
Apa Istimewanya 09/09/09
Jom Hilangkan Stress

(tahu tak Melaka kat mana?)
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas
Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…
Trivia - Sambutan ke-52 Kemerdekaan Malaysia

Logo Kemerdekaan Malaysia ke-52: 1 Malaysia

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Lirik Lagu 1 Malaysia
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Kemerdekaan Negara Nikmat Terbesar Untuk Setiap Warga
Kemerdekaan negara ini adalah nikmat terbesar kurniaan Allah kepada seluruh warga. Kita harus ingat, nikmat ini tidak semua dapat dirasai oleh semua penduduk dunia. Berapa ramai umat manusia pada hari ini berjuang sejak berpuluh-puluh tahun untuk membebaskan bumi kelahiran daripada cengkaman bangsa asing dan ingin merasai nikmat hidup bebas dalam sebuah negara yang merdeka. Namun rahmat Tuhan pasti akan datang dengan syarat setiap hamba-Nya tidak mudah patah semangat dan berpaling tadah dari nawaitu asalnya. Firman Allah dalam surah ar-Ra’du ayat 11 bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubah keadaan hidup mereka.” Berjihad dan berkorban jiwa raga untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan sebagaimana yang dilakukan bekas pejuang kemerdekaan negara kita, adalah di antara golongan insan mulia disanjung tinggi oleh Islam.
Kedatangan Islam itu sendiri sebenarnya membawa mesej jelas dan bersifat kemerdekaan. Islam menyeru setiap umatnya membebaskan diri daripada dibelenggu kejahilan terhadap Allah. Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. Islam juga bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan diri dari terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Lantaran itulah Islam begitu menitikberatkan usaha membebaskan diri dengan menyelamatkan tamadun manusia dari terus hidup dalam gelombang nafsu yang diselaputi sifat syirik kepada Allah, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan melalui sistem perhambaan dan penindasan yang berlaku sesama makhluk Allah di muka bumi ini. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab setiap warga yang cintakan negara untuk menghalang segala unsur negatif yang cuba dan sedang menyelinap masuk ke dalam pemikiran hidup masyarakat kita.
Sehubungan itu, semua umat Islam haruslah mengisi ruang kemerdekaan ini untuk terus berjihad membebaskan diri dari sifat yang boleh meruntuhkan wibawa manusiawi kerana ia amat dimurkai Allah. Sebaliknya isi nikmat kemerdekaan ini dengan meneruskan perjuangan demi kestabilan negara agar ia terus dapat diwarisi oleh generasi terkemudian, sanggup berkorban dan sanggup pula menghadapi kerenah era globalisasi agar kita dapat menjadi bangsa yang mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Dengan roh dan semangat merdeka, marilah kita berganding bahu bertekad mempertahankan negara dari sebarang anasir serta ancaman yang boleh menggugat kestabilan hidup warga dan tanah air tercinta ini. Kita jejaki sunnah perjuangan Rasulullah yang melipat gandakan usaha untuk membebaskan umat Islam era Madinah dan Makkah dari cengkaman kekufuran dan menjadi hamba serakah nafsu, maka wajarlah kita berusaha untuk membebaskan diri kita dari apa juga gejala yang tidak sihat dan sebarang permasalahan yang boleh mencetus prasangka.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H

Kesan Amalan Riba Dalam Ekonomi
Banyak surah yang menceritakan akibat pengamalan amalan riba dan ini disokong lagi dengan banyak hadis nabi yang menghalang umat Islam agar tidak menjalankan amalan riba kerana ia akan lebih membawa mudarat kepada manusia sejagat. Seperti contoh akibat amalan riba pada ekonomi pada masa kini setiap 10 tahun ekonomi dunia akan mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. Hal ini akan membawa kepada banyak maslah sperti pengganguran dan akan membawa peningkatan maslah sosial.
Oleh itu pengenalan institusi perbankan Islam yang ada di Malaysia harus diperluaskan kerana akibat pengamalan riba dalam bank – bank konvesional yang berleluasa akan member impak yang besar kepada kestabilan ekonomi negara kita. Pada kegawatan ekonomi 1998 kita dapat mengatasi masalah ekonomi namun begitu langit dianggap selalu cerah akan mendung juga dimana jika kita mengambil langkah yang proaktif bagi menagani amalan riba di negara kita tidak mustahil suatu hari nanti negara kita sukar untuk keluar daripda kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat telah banyak dana yang disuntik bagi memulihkan ekonomi mereka namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil.
Maka marihla kita bersama – sama untuk memerangi amalan riba yang kian menguasai ekonomi negara kita kerana orang yang melakukan riba sesungguhnya berperang dengan Allah dan RasulNya hal ini dapat di lihat dalam fiman Allah Swt dalam surah Al-Baqarah: 278-279 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga perbuatan/amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya mengikut Islam secara tuntasnya.
