlu diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 18 Januari, 2010. Permohonan yang tidak lengkap dan dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Knowing Asean+3,2009


Layari laman web http://knowingasean-pmfep.blogspot.com/ untuk mengetahui dan
menikmati pengalaman team Knowing Asean+3 2009 sepanjang program ini.
~ARIGATO GOZAIMASU~


Salam AidilAdha 1430H

Seluruh Saff Kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada seluruh umat Islam di FEP khususnya dan di UKM amnya.
Semoga kita semua menghayati fadhilat ibadah Qurban.
Bagi jemaah haji yang dijemput sebagai tetamu Allah pada tahun ini,
kami mendoakan agar dapat menyempurnakan ibadah haji dengan baik
dan pulang dengan haji yang mabrur.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Bakti Siswa PMFEP 2009

Layari Blog Rasmi Bakti Siswa (BAKSIS) PMFEP di


Ikuti perkembangan aktiviti
BAKSIS - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES) 2009
di blog ini.

PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI SESI 2009/2010

PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI
SEMESTER III, SESI 2009/2010

KEPADA: Semua pelajar program PENTADBIRAN PERNIAGAAN dan
program EKONOMI yang akan menjalankan latihan industri pada semester III, 2009/2010

DARIPADA: DR. ROHAYU ABDUL GHANI
KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP

Para pelajar yang akan mengikuti program latihan industri pada semester III, 2009/2010 DIWAJIBKAN hadir ke perjumpaan dengan KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP:

PADA : 6 NOVEMBER, 2009 (JUMAAT)
MASA : 10.00 PAGI ~ 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FEP

SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.
_______________________________________________________

PERJUMPAAN I, LATIHAN INDUSTRI 2010

KEPADA: Semua pelajar program PERAKAUNAN, FEP yang akan menjalani program latihan industri pada tahun 2010

DARIPADA: DR. ROHAYU ABDUL GHANI
KETUA JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP

Para pelajar yang akan mengikuti program latihan industri pada semester III, 2009/2010 atau semester I, 2010/2011

DIWAJIBKAN hadir ke perjumpaan dengan KETUA JARINGAN
INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FEP:

PADA : 10 NOVEMBER, 2009 (SELASA)
MASA : 10.00 PAGI ~ 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FEP

SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.

Koleksi Soalan Semester Lepas


Muat turun soalan-soalan semester lepas
(Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan) sekarang!
Koleksi dari sesi 2001/2002 hingga 2007/2008.


Klik pautan di bawah untuk muat turun.

Tambahan beberapa subjek PPU seperti Foundation English dan TITAS.
Kepada rakan-rakan yang mempunyai lain-lain soalan yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain, bolehlah emelkan kepada kami di pmfep0910@yahoo.com.my.


Sebarang masalah juga boleh hubungi kami melalui emel di atas.

Satu lagi inisiatif Exco Pembangunan Akademik, PMFEP sesi 2009/2010.

Bajet 2010 - 1Malaysia, Kemakmuran Bersama


Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri

"Bajet 2010 diharap menampilkan perbezaan ketara berbanding bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini kerana tahap pembangunan negara kini sudah memasuki dimensi berbeza."


Ikuti perkembangan semasa mengenai Bajet 2010 di laman berikut:

Yuran Pengajian Pra Siswazah Semester 1 Sesi 2009/2010


1. Pelajar Tahun 1 dan 2 dikenakan yuran pengajian secara pakej kerana perubahan struktur program pengajian mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah mula dilaksanakan mulai Sesi 2008/2009. Kadar pakej bagi pelajar FEP ialah RM550/semester.

2. Pelajar Tahun 3 dan 4 akan dikenakan yuran pengajian pada kadar lama mengikut jumlah unit kursus yang diambil pada Semester ini kerana struktur program pengajian belum mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia.

3. Pelarasan yuran ini akan dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu dari 19 - 26 Oktober 2009.

4. Pelajar-pelajar terlibat boleh merujuk maklumat tersebut selepas tempoh pelarasan dibuat iaitu selepas 26 Oktober 2009.

Perutusan Presiden Bil II/Oktober 2009


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, Tuhan sekalian Alam, kerana dengan limpah dan rahmatNya, hari ini kita masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan alam ciptaanNya. Bersyukur juga kepadaNya kerana limpahan kasih dan sayangNya, kita berada dalam keadaan aman dan harmoni tatkala insan-insan yang lain sedang hebat diuji olehNya. Semoga, dengan segala nikmat yang dilimpahkanNya, tidak melalaikan kita untuk tunduk dan sujud kepadaNya sebagai tanda kesyukuran. InsyaAllah.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya kita semua berada di bulan yang paling mencabar bagi para pelajar di UKM khususnya iaitu musim peperiksaan akhir semester. Saya sendiri seperti tidak menyedari bahawa kita semua telahpun berada di akhir semester I sesi 2009/2010. Bagi adik-adik tahun satu pastinya, saat ini di tunggu-tunggu kerana inilah peperiksaan sulung mereka berada di UKM. Saya mewakili seluruh saff kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada seluruh pelajar FEP khususnya dan pelajar UKM amnya dalam menempuhi peperiksaan akhir semester ini. Ingatlah, insyaAllah, dengan D.U.I.T (Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakkal.) kita semua akan berjaya mencapai apa yang kita harapkan.


