BERITA HARIAN (25 MAC 2010)
Majikan perlu tawar latihan sesuai dengan bidang dipelajari
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia memberi ingatan kepada semua majikan yang menawarkan latihan industri supaya tidak menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti latihan itu sebagai ‘tenaga kerja murahan’.
Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan mekanisme khusus berhubung modul latihan industri. “Latihan industri ini sebenarnya bertujuan untuk pelajar IPT atau sesiapa saja yang mengikutinya untuk mendapat pendedahan berhubung bidang yang dipelajari mereka.
“Majikan atau sektor yang menawarkan latihan industri ini perlu bertanggungjawab dan tidak menjadikan pelajar sebagai ‘tenaga kerja murahan’.
Kementerian akan turut memantau isu ini secara rapi, ” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran ‘Blog Gaji Minimum’ di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di sini, semalam.
Dr Subramaniam berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Berita Harian, kelmarin berhubung pendedahan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) terdapat pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, kajian Bank Dunia mendapati peningkatan gaji di negara ini hampir seimbang iaitu pada kadar 2.6 peratus bagi tempoh 10 tahun yang lalu.
Katanya, bagi tempoh yang sama, kebanyakan syarikat membuat keuntungan yang besar dan kemungkinan tidak berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan pekerja masing-masing.
“Sehubungan itu, kerajaan melalui kementerian ini sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja swasta di negara ini.,” katanya.
Mengenai blog itu, Dr Subramaniam berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pembangkang berhubung gaji minimum sektor swasta selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi.
“Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka melalui blog itu di alamat blog.mohr.gov.my atau mengemukakan cadangan mereka kepada gaji_minimum@mohr.gov.my,” katanya.

Ulasan Admin PMFEP: Oleh yang demikian, saudara/i semua kena pastikan anda tidak dipergunakan oleh pihak-pihak yang suka ambil kesempatan ke atas anda selaku "trainee" semasa Latihan Industri nanti. Latihan Industri adalah untuk menguji para pelajar dari segi praktikal setelah penat lelah berkuliah. Jadi, jika semasa Latihan Industri anda semua tidak diberi peluang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya, adalah sangat tidak relevan untuk Latihan Industri diteruskan..APA PENDAPAT ANDA PULA? BOLEH JUGA KONGSIKAN PENGALAMAN.. Dikesempatan ini, Admin nak ucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KEPADA PARA PELAJAR YANG TERLIBAT UNTUK SEMESTER DEPAN.