Mohonlah restu ibubapa agar kita dipermudahkan dalam menempuhi cabaran peperiksaan kali ini. Mohon jugalah keampunan dari para pensyarah agar ilmu yang dipelajari dipenuhi dengan barakah. Saya juga menyeru agar sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian agar menjaga kesihatan supaya kita dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan selesa. Jagalah makan dan minum agar anggota badan yang lain juga dapat berfungsi seperti kebiasaanya. Selain makanan bagi fizikal, makanan bagi rohani jangan pula ditinggalkan. Banyakkanlah beramal dan jauhi segala laranganNya.

Dikesempatan ini, saya mewakili saff kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap serta keburukan dan kekurangan sepanjang kami menjadi pemimpin pelajar di FEP.

Selain itu, saya juga mengambil peluang ini untuk mempromosi program yang akan dijalankan oleh PMFEP selepas minggu peperiksaan dan pada semester II sesi 2009/2010. Kami amat mengharapkan agar sahabat-sahabat dan adik-adik semua dapat menyokong dan menyertai segala program yang dijalankan oleh pihak PMFEP bagi memastikan objektif dan matlamat program akan tercapai iaitu " menjulang martabat mahasiswa ". Antara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1. Bakti Siswa - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES) di Kampung Sg. Sireh, Sabak Bernam, Selangor pada 16 - 18 November 2009

2. Karnival Fakulti Ekonomi & Perniagaan IV (KARNIFEP IV) sempena ulangtahun FEP ke-5 pada bulan Januari 2010.



3. National Entrepreneurship Students Conference (NESC) pada bulan Februari 2010.

4. Malam Ikatan Suci Titian Kasih (MISTIKA) 2010, majlis makan malam fakulti di Dewan Seri Hendon, Putrajaya pada bulan Mac 2010.

Pelbagai program menarik telah disusun oleh pihak PMFEP untuk disertai oleh anda semua sama ada sebagai peserta program mahupun pelaksana bagi memastikan segala program dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Akhir kata, semoga dengan kehidupan kita di universiti ini dapat mendidik kita menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara selain melengkapkan kita dengan segala keperluan sebelum menempuhi alam pekerjaan yang pasti penuh dengan cabaran.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang;
Jaffar bin Tukiran
Presiden PMFEP 2009/2010

Peluang Menjalankan Latihan Industri di MIGA

Peluang baik bagi pelajar jurusan PERAKAUNAN yang akan menjalankan latihan industri bagi kemasukan bulan Disember 2009 dan Jun 2010.

Nama Firma: MIG Associates
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma:
1. Laporan Perakaunan (Management Account)
2. Cukai Pendapatan (Income Tax)
3. Laporan Audit (Audit Report)
4. Setiausaha Syarikat Berlesen (Lisenced Company Secretary)
5. Pendaftaran Syarikat (SDN. BHD.)

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, hubungi:
MIG Associates (NF 0974) Chartered Accountants
En. Mohamad Ibrahim bin Ghazali (MIA 20637)
No. 19-2A, Jalan 15/1A, Seksyen 15,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 013-367 5555
Tel Pej.: 03-8920 2466
Faks: 03-8925 7660
Emel:
migdpp@yahoo.com

Terima kasih kepada Kak Iqa atas info ini. =)

Penyertaan Program BAKSIS

PMFEP melalui Exco Khidmat Sosial & Kemasyarakatan
akan mengadakan program seperti berikut:

Program: BAKTI SISWA - PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT (BAKSIS-PES)
Tarikh: 16 - 18 November 2009
Tempat: Kampung Sungai Sireh, Sabak Bernam, Selangor

Oleh yang demikian, kepada para pelajar FEP yang berminat untuk menyertai
program anak angkat ini, bolehlah berdaftar dengan Exco yang terlibat (Ketua Pengarah BAKSIS-PES), Nur 'Iffah Bt Razali melalui emel pmfep0910@yahoo.com.my ,
beserta butiran berikut:

NAMA, NO. MATRIKS, TAHUN PENGAJIAN, PENGKHUSUSAN,
ALAMAT KOLEJ, NO TELEFON, EMEL & GAMBAR BERUKURAN PASSPORT

Penyertaan adalah PERCUMA!

Daftarlah segera sebelum 25 Oktober 2009!

"Mahasiswa Menerajui Pembangunan Ekonomi Setempat"

Hari Bersama Pelajar 2009


Dimaklumkan bahawa PMFEP akan mengadakan program seperti berikut:

Program: Hari Bersama Pelajar 2009
Hari: Isnin dan Selasa
Tarikh: 12 dan 13 Oktober 2009
Tempat: Kaunter depan lif aras 2, FEP
Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Kunjungi kaunter HBP sekiranya anda mempunyai sebarang aduan, masalah dan sebagainya kepada MT dan Exco PMFEP.

Selian itu, anda juga boleh mendaftar untuk menjadi peserta bagi program BAKTI SISWA-PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT (BAKSIS-PES) 2009 yang akan diadakan pada 16-18 November 2009 di Kampung Sungai Sireh, Sabak Bernam, Selangor.

Tunggu apa lagi, kunjungi kaunter HBP untuk maklumat lanjut.

Taklimat Program Lunas Harapan (siri I)


Dimaklumkan bahawa PMFEP dengan kerjasama NPL Consultants Sdn. Bhd. akan mengadakan satu taklimat berkenaan kaedah pelunasan pinjaman PTPTN secara mudah dan berkesan seperti ketetapan berikut:

Program: Program Lunas Harapan
Tarikh: 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa: 3.30 - 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 4, FEP
Kapasiti: Siri I taklimat terbuka kepada 80 orang sahaja.


Mengapa anda perlu menyertai taklimat ini?
1. Ketahui cara melunaskan pinjaman anda sebaik sahaja anda tamat pengajian.
2. Mengelakkan peminjam daripada disenaraihitam kerana tidak melunaskan pinjaman.
3. Mengurangkan tekanan pihak terlibat seperti PTPTN dan kerajaan Malaysia.
4. Membina masyarakat peminjam yang berdikari dan bertanggungjawab
5. Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan PTPTN dan kesan tidak membayar pinjaman kepada generasi berikutnya.
6. Memberi peluang pekerjaan kepada graduan di samping membayar pinjaman.


Oleh yang demikian, kepada semua para pelajar FEP yang meminjam PTPTN diharapkan dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk mengetahui cara mudah melunaskan pinjaman anda.


Untuk menyertai, sila berdaftar di kaunter pendaftaran (di hadapan lif aras 2, FEP) bermula
7 - 8 Oktober 2009. Ingat, siri I ini terhad kepada 80 orang yang berdaftar pertama sahaja.

Peluang Kerjaya di PETRONAS Kepada Pelajar Tahun Akhir FEP


PERHATIAN KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR FEP.


Pihak PETRONAS akan mengadakan program "PETRONAS MEET & GREET SESSION" bersama pelajar tahun akhir FEP yang memperolehi PNGK 3.00 dan ke atas pada 8 Oktober 2009 (Khamis). Sila rujuk poster di atas untuk maklumat lanjut.


Oleh yang demikian, pelajar yang disenaraikan seperti di bawah dikehendaki untuk menghadiri program ini. Inilah peluang anda untuk bekerja dan menyertai keluarga Petronas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila bawa bersama segala keperluan yang dikehendaki.


Sila semak samada nama anda tersenarai dalam merebut peluang keemasan ini di bawah.

1. Pelajar tahun akhir jurusan Perniagaan, sila klik di sini.
2. Pelajar tahun akhir jurusan Ekonomi, sila klik di sini.
3. Pelajar tahun akhir jurusan Perakaunan, sila klik di sini.


Semoga berjaya!

WALK IN INTERVIEW oleh INTEL MALAYSIA


PERHATIAN KEPADA SELURUH PELAJAR TAHUN AKHIR FEP.


Peluang kerjaya kepada anda semua. Pihak INTEL MALAYSIA akan mengadakan "WALK IN INTERVIEW" pada 6 Oktober 2009 (Selasa) seperti di dalam poster di atas.


Oleh yang demikian, seluruh pelajar akhir FEP yang memenuhi kelayakan diminta untuk merebut peluang keemasan ini bagi memastikan masa depan kerjaya anda terjamin bersama Intel Malaysia. Sila bawa bersama segala keperluan yang diminta. Semoga berjaya!

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU

Peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2009-2010 akan bermula pada 26 Oktober hingga 13 November 2009.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti mulai 8 Oktober 2009. Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya.

Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2009-2010

Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010:
a) Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 15 Oktober 2009.
b) Kelewatan akan menyebabkan anda didenda sebanyak RM 25.00.
c) Pengesahan hendaklah melalui Web http://www.ukm.my/upp
d) Pendaftaran masuk kolej Semester II sesi 2009-2010 bermula 20 Disember 2009.

Permohonan penginapan kolej kediaman Semester II Sesi 2009/2010:
a) Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar lolej, boleh membuat permohonan melalui Web di http://www.ukm.my/upp mulai 20 hingga 31 Oktober 2009.
b) Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui SMS sebelum Semester II dibuka.

Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2009/2010:
a) Tarikh akhir mengosongkan bilik bagi semester I sesi 2009-2010 adalah pada 14 November 2009.
b) Permohonan penginapan luar semester (Isi Borang) mulai 1 hingga 15 Oktober 2009.

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN

Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web http://www.ukm.my/sppk mulai 21 September, 2009.

Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu) melalui laman web http:www.ukm.my/smpweb.

Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat
Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 pada 21 Disember 2009.

Pendaftaran kursus tidak mempunyai had pelajar. Proses Pemilihan Pendaftaran tertakluk kepada fakulti masing-masing untuk menentukan pelajar yang layak mengikut sesuatu kursus berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai 16 November 2009.

Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebenar kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan semester sebelumnya.

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H


Apa Istimewanya 09/09/09

Sedar atau tidak, hari ni dah pun masuk 9 September 2009 (09/09/09).

Wow! Satu susunan tarikh yg amat menarik... Sudah pasti hari ni akan menjadi suatu tarikh yg istimewa buat seseorang. Sepertimana sebelum-sebelum ni, tarikh istimewa seperti ini akan menjadi tumpuan untuk events yg penting2...contohnya majlis pertunangan, majlis pernikahan dan lain-lain dan kemudiannya pasti wang hantaran juga berkaitan dengan no. 9 seperti RM9999.99. Tapi, apa istimewanya 9? Mari kita bongkar rahsianya...


Ada apa dengan no. 9...

Bagi orang Islam, no. 9 berkait rapat dengan 99 nama Allah (Asma Al-Husna). Selain itu, no. 9 juga amat bermakna bagi orang Islam kerana bulan Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender Hijrah yang merupakan bulan yang di tunggu-tunggu oleh orang Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.

Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik...menarik!

Walau bagaimanapun, bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran mereka begitu? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital...agak menyeramkan...

Bagaimana pula dgn rakyat Malaysia? No. 9 adalah simbol pertolongan dan keselamatan...setuju? Apa tidak nya, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999... Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.


Magik Matematik

Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9. Cth: 5x9=45, 4+5=9

Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9. Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=9

9 September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?

No. 9 juga sering digunakan sebagai kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Anda pergi la ke mana-mana hypermarket, pasti no. 9 banyak digunakan. Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan secara automatik pengguna akan melihat yang ada 9 di belakangnya adalah lagi murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye...


Promosi: tayangan animasi sci-fi bertajuk "9" pada 9 september 2009 di pawagam-pawagam berdekatan.

Jom Hilangkan Stress

Siri 2 - Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....



(tahu tak Melaka kat mana?)

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…

Trivia - Sambutan ke-52 Kemerdekaan Malaysia





Logo Kemerdekaan Malaysia ke-52: 1 Malaysia



Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.



Lirik Lagu 1 Malaysia



Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi

Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua

Kemerdekaan Negara Nikmat Terbesar Untuk Setiap Warga

SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa gembira dan bangga kita sebagai warga negara. Dengan tema ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ kecintaan kepada tanah air bertuah ini kian bersemarak di sanubar kita. Setiap kali kemerdekaan disambut, ia pasti mengembalikan ingatan penuh nostalgia saat-saat tanah bertuah ini bebas daripada cengkaman penjajah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kecintaan yang kuat terhadap tanah air sendiri adalah obor pencetus semangat untuk terus membawa kemajuan kepada setiap diri warga negara bagi sama-sama memikul tanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh atau memajukan negara sehingga ke tahap kecemerlangan.

Kemerdekaan negara ini adalah nikmat terbesar kurniaan Allah kepada seluruh warga. Kita harus ingat, nikmat ini tidak semua dapat dirasai oleh semua penduduk dunia. Berapa ramai umat manusia pada hari ini berjuang sejak berpuluh-puluh tahun untuk membebaskan bumi kelahiran daripada cengkaman bangsa asing dan ingin merasai nikmat hidup bebas dalam sebuah negara yang merdeka. Namun rahmat Tuhan pasti akan datang dengan syarat setiap hamba-Nya tidak mudah patah semangat dan berpaling tadah dari nawaitu asalnya. Firman Allah dalam surah ar-Ra’du ayat 11 bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubah keadaan hidup mereka.” Berjihad dan berkorban jiwa raga untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan sebagaimana yang dilakukan bekas pejuang kemerdekaan negara kita, adalah di antara golongan insan mulia disanjung tinggi oleh Islam.

Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya membawa mesej jelas dan bersifat kemerdekaan. Islam menyeru setiap umatnya membebaskan diri daripada dibelenggu kejahilan terhadap Allah. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. Islam juga bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan diri dari terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Lantaran itulah Islam begitu menitikberatkan usaha membebaskan diri dengan menyelamatkan tamadun manusia dari terus hidup dalam gelombang nafsu yang diselaputi sifat syirik kepada Allah, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan melalui sistem perhambaan dan penindasan yang berlaku sesama makhluk Allah di muka bumi ini. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warga yang cintakan negara untuk menghalang segala unsur negatif yang cuba dan sedang menyelinap masuk ke dalam pemikiran hidup masyarakat kita.

Sehubungan itu, semua umat Islam haruslah mengisi ruang kemerdekaan ini untuk terus berjihad membebaskan diri dari sifat yang boleh meruntuhkan wibawa manusiawi kerana ia amat dimurkai Allah. Sebaliknya isi nikmat kemerdekaan ini dengan meneruskan perjuangan demi kestabilan negara agar ia terus dapat diwarisi oleh generasi terkemudian, sanggup berkorban dan sanggup pula menghadapi kerenah era globalisasi agar kita dapat menjadi bangsa yang mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Dengan roh dan semangat merdeka, marilah kita berganding bahu bertekad mempertahankan negara dari sebarang anasir serta ancaman yang boleh menggugat kestabilan hidup warga dan tanah air tercinta ini. Kita jejaki sunnah perjuangan Rasulullah yang melipat gandakan usaha untuk membebaskan umat Islam era Madinah dan Makkah dari cengkaman kekufuran dan menjadi hamba serakah nafsu, maka wajarlah kita berusaha untuk membebaskan diri kita dari apa juga gejala yang tidak sihat dan sebarang permasalahan yang boleh mencetus prasangka.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H


Selamat menjalani ibadah PUASA di bulan RAMADHAN AL KARIM

kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada para pelajar

serta kakitangan akademik dan kakitangan sokongan

Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.


Bulan Ramadhan bulan penuh kemuliaan.


Salam Ikhlas Penuh Takzim Daripada:

Seluruh Saff Kepimpinan PMFEP sesi 2009-2010

Kesan Amalan Riba Dalam Ekonomi

MOHD FADLI BIN ABDINUR
Exco Informasi & Penerangan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Sesi 2009-2010

Kita telah menyedari bahwa secara ilmiah dan pemerhatian riba' mengandung mudarat dan kezaliman besar bagi perekonomian umat manusia. Namun banyak tokoh agama Islam yang tidak memiliki latar belakang keilmuan ekonomi belum memahami kemudaratan bunga bagi sistem perekonomian. Mereka memahami bunga secara ringkas dan hanya memandangnya dari perspektif ekonomi mikro padahal persoalan riba lebih merupakan ekonomi makro.

Akibat kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu ekonomi Islam, maka masih banyak para ulama & ustaz yang berpandangan 'sesat' tentang bunga. Sesat dalam hal ini adalah memandang bunga sebagai praktik yang sah-sah saja. Padahal semua ahli ekonomi Islam sedunia telah ijma' tentang keharaman bunga bank. Ijma' tersebut merupakan kesimpulan penelitian ilmiah dari sejumlah professor seperti Prof Dr M.Umer Chapraq Prof Dr M. Akran Khan, Prof Dr Yusuf Qardhawi dan Prof Dr Ali Al-Shabuni. Secara faktanya bahawa bunga/riba' telah menimbulkan kemudaratan besar bagi umat manusia. Banyak negara mengalami krisis kewangan yang dahsyat dan ia terus menerus menjadi disebabkan oleh sistem riba'.


Jadi secara faktanya juga telah terbukti bahawa sistem bunga/riba' banyak menimbulkan bencana di berbagai negara dan bangsa. Riba' telah menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. Hal ini di sebabkan riba' telah membuka jalan bagi kegiatan spekulasi melalui transaksi derivatif(turunan). Jika ekonomi suatu negara tidak stabil. Maka akan terjadi penurunan eksport dan investasi(menanam modal). Riba' juga menciptakan inflasi di mana-mana sepanjang sejarah.Banyak negara mengalami inflasi secara hebat yang di sebut sebagai hyper inflasi, seperti Jerman, Perancis, Holland, Austria, Inggeris, dan negara-negara di Amerika Latin. Dalam sudut ekonomi makro, teori ekonomi mengajarkan bahawa bunga tersebut menurunkan pelaburan. Jika pelaburan menurun maka secara automatik akan menurunkan produk dan akibat berikutnya bunga menciptakan pengangguran dan kemiskinan. Riba' mengakibatkan lumpuhnya sektor produktiviti dan menciptakan pengangguran bagi kehidupan masyarakat. Bayangkan jika fenomena ini melanda dunia maka boleh dipastikan kemiskinan semakin meningkat.Pengharaman riba adalah haram sama sekali dalam Islam ini sesuai dengan fiman Allah SWT “ Wahalal lahu bai”aa waharroma riba” (Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba”-dari surah Al-Baqorah ayat 275). Jelas sekali pengharaman riba ini ada hikmahnya kerana kini akibat amalan riba kegawatan ekonomi kerap terjadi. Selain Islam agama lain juga amat menghalang penganut mereka untuk menjauhi amalan riba kerana in akan memberi impak yang besar.


Banyak surah yang menceritakan akibat pengamalan amalan riba dan ini disokong lagi dengan banyak hadis nabi yang menghalang umat Islam agar tidak menjalankan amalan riba kerana ia akan lebih membawa mudarat kepada manusia sejagat. Seperti contoh akibat amalan riba pada ekonomi pada masa kini setiap 10 tahun ekonomi dunia akan mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. Hal ini akan membawa kepada banyak maslah sperti pengganguran dan akan membawa peningkatan maslah sosial.


Oleh itu pengenalan institusi perbankan Islam yang ada di Malaysia harus diperluaskan kerana akibat pengamalan riba dalam bank – bank konvesional yang berleluasa akan member impak yang besar kepada kestabilan ekonomi negara kita. Pada kegawatan ekonomi 1998 kita dapat mengatasi masalah ekonomi namun begitu langit dianggap selalu cerah akan mendung juga dimana jika kita mengambil langkah yang proaktif bagi menagani amalan riba di negara kita tidak mustahil suatu hari nanti negara kita sukar untuk keluar daripda kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat telah banyak dana yang disuntik bagi memulihkan ekonomi mereka namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil.


Maka marihla kita bersama – sama untuk memerangi amalan riba yang kian menguasai ekonomi negara kita kerana orang yang melakukan riba sesungguhnya berperang dengan Allah dan RasulNya hal ini dapat di lihat dalam fiman Allah Swt dalam surah Al-Baqarah: 278-279 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”


Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga perbuatan/amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya mengikut Islam secara tuntasnya.

Jom Hilangkan Stress

Siri 1 - Pabila Handphone Berdering

"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut...

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke? "
"Iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang,boleh ke sayang beli?"
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang."
"Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. "
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!I Love You !!!"
"Bye... I Love you too . . "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

1001 Pengalaman Seumur Hidup


DIARI DELEGASI
9 OGOS 2009

Assalamualaikum semua. Nampaknya ni adalah Diari Delegasi yg terakhir kot coz hari ni adalah hari last HPAIR Business Conference. Dan utk pengetahuan am semua, hari ni adalah Hari Peringatan Hiroshima & Nagasaki di bom.. (kira 9 Ogos ni agak penting la bg org Jepun yerk..camtu?) huhu...

Disebabkan kumpulan kitorang dah x masuk Business Competition, so kitorang ada masa free sampai petang hari ni...so masa free ni kitorang gunakan utk berjumpa dgn abg Meor & kak Linda...rase sedih lak bila dah nak balik, terharu sgt2 kat mereka ni yg byk tlg kitorang.. (Jaffar, betul ke sedih sbb abg Meor & kak Linda ni? Ke sedih x dpt nak bawa balik hset abg Meor yg best tu? Haha...redha je la..)


Kenangan dgn hset abg Meor..huwaa... :'(



So, kami berjumpa di Akihabara (tempat shopping alatan elektrik, juga dipanggil bandar barangan elektrik...haha). Sabar je la dgn abg Meor ni, ada ke patut bawa kitorang tempat cmni, bukan leh beli pon...so cam biasa la...window shopping...lalalala...tp sbelum tu, kitorang g ke Restoran Akiba (kedai mamak da...), ape ag, lunch la...pekena nasi beriyani depa,pergh...mkn x ingt dunia..haha (lagi sekali Ainol malu2 makan coz berdebar2 depan abg Meor...)


Ni la juadah lunch kitorang...huhu

Ni la abg Meor & kak Linda yg kitorang cerita tu...romantik kan diorang...huhu


Pas mkn baru la kitorang window shopping, door shopping, sume2 la...ternganga je la tgk brg2 kat situ, kalo beli pon bukan leyh gune kat mesia...(sabar ek Jaffar tgk hset2 tu..). Disebabkan abg Meor & kak Linda ada keje, so diorang minta diri dulu, dgn tabah Jaffar memulangkan balik hset abg Meor & mulalah terasa sunyi poket kanan dia...(selamat tinggal hset, jumpe ag nanti2,jgn lupe miscall...haha,stress dgn keadaan).


Yodobashi Akiba (lebih kurang Plaza Low Yat kat KL la..tp ni lg gempaq)

Kami pon balik coz nak bersiap ke Gala Dinner. Saja je g coz nak tgk keadaan. Sudah semestinya makanan yg dihidangkan sperti yg kitorang jangka, nasib baik dh mkn nasi beriyani puas2 hati, kalo x meleleh je tgk delegasi yg lain mkn...haha. Ada ke patut pelayan tu tanya, "yes sir, do U want white wine or red wine?" hah! Gila ke hape..ape ag, kitorang dgn laju jwb, "no no no, do U have soft drink? Juz give us orange juice ples" Huh,hampir2 dh td,nasib baik ada orange jus..dgn melayan mata tgk je mknn yg ada, dtg lak si Sarah & Caroline (diorang ni asli punye vegetarian), dtg2 bawa wine, sabar je la...pastu duduk2 makan, ajak kitorang skali, lg skali, gila ke ape nak suh kitorang mkn, walaupun dh amik set vegetarian pon, tetap mcm pelik smacam mknn atas meja tu...diorang sket2, "wow, it's great, U must eat it, it's great", great2, sepak kang...huhu. Nasib baik ada alasan nak g solat, kalo x mcm ne la nak bla dr situ...ape ag, g solat maghrib la kat tmpt biasa.


Apa la diorang hidangkan utk kita ni Ainol (boleh mintak ganti rugi x coz kami x mkn sgt hidangan sepanjang HPAIR ni..huhu)



Dari kiri: Jaffar, Caroline, Sarah & Ainol (amik je la gmbr dh diorang nak sgt)


Akhirnya sampai ke acara penutup. MasyaAllah, pakaian diorang, seksa Jaffar melihatnya (sabar je la). Masuk2 terus duk depan coz kalo duk belakang, mahu tercungkil keluar bijik mata nie..and then, ni pengalaman yg kitorang x leh lupakan...tahu x, masa perasmi sdg berucap, Jaffar rasa dr belakang, sape la duk sepak2 kerusi aku ni, nak je aku sepak dia balik, tp tgk blakang xde orang, hah, sudah,hantu ke?

Dlm ati, ape yg jadi ek? Pastu 2 minit kemudian terus terhuyung hayang kitorang dlm bilik tu, masing2 riuh...perasmi nak melegakan kitorang dia pun ckp maybe ada orang berlari2 kat atas. Ape kejadahnye...dlm hati kitorang, Ya Allah, selamatkanlah kami. Dah la ramai yg menyeksikan diri dlm dewan tu, kalo jadi ape2, kami pon kena skali...lepas 5 minit, keadaan kembali tenang dan majlis diteruskan sehinggalah tamat.


Kenangan di Majlis Penutup HPAIR 2009

Bersama Virgi & Ahmad Raya yg kitorang cerita sblum ni...



Posing, jgn x posing...haha



Dengan sijil masing2..saje menghabiskan filem kamera (guna filem ke?)

Lepas bergambar dgn sape2 yg kami nak, kami terus balik. Bila sampai di bilik, Ainol x sengaja ter'check' internet kat Berita Harian, "satu gempa bumi berukuran 6.2 skala ritcher tlh menggegarkan Tokyo". Allahuakbar...terus tarik nafas panjang Jaffar bila Ainol bgth...alhamdulillah, Allah melindungi kami, nasib baik x berlaku ape2 kpd kami memandangkan esok kami akan pulang ke Malaysia semula. Ya Allah, lindungilah kami dari malapetaka dan penyakit. Kami bersyukur sgt2 coz gempa bumi tu x menyebabkan sebarang kecederaan atau perkara2 x elok. Tp seriusly, tu pengalaman yg kami xkan lupakan merasai gempa bumi walaupun pusat gempa berlaku jauh di selatan Tokyo. Syukur.

Kawan2, doakan kami selamat sampai ke Malaysia esok. Penerbangan jam 1.30 petang dan dijangka tiba di KLIA jam 10.00 malam. So,kpd sesiapa yg nak dtg jemput kami, silakan la..ehe. InsyaAllah kita akan berjumpe esok di tanah air tercinta. We Love You All...rindu sgt2...ni adalah diari terakhir, terima kasih kpd yg sudi mengikuti cerita kami sepanjang seminggu di Jepun ni. Arigato ghozaimas byk2..huhu. Jumpe lagi di edisi yg lain. Assalamualaikum.

Ada Suka Ada Sedih


DIARI DELEGASI
8 OGOS 2009

Assalamualaikum kawan2. Hari ni merupakan hari kedua Conference dan juga hari kedua terakhir kami berada di Tokyo nie...ehe. Hari ni cam biasa la, pkul 8 kitorang dah gerak dari hotel ke Roppongi Hills. Sampai di sana, kami terus ke sesi pertama, membincangkan Monetory Policy: Macroeconomic Trends dan penceramah jemputan yg best sekali adalah Mr Tetsundo Iwakuni merupakan ahli politik di Jepun. Walaupun beliau tak fasih bercakap dlm bahasa Inggeris dan berbantukan teks, tapi keyakinan beliau amat dikagumi. Seringkali beliau tak faham ape para delegasi tanya, tapi bila dah faham, penjelasan beliau amat baik sehinggakan beliau menjadi tumpuan (keyakinan tu yg penting).

Mr Tetsundo Iwakuni sedang berucap

Lps sesi pertama, kami ada lunch, tp mcm biasa la bab2 mknn ni, kami mkn sket2 je mcm jagung dan kentang, & then kitorang pegi ke Lawson mencari roti 'wanted' kitorang...haha...

Sesi kedua kami pilih utk masuk panel Technology and Innovation: Increasing the Role of Research & Development in Business. Tajuk nie mmg best sgt2. Penceramah pertama, Dr Key Hyup Kim dr Korea tlh mendedahkan bagaimana Korea boleh menandingi kehebatan Jepun, semuanya berdasarkan R&D, "jika suatu dulu, celik je mata kami lihat Jepun ada robot, kami terus bangun dan cipta robot yg lebih baik", tu la kata2 Dr Key, cara perbentangan beliau pon sempoi, banyak benda baru yg kitorang dpt. Then Dr. Junko Okayama (org nye muda ag & cute...huhu) plak bagi ceramah, lagi best sebab dia comel...haha..sopan santun je bentang...mcm wanita Jepun terakhir plak...huhu.
Sopan tak? Huhu
Dan yg terakhir drp Dr Michelle Chen, yg ni pon best gak, x silap kitorg masuk panel ni. Beliau terangkan bagaimana tenaga geotermal boleh menggantikan tenaga sedia ada dan lebih baik dlm memelihara alam sekitar. Beliau juga mempertontonkan kpd semua delegasi simulasi sekiranya tenaga solar, air dan udara ini digabungkan mampu utk menggantikan penggunaan kpl terbang kpd kereta api yg mana dr USA ke China hanya mengambilmasa 2 jam..amat mengagumkan. Dr Key juga mengeluarkan hasil penemuan terbaru Korea berkenaan penggunaan alga dalam menghasilkan alkohol yg mampu menggantikan penggunaan petrol. It's great U know...haha

Dr Michelle Chen

Bersama Dr Okayama sbg kenang-kenangan (comey woo..huhu)

Abes je sesi ni kitorang terus g solat kat masjid yg kitorang cerita sblum ni. Tgh on the way, terjumpa la Ahmad Raya (siapa ha?), kitorang ajak la dia skali, n byk la cerita mereka berdua kan...ada org tu jd pemandu arah je...huhu...(kantoi la plak). Tapi best la, dia cerita la pengalaman dia sebagai CPA di Indonesia, mcm menyeramkan je dgr...haha.

Disebabkan jauh, so kitorang masuk sesi berikutnye lambat, ingatkan nak masuk sesi tajuk Entrepreneurship in Asia, tp dh penuh, so lastly pilih masuk case study Building Brand Loyalty in Asia. Ingatkan x best, tp ternyata salah. Best weh...baru kami insaf, kat Asia ni kebanyakan company sume mementingkan pengeluaran, bukannya jenama. Persoalan yg diberi oleh Mr Martin Roll (pakar bab2 brand loyalty ni tau), "adakah manusia membeli teknologi atau membeli jenama?" Jawapannya jenama, kalo canggih camne pon tp x terkenal, org x beli jugak, cth yg beliau bg adalah iPod Apple dgn iPod Creative (jenama dr Singapura). Walaupun iPod Creative lebih canggih, tp org lebih banyak membeli iPod Apple..camtu la dia ckp lebih kurang. Pastu dia mencadangkan agar syarikat2 menubuhkan jawatan baru iaitu CMO (Chief Marketing Officer) dan labur lebih banyak dlm membina jenama di peringkat antarabangsa. Jarang dpt dgr jenama Asia di dunia, yg ada hanya barangan tiruan keluaran China (sempat ag dia kutuk). Tp kadang2 hangin gak sepanjang sesi dia asyik sebut Singapore Airlines je sbg contoh terbaik brand di Asia..heh...ingat Malaysia Airlines xpower ke hah? haha,kitorang tawaduk, xnak megah2 ni...ehe..

Syarahan Mr Martin Roll amat berkesan

Dah la abes lambat, sepatutnya abes jam 4.30 ptg, dia bawa sampai 5.30 ptg,hangin je...lps abes je sesi tu, kitorang dgn suka ati nak g berjumpa ahli kumpulan utk perbentangan case study pada keesokan pagi. Tapi malangnya, drpd 7 ahli kump kami, hanya 4 org shj yg hadir ke conference nie..so sedih la coz kump kitorang di disqualified sebab 1 kump mesti minimum 5 org...tp xpe la,yg penting kitorang hepi dgn ahli kumpulan kami. Sorang Itzu Tsai dari Taiwan dan Hyeyon Kwon dr Korea...diorang amat comel..haha (Ainol sori diorang amik alih tempat kamu..haha). Sempat la amik gmbr kenang-kenangan walaupon x dpt masuk competition tu.

Dari kiri: Ainol, Itzu Tsai, Jaffar & Hyeyon Kwon (Group 5)

Camtu la cerita nya spnjang conference td. Abes je perjumpaan td, kami terus balik hotel. Malam kami keluar dinner di Restoran Maharaja Spice Road, makan kari la plak kan..huhu..agak sedap la, tp Ainol kalo korang nak tahu, dia minum 2 gelas mango jus, tgk je dia kecik...huh, boleh tahan...mmg sedap pon jus mangga tu, sampai nk bawa balik hotel...nasib baik akak kedai tu x faham Ainol ckp pe...haha,kesian tgk dia nak memahami kehendak Ainol..huhu...
Esok adalah hr last conference, sepatutnya kne bentang dr pagi case study, tp disebabkan dh kne out, so esok pagi kami free la nmpknye..waiting for the gala dinner,ntah ape la diorang sajikan t...(sabar ek Ainol, balik mesia t mkn puas2 ye)...haha. Esok nak g jumpe abg Meor & kak Linda, sebelum balik kne jumpe org yg byk mengajar kitorang cara hidup di Jepun ni...ehe (nak pulang hset skali, Jaffar sedih, hset tu best, abg Meor..nak boleh x? huhu). Esok diari kitorg yg last kowt. Jap je dh seminggu dah kat sni. Salam.